• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Jalan Raya Tertinggi Dunia Kini di India, Bukan Lagi Bolivia

Jalan Raya Tertinggi Dunia Kini di India, Bukan Lagi Bolivia

August 6, 2021 By Shawkath Leave a Comment

362
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERSATUAN Sempadan Jalan India (BRO) di bawah Kementerian Pertahanan negara itu berjaya menyiapkan laluan kenderaan bermotor yang didakwa paling tinggi dunia.

Laluan berturap baharu setinggi 19,300 kaki (5,882m) dan sepanjang 52km itu dibina di Umling La di Ladakh Timur dalam pentadbiran India. Laluan itu menghubungkan beberapa pekan penting di Chumar (Ladakh Timur).

Laluan baharu itu meletakkan India sebagai negara dengan jalan raya tertinggi dunia selepas memintas rekod dipegang Bolivia.  Sebelum ini, Bolivia memegang gelaran itu menerusi sebatang jalan setinggi 18,953 kaki (5,776m) ke Gunung Berapi Uturuncu.

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah 4 Fungsi Madgad Motosikal Selain Elak Kotoran Jalan?

Kementerian Pertahanan India dalam kenyataan menyatakan laluan itu lebih tinggi daripada dua kem pusat di Gunung Everest dengan altitut lebih tinggi daripada Glasier Siachen:

  • Kem Selatan (Nepal) -  17,598 kaki (5,363m)
  • Kem Utara (Tibet) - 16,900 kaki (5,151m)
  • Glasier Siachen - 17,700 kaki (5,394m)

Laluan itu sebenarnya turut berfungsi sebagai jalan alternatif menghubungkan perkampungan Chisumle dan Demchok dari Leh serta bakal meningkatkan sektor pelancongan di Ladakh.

Pembinaan laluan itu yang terletak dekat sempadan India-China bermula 2017. Jika musim sejuk, cuaca boleh turun hingga paras -40ºC.

Making of #World's #highest #Motorable Road

Watch the Mountainous resolve of Proj Himank while constructing the World's highest motorable road at Umlingla Pass..(1/n)@PMOIndia@rajnathsingh@DefenceMinIndia@Gen_VKSingh@AjaybhattBJP4UK @drajaykumar_ias @SpokespersonMoD pic.twitter.com/TB6nJwIpXC

— 𝑩𝒐𝒓𝒅𝒆𝒓 𝑹𝒐𝒂𝒅𝒔 𝑶𝒓𝒈𝒂𝒏𝒊𝒔𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 (@BROindia) July 29, 2021

BACA >>> #TahukahAnda: Berapakah Had Laju Jalan Raya di Malaysia?
BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?
BACA >>> Jalan Raya Magnetik - Pandu Saja Sudah Boleh Cas Bateri Kereta Elektrik
BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus

SUMBER: HT | Twitter

Artikel Berkaitan

362
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Bolivia, Chisumle dan Demchok, Gunung Berapi Uturuncu, India, Jalan Raya Tertinggi Dunia, Jalan Umling La, Persatuan Sempadan Jalan India (BRO)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
    Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my