• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Aneka Papan Tanda Haiwan Melintas Seluruh Dunia

#TahukahAnda: Aneka Papan Tanda Haiwan Melintas Seluruh Dunia

February 18, 2016 By AO Leave a Comment

223
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA cakap papan tanda jalan raya hanya khas untuk manusia? Nah, haiwan pun perlukan papan tanda juga. Bezanya, papan tanda itu bukanlah bertujuan menyuruh haiwan-haiwan itu tengok kiri dan kanan sebelum melintas (ada ke haiwan pandai tengok papan tanda?).

Sebaliknya, ia dipasang untuk mengingatkan pengguna jalan raya (sudah tentu manusia) supaya berhati-hati ketika memandu di kawasan tersebut. Maklumlah sesetengah haiwan yang melintas itu ialah spesies terancam.

Di Malaysia, pemandu yang kerap ulang-alik sepanjang laluan Puncak Perdana ke Puncak Alam, Selangor, pasti sudah biasa dengan papan tanda 'Awas Tapir Melintas'. Media massa turut pernah melaporkan beberapa kemalangan membabitkan insiden kenderaan merempuh haiwan lindungan itu. Kasihan...

BACA >>> Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai...

Bagaimanakah pula negara lain? Lain negara, tentulah lain pula haiwan yang kerap melintas di jalan raya mereka.

1. TAPIR, GAJAH, LEMBU DAN KIJANG

papan-tanda-rusa
papan-tanda-gajah
papan-tanda-lembu
papan-tanda-tapir

Semua haiwan di atas ada lesen khas melintas di Malaysia. Tolong beri laluan ok!

2. EMPAT DALAM SATU

papan-tanda-4-dalam-1-aussie
papan-tanda-4-dalam-1

Nak jimat punya pasal sekali letak empat binatang dalam satu papan tanda. Tapi, macam mana boleh ada duyung melintas pula? Konfius betul, tetapi memang ada di kawasan Cape Conran dalam negeri Victoria, Australia.

3. RUSA KUNGFU

rusa-serang
papan-tanda-rusa-serang

Jaga-jaga bila memandu di Taman Negara Tasik Waterton di Alberta, Kanada. Ada rusa boleh berkungfu.

4. MEMERANG CARI IKAN

memerang-melintas
papan-tanda-memerang

Memerang pun nak melintas juga di Corte Madera, California, Amerika Syarikat. Cantik betul imej memerang macam lukisan tangan.

5. RAKSASA ANTEATER

anteater-melintas
papan-tanda-anteater

Entah apa nama binatang ini pun kami tak tahu. Rupa macam tenggiling berbulu, tetapi dikategorikan dalam kelompok haiwan jenis Pilosa seperti sloth. Papan tanda ini dapat dilihat di Colon, Panama. Ingat namanya: Anteater.

6. KASUARI TRANSFORM!

kasuari-melintas
papan-tanda-kasawari

Australia nampaknya berada terkehadapan dalam hal melindungi haiwan-haiwan liar mereka. Ini papan tanda burung kasuari dekat Cape Tribulation, Queensland. Siap ada aksi sebelum dan selepas sebagai amaran supaya pemandu tidak keliru antara bonggol dan haiwan sebenar.

7. KETAM MENARI

ketam-melintas
papan-tanda-ketam

Macam tak percaya ada papan tanda ketam melintas. Ini bukan cubaan, memang betul-betul. Tak percaya kena datang memandu atas jalan raya sekitar prefektur Okinawa, Jepun.

8. KANGGARU MAIN SKI

kanggaroo-melintas
papan-tanda-kangaroo

Masih lagi Australia. Kali ini kanggaru main ski. Papan tanda ini sah ketika musim sejuk di daerah Horsham dalam negeri Victoria. Aik, dia seronok main, kita pula kena hati-hati.

9. PENYU TUMPANG LALU

penyu-melintas
papan-tanda-penyu

Agak-agak berapa lama nak kena tunggu penyu tu melintas. Bawa bersabar jika anda memandu sekitar Wells, South Berwick dan York di selatan Maine, Amerika Syarikat.

10. LOMPAT SI KATAK LOMPAT

katak-melintas
papan-tanda-katak

Ini memang bikin panas. Takkanlah katak melintas nak kena bagi laluan jugak? Kesian betul orang kat Upstate, New York.

Artikel Berkaitan

223
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: haiwan melintas, papan tanda binatang, papan tanda pelik, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my