Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar FL5 Servis
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar FL5 Servis

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam25/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NAMA John Cena memang cukup sinonim dengan dunia gusti profesional, tetapi di luar gelanggang World Wrestling Entertainment (WWE), selebriti terkenal itu sebenarnya turut dikenali sebagai peminat tegar jenama Honda.

Kalau sebelum ini ramai melihat beliau sering memandu kereta eksotik dan muscle car, Cena sebenarnya mempunyai minat yang cukup mendalam terhadap model-model prestasi Honda terutama siri Civic Type R.

Dari FK8 Ke FL5

Took the Civic TypeR in for service and was fortunate enough to pick up the brand new @Honda Prelude!! Thank U @wc_honda for helping add this Boost Blue Beauty to the Honda Lineup! Time to see what this thing can do!!! pic.twitter.com/th2anjPkim

— John Cena (@JohnCena) January 10, 2026

Pada tahun 2023, John Cena pernah mendedahkan bahawa kereta hariannya ialah sebuah Honda Civic Type R FK8. Bagaimanapun, minatnya terhadap hatchback berprestasi Jepun itu nampaknya semakin serius apabila beliau menukar FK8 tersebut kepada model Honda Civic Type R FL5 pada tahun 2024.

FL5 dianggap antara Civic Type R paling lengkap pernah dihasilkan Honda dengan rekaan lebih matang, casis lebih stabil dan prestasi yang lebih agresif di litar. Model itu dikuasakan enjin 2.0 liter VTEC Turbo yang menghasilkan sekitar 329PS bersamaan 324HP bersama tork 420Nm.

Datang Servis, Balik Dengan Prelude Baharu

Terbaharu, John Cena berkongsi berita gembira apabila beliau berjaya menambah sebuah lagi model Honda ke dalam koleksinya.

Menariknya, pembelian itu berlaku ketika beliau menghantar Civic Type R FL5 miliknya untuk servis.
Menerusi perkongsian di media sosial, Cena memuat naik foto bersama Honda Prelude serba baharu berwarna Boost Blue.

“Hantar Civic Type R untuk servis dan cukup bertuah kerana dapat mengambil Honda Prelude yang serba baharu!!

“Terima kasih Wesley Chapel Honda kerana membantu menambah si cantik ‘Boost Blue’ ini ke dalam koleksi Honda saya! Masa untuk tengok apa kehebatan kereta ini!!!” katanya.

Prelude Baharu Kembali Dengan Teknologi Hibrid

Honda Prelude generasi baharu merupakan antara model yang paling dinantikan peminat jenama Jepun itu selepas nama Prelude ‘direhatkan’ selama bertahun-tahun. Model coupe itu kembali dengan pendekatan lebih moden menerusi penggunaan sistem hibrid selain reka bentuk sporty yang diinspirasikan daripada model elektrifikasi terkini Honda.

Walaupun spesifikasi penuh pasaran global masih belum diumumkan sepenuhnya, Prelude baharu dijangka menggunakan teknologi e:HEV yang memfokuskan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan bahan api. Dengan status John Cena sebagai peminat tegar Honda, tidak mengejutkan apabila beliau menjadi antara selebriti terawal yang berjaya memiliki model tersebut.

Pernah Jadi Suara Latar Iklan Prelude

Sebenarnya hubungan John Cena dengan Honda Prelude bukanlah sesuatu yang baru.
Pada November 2025 lalu, beliau turut terlibat dalam kempen iklan rasmi Honda Prelude hibrid bertajuk ‘Engineered for Fun’ sebagai suara latar.

Kempen tersebut memberi bayangan jelas bahawa Honda mahu mengembalikan semula identiti Prelude sebagai sebuah coupe sporty yang menyeronokkan untuk dipandu. Kini, dengan Prelude baharu sudah berada dalam garaj John Cena, nampaknya koleksi Honda milik bintang WWE itu semakin menarik untuk diikuti peminat automotif seluruh dunia.

SUMBER: X/JohnCena

Honda Civic Type R FL5 Honda Prelude John Cena servis kereta
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bekas Pemain Bola, Pakar Motivasi Bergelar Datuk Antara Ditahan Dalam Ops Luxury JPJ

    25/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.