• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Susunan Papan Tanda Nama Tempat Tentukan Lokasi Mana Sampai Dulu?

#TahukahAnda: Susunan Papan Tanda Nama Tempat Tentukan Lokasi Mana Sampai Dulu?

September 26, 2016 By Azhan O Leave a Comment

615
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA apa yang menarik tentang papan tanda jalan nama tempat seperti dalam gambar di atas, cuma terpapar maklumat tentang nama tempat di hadapan anda. Tetapi tahukah anda susunan atas dan bawah setiap nama tempat pada papan tanda jalan sebenarnya menunjukkan destinasi mana yang anda akan sampai dulu di depan?

Kredit Foto: Wikipedia.org

Lihat gambar atas, susunan Papan Tanda 1 (kiri) dari atas ke bawah ialah:

  • Bkt. Tambun
  • Batu Kawan
  • Spg. Ampat,

Papan Tanda 2 (kanan) pula:

  • Kuala Lumpur
  • Ipoh
  • Jawi

Aturan tertib nama tempat yang tertera pada papan tanda di atas bukan sengaja disusun begitu? Sebaliknya nama tempat paling bawah ialah paling dekat yang akan anda tiba dahulu, manakala tempat paling atas ialah paling jauh.

Walaupun tanpa maklumat jarak kilometer, anda sebenarnya boleh tahu tempat manakah yang sampai dahulu. Jadi, berdasarkan gambar papan tanda seperti di atas, jelas sekali pemandu sedang dalam perjalanan dari utara ke selatan.

Papan Tanda 1 menunjukkan persimpangan keluar di hadapan, dan Papan Tanda 2 pula memberitahu nama tempat, daerah atau bandar yang akan kita lalui bermula dari bawah ke atas.

BACA >>> #TahukahAnda: Aneka Papan Tanda Haiwan Melintas Seluruh Dunia


FALSAFAH KEHIDUPAN

Begitulah hidup ini, semakin sayang kita kepada mereka, semakin jauh pula mereka dari kita.

Cuba ganti dan susunkan nama tempat dengan nama insan paling kita sayang. Nama paling atas ialah mereka yang paling disayangi. Contoh turutan mungkin jadi begini:

  • Ibu bapa
  • Suami/isteri
  • Anak
  • Adik beradik
  • Kawan

Ironinya, mereka yang di atas dan paling disayangi itulah yang berada jauh dari kita, serta selalu buat kita rasa susah, letih dan payah mahu berjumpa.

Begitulah hidup ini, semakin sayang kita kepada mereka, semakin jauh pula mereka dari kita. Ataupun, semakin atas diri kita, semakin jauh pula orang lain dari kita. Ambillah masa, rehatlah secukupnya, banyakkan berdoa dan bertawakallah, perjalanan jauh sebenarnya sentiasa bermula dari tempat yang dekat.

BACA >>> Teknologi Lampu Pintar Ford Mampu Jadi Penunjuk Jalan Ketika Memandu Malam

Perghhh, sungguh berfalsafah artikel kali ini.

Artikel Berkaitan

615
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, papan tanda arah tempat, papan tanda jalan, papan tanda jalan arah tempat, papan tanda lebuh raya, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bilik Pameran Ducati KL Kini Dibuka, Lancar Panigale V4 R dan Monster SP
    Bilik Pameran Ducati KL Kini Dibuka, Lancar Panigale V4 R dan Monster SP
  • Toyota Corolla Nightshade Edition (2024) Tampil Bergaya dengan Aksen Hitam, Rim Gangsa
    Toyota Corolla Nightshade Edition (2024) Tampil Bergaya dengan Aksen Hitam, Rim Gangsa
  • 10 Motosikal Buatan Jepun Yang Berjaya Takluki Industri Permotoran
    10 Motosikal Buatan Jepun Yang Berjaya Takluki Industri Permotoran
  • Marquez Tayang Makwe Baharu, Pempengaruh dan Model dari Sepanyol
    Marquez Tayang Makwe Baharu, Pempengaruh dan Model dari Sepanyol

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my