Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jenama Peugeot di Malaysia Beralih Lagi dari Bermaz Auto ke Stellantis
Auto Terkini

Jenama Peugeot di Malaysia Beralih Lagi dari Bermaz Auto ke Stellantis

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDARAN kenderaan jenama Peugeot di Malaysia sekali lagi bertukar tangan, dijangka berlaku suku pertama tahun depan. Malah pihak baharu itu dikatakan bakal memperkenalkan lebih banyak jenama kenderaan di bawah Stellantis N.V. (Stellantis).

Terdahulu, tugas pengedaran jenama kenderaan Perancis tersebut pernah diuruskan Naza sebelum diambil alih Bermaz Auto pada 2020. Terkini, Stellantis sendiri akan memikul tugas tersebut.

Stellantis dilaporkan mahu menubuhkan syarikat jualan nasional (NSC) baharu di Malaysia yang akan menguruskan aspek pengedaran dan jualan kenderaan jenama keluaran syarikat itu di Malaysia.

Khabarnya, ini perubahan dalam strategi bisnes syarikat berkenaan dan menjadi sebahagian misi pertubuhan Stellantis di Asean.

Buat masa ini, Bermaz Auto Alliance (BAA), iaitu subsidiari Bermaz Auto Berhad (Bermaz Auto) masih berstatus pengedar  rasmi Peugeot di Malaysia. BAA dikhabarkan akan bekerjasama dengan Stellantis dalam aspek penjualan kenderaan menerusi rangkaian pengedarnya.

Sepanjang tempoh peralihan tersebut, BAA akan bekerjasama dengan Stellantis, yang mana kedua-dua syarikat itu komited untuk terus menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan Peugeot sedia ada tanpa gangguan, termasuk menyediakan alat ganti, waranti dan perkhidmatan selepas jualan di Malaysia.

Daniel Gonzalez
Jamie Francis Morais

Langkah pertama permulaan bermula dengan pengumuman Daniel Gonzalez sebagai Ketua Pegawai Operasi (CEO) dan Pengedar Am Stellantis untuk Asean.

Beliau berkata;

Kami berbesar hati mengumumkan strategi perniagaan baharu bagi menyediakan pasaran Malaysia lebih banyak produk dan perkhidmatan bawah pembentukan NSC. Ini termasuk pengenalan jenama baharu pada masa depan di Malaysia di bawah portfolio Stellantis.

“Bermaz Auto menjadi rakan kongsi penting dan membina asas kukuh jenama Peugeot di Malaysia sejak Disember 2020. (Mereka) akan beri sokongan padu terhadap peralihan kami dalam pembentukan NSC.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto, Tan Sri Ben Yeoh dan pasukannya atas segala dilaksanakan Bermaz Auto dalam membangun jenama Peugeot seperti dicapai ketika ini.”

Ketua Selepas Jualan Semasa untuk Operasi Asean dan Pengedar Am untuk Stellantis, Jamie Francis Morais akan mengetuai NSC di Malaysia.

Hala tuju dan strategi baharu Stellantis untuk rantau Asean adalah termasuk dalam misi elektrifikasi dan menilai potensi kilang di Gurun, Kedah sebagai hab pembuatan serantau untuk pembuatan kenderaan elektrik (EV) berasaskan bateri (BEV) untuk domestik dan eksport rantau ini.

Bermaz Auto Alliance (BAA) Bermaz Auto Berhad (Bermaz Auto) Daniel Gonzalez Jamie Francis Morais Peugeot Roda4 Stellantis N.V. (Stellantis)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.