Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
Roda4

JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?

Abang HirataBy Abang Hirata14/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JAECOO E5 2026 di UK

JAECOO UK mengesahkan harga dan spesifikasi penuh model kenderaan elektrik (EV) pertama jenama itu JAECOO E5 2025 untuk pasaran Britain.

Pada harga bermula £27,505 (RM157,410), JAECOO E5 muncul sebagai alternatif elektrik kepada JAECOO 5 versi enjin pembakaran dalaman (ICE), yang direka untuk pengendalian mudah di bandar dan mantap di jalan raya terbuka.

JAECOO E5 di UK
JAECOO E5 di UK

Kenderaan utiliti sukan (SUV) EVitu, yang juga dikenali sebagai JAECOO J5 EV sudah pun ditayangkan di beberapa pasaran Asia Tenggara.

Chery Group pernah membawa model itu ke Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2025 pada Mac tahun ini yang sebelum itu melakukan debut global di Indonesia.

Prestasi, Pengecasan

JAECOO E5 di UK
JAECOO E5 di UK

JAECOO E5 EV dilengkapi bateri litium-besi-fosfat (LFP) 61.1kWj yang dipadankan motor elektrik berkuasa 207ps dan tork 288Nm.

Gabungan itu memberikan jarak pemanduan sejauh ~399km (248 batu) sekali cas menujurt ujian WLTP. Pecutan 0-100kmj pula sepantas 7.7 saat, dan JAECOO E5 bukan saja senyap, tetapi juga lancar dan sangat bertenaga.

Pengecasan SUV EV itu juga mudah:

  • Pengecas pantas (DC) 80kW dari 30-80 peratus mengambil masa 27 minit
  • Pengecas standard (AC) 11kW untuk pengecasan semalaman di rumah

Fleksibiliti, Ciri Dalaman

JAECOO E5 di UK

JAECOO E5 2025  mengutamakan fleksibiliti harian dengan keupayaan Vehicle-to-Load (V2L) untuk membekalkan kuasa elektrik kepada pelbagai peralatan, dan peranti elektronik seperti perkhemahan hingga komputer riba.

Ruang kabin menggabungkan teknologi dengan praktikaliti yang berorientasi digital dan dibina sekitar unit infotainmen skrin sentuh definisi tinggi (HD) 13.2 inci berserta arahan suara intuitif, ‘Hi JAECOO’.

Ciri standard diberikan ialah:

  • Kabin Digital-Pertama: Dibina dengan skrin sentuh potret definisi tinggi 13.2 inci.
  • Arahan Suara: Integrasi pembantu suara intuitif JAECOO, ‘Hi JAECOO’.
  • Konektiviti Mudah Alih: Apple CarPlay dan Android Auto wayarles.
  • Monitor Pandangan Keliling: Sistem kamera panoramik 540º.
  • Kawalan Jauh: Kawalan jauh berasaskan aplikasi.
  • Ruang Kabin:
    • Lima kerusi dengan kapasiti but 480 liter yang boleh diperluas kepada 1,180 liter (tempat duduk belakang dilipat).
    • Ada lebih 35 ruang simpanan dalaman.
  • Mod Haiwan Peliharaan: Ciri khas yang memastikan kabin selamat untuk haiwan peliharaan.
  • Kualiti Udara: Sistem penapisan udara  untuk mengekalkan persekitaran bersih.

Varian, Teknologi Keselamatan

JAECOO E5 2025 ditawarkan dalam dua varian: Pure dan Luxury.

Spesifikasi Pure

  • Sistem audio Sony dengan enam pembesar suara
  • Kerusi depan boleh laras manual 6-tetapan
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2.

Spesifikasi Luxury

  • Bumbung panoramik
  • Pengecas telefon bimbit wayarles
  • Kerusi depan boleh laras elektrik dengan fungsi pemanas dan ventilasi.
  • Lampu ambien pelbagai warna.
  • Sistem audio Sony dipertingkat dengan lapan pembesar suara.

Seperti JAECOO 5, JAECOO E5 turut mendapat manfaat casis yang ditala khas untuk jalan raya Britain dengan 19 ciri ADAS seperti pemanduan autonomi Tahap 2, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan sistem mitigasi perlanggaran (CMS).

Waranti, Harga

Setiap pembelian dipakejkan waranti kenderaan 7 tahun/160,000km, dan waranti bateri 8 tahun/160,000km. Tiada had perbatuan untuk tiga tahun pertama, manakala perkhidmatan bantuan tepi jalan RAC Home Start disertakan sebagai standard.

Di Britain JAECOO E5 2025 ditawarkan pada harga bermula £27,505 (RM157,410) untuk varian Pure dan £30,505 (RM174,590) untuk Luxury.

Penghantaran pertama di Britain dijadual bermula Oktober ini melalui rangkaian pengedar Omoda & JAECOO UK yang semakin berkembang.

JAECOO 5 ICE, Malaysia

JAECOO E5 dan JAECOO 5

JAECOO 5 juga bakal ditawarkan dalam pilihan trenkuasa petrol yang memberikan pelanggan pilihan model tradisional dan elektrik dalam barisan SUV kompak JAECOO.

Bagi pasaran Malaysia, JAECOO Malaysia sebelum ini mengumumkan J5 akan dilancarkan suku keempat tahun ini. Versi EV berkemungkinan besar akan dipasang secara tempatan (CKD) di Shah Alam, sama seperti model JAECOO lain yang membolehkan pengguna menikmati pengecualian cukai untuk beberapa tahun lagi.

JAECOO E5 di UK
JAECOO E5 di UK
JAECOO E5 dan JAECOO 5
JAECOO E5 di UK
JAECOO E5 dan JAECOO 5
JAECOO E5 di UK
JAECOO E5 di UK
JAECOO E5 di UK
JAECOO E5 di UK
JAECOO E5 di UK
Jaecoo JAECOO E5 JAECOO E5 EV JAECOO UK Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV EV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.