Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kajian: Kenderaan Besar Lebih Selamat untuk Pemandu Baharu dan Remaja
Autotainment

Kajian: Kenderaan Besar Lebih Selamat untuk Pemandu Baharu dan Remaja

Han OthmanBy Han Othman20/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAJIAN dilakukan Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) di Amerika Syarikat (AS) mendapati pemandu baharu atau remaja lebih selamat apabila memandu kenderaan besar. Keputusan itu berbeza berbanding kenderaan yang biasa dipandu golongan pemandu tersebut, terdiri daripada kenderaan kecil, atau murah sama ada baharu atau terpakai.

Secara logik, ramai bersetuju kenderaan kecil dan murah lebih menjadi pilihan atas faktor praktikaliti kerana mudah dikawal dan diparkir selain lebih murah. Namun dari segi keselamatan, ia berisiko tinggi ke atas si pemandu sekiranya berlaku kemalangan.

Kajian IIHS berdasarkan ujian perlanggaran secara berdepan membabitkan kereta mini dan kecil terpakai dengan kenderaan lebih besar, menunjukkan pemandu kenderaan lebih kecil memiliki tahap perlindungan paling rendah walaupun model tersebut mendapat rating keselamatan terbaik.

BAGAIMANAKAH KAJIAN DIBUAT?

Kajian dilakukan melibatkan dua demonstrasi: Kia Sorento 2016 (SUV saiz pertengahan) lawan Kia Forte 2018 (kereta kecil) – ujian pertama, dan Toyota Avalon 2015 (sedan saiz penuh) lawan Toyota Yaris iA 2018 (hatchback subkompak) – ujian kedua. Kedua-dua model besar di atas (Sorento dan Avalon) ialah kereta terpakai, manakala lawan masing-masing ialah model baharu tahun ini.

Namun, keputusan mendedahkan impak kemalangan dialami pemandu kenderaan kecil ialah lebih besar berbanding pemandu kenderaan besar.

Menurut laporan IIHS, Forte (420kg lebih ringan daripada Sorento), dan Yaris iA (468kg lebih ringan daripada Avalon) juga mencatatkan keputusan buruk berbanding kenderaan lebih besar dalam ujian perlanggaran ke atas pengadang (barrier). Ia juga menunjukkan kecederaan pada kaki kanan, leher dan dada bagi kedua-dua model itu (Forte dan Yaris) yang boleh dikaitkan dengan impak kemalangan dunia sebesar.

Apa lagi?

Tahap impak teruk dalam ujian perlanggaran depan dan belakang juga bergantung kepada berat kenderaan yang berlanggar berbanding saiz. Naib Presiden IIHS bagi kajian itu, Jessica Cicchino berkata, keselamatan cuma salah satu faktor dipertimbangkan orang ramai apabila memilih sesebuah kenderaan.

“Kami harap ibu bapa akan memberikan pertimbangan tambahan apabila membeli kenderaan untuk anak mereka. Pemandu remaja lebih berisiko lebih tinggi disebabkan ketidakmatangan dan kurang pengalaman memandu.

“Kenderaan lebih besar memberikan perlindungan lebih baik. Jika anda memandu salah satu kenderaan paling kecil atas jalan, anda tiada kelebihan dalam kemalangan dengan hampir semua kenderaan di sekeliling,” katanya.

KERETA SESUAI UNTUK REMAJA DAN PEMANDU BAHARU?

Di bawah ini ialah senarai kereta besar terbaik untuk remaja dan pemandu baharu mengikut saranan IIHS. Sesetengah kereta tiada untuk pasaran Malaysia, tetapi boleh dijadikan sebagai panduan perbandingan.

KERETA SAIZ PERTENGAHAN

  • Volkswagen Passat 2013 dan lebih baharu; dibina selepas Oktober 2012
  • Volvo S60 2011 dan lebih baharu
  • Subaru Legacy 2013 dan lebih baharu; dibina selepas Oktober 2012
  • Honda Accord coupe 2013 dan lebih baharu
  • Volkswagen Jetta 2015 dan lebih baharu
  • Mazda 6 2014 dan lebih baharu
  • Honda Accord sedan 2013  dan lebih baharu
  • Subaru Outback 2013 dan lebih baharu; dibina selepas Ogos 2012
  • Toyota Prius v 2015 dan lebih baharu
  • Volvo V60 2015  dan lebih baharu
  • Audi A3 2015 dan lebih baharu
  • BMW 2 series coupe 2015 dan lebih baharu

KERETA BESAR

  • Volvo S80 2007 dan lebih baharu
  • Toyota Avalon 2015 dan lebih baharu

SUV KECIL

  • Mazda CX-5 2014 dan lebih baharu; dibina selepas October 2013
  • Nissan Rogue 2014 dan lebih baharu
  • Subaru Forester 2014 dan lebih baharu
  • Honda CR-V 2015 dan lebih baharu
  • Ford Escape 2017 dan lebih baharu
  • Toyota RAV4 2015 dan lebih baharu; dibina selepas November 2014
  • Hyundai Tucson 2016 dan lebih baharu
  • Mazda CX-3 2016 dan lebih baharu
  • Kia Sportage 2017 dan lebih baharu

SUV SAIZ PERTENGAHAN

  • Volvo XC90 2005 dan lebih baharu
  • Volvo XC60 2013 dan lebih baharu
  • Kia Sorento 2016 dan lebih baharu
  • Nissan Murano 2015 dan lebih baharu
  • Hyundai Santa Fe Sport 2017 dan lebih baharu
  • Hyundai Santa Fe 2017 dan lebih baharu; dibina selepas Mac 2016

MINIVAN

  • Honda Odyssey 2014  dan lebih baharu
  • Kia Sedona 2015  dan lebih baharu
IIHS Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.