Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jejambat Terlajak 2 Meter dari Kedudukan Asal Selepas Dirempuh Trak
Auto Terkini

Jejambat Terlajak 2 Meter dari Kedudukan Asal Selepas Dirempuh Trak

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

INSIDEN trak membawa muatan lebih had tinggi dan merempuh jejambat bukan satu kejadian luar biasa. Namun, situasi agak berbeza di Georgia.

Sebuah trak dilaporkan merempuh kuat sebuah jejambat sehingga menyebabkan sebahagian besar struktur itu bergerak 2 meter daripada kedudukan asal.

Berdasarkan impak, trak itu disyaki dipandu laju. Turut kelihatan ialah bahagian belakang trak yang tertanggal dan berisi muatan beberapa tayar kenderaan berat.

BACA >>> Filipina Sedia Tempat Khas Penunggang Motosikal Berhenti Ketika Hujan di Lebuh Raya

Pihak berkuasa terpaksa merobohkan keseluruhan struktur itu kerana tidak lagi berada dalam keadaan selamat. Kerja-kerja merobohkan jejambat itu sudah dilakukan dan kerja-kerja pembinaan semula akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Menurut laporan, kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya I-16 dan foto yang dikongsi menunjukkan struktur itu beralih ke kanan selepas impak arah kiri.

BACA >>> Pusingan U Terbesar Dunia Ada di Lebuh Raya Pergunungan China

I-16 bridge demo crew mobilizing to work around the clock to return traffic to interstate lanes ASAP. Stay tuned to thread. Will update when we have good info. pic.twitter.com/ECXz4ad2Ys

— GDOT East Traffic (@GDOTEastTraffic) July 15, 2021

Pihak berkuasa terpaksa menutup laluan dengan cuba mengalihkan trafik mengikut laluan lain, sekali gus menjejaskan purata 21,000 kenderaan harian yang menggunakan lebuh raya itu dari Atlanta ke perairan Atlantik.

Semua pemandu perlu menggunakan laluan alternatif dengan jarak perjalanan tambahan antara 16km hingga 40km, berdasarkan destinasi dituju.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Warna Papan Tanda Jalan yang Perlu Anda Tahu

BACA >>> #TahukahAnda: Susunan Papan Tanda Nama Tempat Tentukan Lokasi Mana Sampai Dulu?
BACA >>> #TahukahAnda: Aneka Papan Tanda Haiwan Melintas Seluruh Dunia
BACA >>> Dapat Komplen Bising, Litar Bersejarah Perancis Mungkin Ditutup Selamanya

SUMBER: GDOTEastTraffic

I-16 Georgia Jejambat kena rempuh trak kemalangan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.