Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Proton Naik Lagi Sepanjang Oktober 2017 – Saga & Persona Terus Jadi Model Terlaris!
Auto Terkini

Jualan Proton Naik Lagi Sepanjang Oktober 2017 – Saga & Persona Terus Jadi Model Terlaris!

Abang GYLBy Abang GYL19/11/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pandu uji proton persona 2016PROTON Saga dan Persona terus menjadi ‘hero’ sepanjang Oktober apabila menjadi penyumbang kepada model terlaris dengan mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 13 peratus berbanding September 2017.

Sepanjang Oktober 2017, Proton merekodkan penjualan sebanyak 5,083 unit berbanding 4,498 kenderaan pada September. Prestasi jualan itu turut mencatatkan kenaikan sebanyak enam peratus bagi tempoh Januari hingga Oktober 2017 dengan jumlah keseluruhan 61,380 unit berbanding 57,734 kenderaan pada tempoh sama tahun lalu.

Kedua-dua model iaitu Saga (26,343) dan Persona (16,833) menyumbang sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan jualan Proton sepanjang Oktober 2017.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Proton Persona Premium – Najmie Adib Kongsi Pengalamannya…

pandu uji proton saga 2016REBUT REBAT TUNAI DAN SERVIS PERCUMA

Dalam pada itu, anda kini boleh menikmati rebat tunai hingga RM8,000 atau servis percuma selama lima tahun bagi setiap pembelian model Proton terpilih sepanjang November 2017.

Menerusi promosi itu, pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Proton ditawarkan dua pilihan, sama ada mahukan rebat tunai atau servis percuma selama lima tahun.

Berikut senarai promosi yang sedang dijalankan sepanjang November 2017 ini:

  • Proton Perdana – Rebat RM8,000 atau servis percuma
  • Proton Preve – Rebat RM5,000 atau servis percuma
  • Proton Suprima – Rebat RM5,000 atau servis percuma
  • Proton Iriz – Rebat RM5,000 atau servis percuma
  • Proton Persona – Rebat RM4,000 atau servis percuma
  • Proton Saga – Rebat RM2,000 atau servis percuma
  • Proton Ertiga – Kerusi dibaluti kulit + RM1,500 atau servis percuma + kerusi dibaluti kulit
  • Proton Exora – Rebat RM1,500 atau servis percuma

promosi Proton November 2017BETUL KE SERVIS TAK PAYAH BAYAR APA-APA?

Ya, Proton akan berikan anda servis percuma selama lima tahun atau 100,000km (mana tiba dahulu) untuk semua model jenama di atas. Ini bermakna, anda tidak perlu bayar sesen pun ketika menghantar kenderaan untuk disenggara, termasuk kos alat ganti, minyak pelincir dan upah. Semua percuma!

Malah, semua model Proton berkenaan diberikan waranti lima tahun atau 150,000km (mana tiba dahulu).

BACA >>> #PanduUji: Kenapa Anda Perlu Beli Proton Saga 2016? Inilah Jawapannya…

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800-888-398 atau e-mel di customercare@proton.com.

Anda juga boleh layari www.proton.com atau Facebook rasmi Proton di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, anda boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store secara percuma.

Tunggu apa lagi, inilah masa terbaik anda mendapatkan kereta idaman!

jualan proton jualan proton meningkat jualan proton naik promosi proton 2017 Proton Persona Proton Saga servis percuma proton
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vision BMW ALPINA, Garang dan Elegan Sekaligus, Era Baharu Bawah BMW Group

    16/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

    16/05/2026
    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026

    3 Comments

    1. Alson P on 19/11/2017 23:52

      Promosi yang ditunggu².! Servis Dan alat ganti percuma, segalanya percuma dalam tempoh warranty.. Berharap Preve dan Suprima FL diberikan peningkatan keseluruhannya menandingi kereta segment-C conti..

      Reply
      • awak on 20/11/2017 22:19

        saga front seats are too flat, need to do something for lumbar support which is essential for long journy

        Reply
        • awak on 20/11/2017 22:42

          furthermore its too thin and you can feel it as if your back fees it rests on hard material , lack of foam for comfortable back support, not to mention back pain due to almost the non existence of lumbar support.

          one more thine the car need e-drive throttle response modification so that you wont feel a too long throttle pedal travel, to maintain 120kmh is a pain on left foot when you actually have to dip the pedal. with e-drive you dont have to apply to much throttle to get the same speed.

          so i point out that it has 2 major flaws in saga vvt.
          so it needs prompt action from proton to correct this,

          not too bad ,when i manage 290 to 300 km at 60 rm in mixed driving mode from my daily use.,

          fuel consumption is average, brakes ok, handling ok on 14 inches wheel.
          for the price i love its design.

          Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.