• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: 4 Juta Pemandu UK Mengaku Pernah Terlelap Ketika Memandu

Kajian: 4 Juta Pemandu UK Mengaku Pernah Terlelap Ketika Memandu

June 18, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


Kajian terbaharu Britain mendedahkan statistik membimbangkan, iaitu kira-kira 4 juta pemandu mengaku pernah tertidur ketika sedang memandu.

Keputusan diperoleh pertubuhan keselamatan jalan raya bebas, IAM Roadsmart membabitkan 1,000 pemandu Britain mendapati satu per 10 responden mengaku pernah rasa terlalu penat hingga membuatkan mereka terlelap dalam tempoh masa tertentu ketika memandu.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Kajian: Pekerja Syif Malam Berisiko Kemalangan 3 Kali Ganda Tinggi Berbanding Biasa

Lagi, lebih separuh responden mendakwa risau tentang masalah kepenatan yang dialami ketika memandu jarak jauh. Buktinya, seorang daripada 10 responden mengakui pernah terlanggar bahu jalan ketika memandu dalam keadaan penat, manakala empat daripada 10 responden pernah menurunkan pemanas dan membuka tingkap supaya kekal sedar.

Kalau mengantuk cubalah berhenti minum kopi dulu.

Bagaimanapun, hampir suku daripada pemandu membuat keputusan bijak dengan berhenti seketika untuk mendapatkan kopi dan berehat apabila rasa penat memandu.

Berdasarkan kajian dilakukan itu, nampaknya masih ramai masih belum sedar dan mengambil ringan mengenai bahaya memandu ketika mengantuk dan kepentingan merancang perjalanan untuk memastikan ada tempat untuk berehat setiap kali penat. 

IAM Roadsmart menasihatkan pemandu supaya jangan memandu lebih dua jam tanpa rehat, terutama malam. Pesanan itu juga sesuai ditujukan buat pemandu di Malaysia. Sila utamakan keselamatan anda.

BACA >>> Kajian: Kesan 'Lockdown' Buat Ramai Orang UK Takut Memandu
BACA >>> Kajian: Satu Pertiga Penunggang UK Tidak Mahu Motosikal Elektrik

SUMBER: AutoExpress.co.uk

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Britain, IAM RoadSmart, kajian, Kajian IAM Roadsmart, Mengantuk, Pemandu Mengantuk, Pemandu UK Mengantuk, Tidur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
    EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
  • Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
    Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
  • Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
    Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
  • Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!
    Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my