Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Intermot2018: Ducati Perkenal 3 Scrambler (2019) – Full Throttle, Café Racer dan Desert Sled
Roda2

#Intermot2018: Ducati Perkenal 3 Scrambler (2019) – Full Throttle, Café Racer dan Desert Sled

Abang HirataBy Abang Hirata28/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 4 tahun lalu di Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2014, Ducati mengambil langkah berani memperkenalkan subjenama Scrambler. Bagusnya, jenama yang lebih menumpukan gaya hidup itu menerima sambutan baik dengan jualan terkini lebih 55,000 unit serata dunia.

Ducati komited dalam membangunkan jenama Scrambler dan hingga kini suda membuka empat pusat jualan eksklusif Ducati Scrambler Camp di Borgo Panigale (Itali), Padua (Itali), Barcelona (Sepanyol) dan New York (Amerika Syarikat). Lebih unik terdapat dua restoran Scrambler Food Factory beroperasi di Bologna, utara Itali.

BACA >>> 12 Fakta Pantas | Ducati Scrambler 1100 Kini Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM83k

Bagi terus menyemarakkan lagi jenama Scrambler, tiga varian baharu dipertontonkan di Intermot 2018 yang berlangsung bermula 3 hingga 7 Oktober di Cologne, Jerman. Antara keunikan Scrambler (2019), model itu dipasarkan mengikut kepelbagaian cita rasa penunggang, ada kategori Classic, Café Racer dan lain-lain (ada 6 jenis gaya berbeza).

Tiga Scrambler (2019) baharu itu ialah versi kemas kini untuk varian sedia ada, iaitu Full Throttle, Café Racer dan Desert Sled. Berikut fakta tentang 3 varian tersebut:

1. DUCATI SCRAMBLER FULL THROTTLE

Scrambler Full Throttle diilhamkan daripada Scrambler flat track digunakan pelumba California, Frankie Garcia pada Kejohanan American Super Hooligan 2018. Varian ini didatangkan dalam warna hitam-kuning dengan strip putih kecil melintang di tengah tangki minyak.

Bahagian belakang juga diperbaharui dengan pelana tunggal, madgad kecil dan ekzos kembar sebagai identiti unik varian ini. Scrambler Full Throttle direka supaya mempunyai fiil seperti jentera lumba dirt track sebenar.

2. DUCATI SCRAMBLER CAFÉ RACER

Scrambler Café Racer didatangkan dengan grafik badan baharu. Skema warna Silver Ice Matt dan frem biru ialah imbasan kepada model legenda Ducati 125GP Desmo. Rim 17 inci baharu dan cermin sisi pada hujung terotel pula bayangan kepada jentera lumba era 60-an.

Legasi era 60-an tidak tamat di situ, banyak lagi ciri lain ditampilkan Ducati seperti ekzos kembar, ‘nose fairing’ dan nombor 54 sebagai penghormatan kepada Bruno Spiaggiari, iaitu pelumba Grand Prix (GP) dari Itali.

3. SCRAMBLER DESERT SLED

Scrambler Deser Sled dibina khusus sempena memperingati motosikal off-road klasik Amerika. Jentera ini tampil dengan frem merah, pelana baharu dan rim hitam, termasuk mod Off-Road yang boleh mematikan fungsi Sistem Brek Antik-Kunci (ABS) supaya lebih seronok ditunggang.

Posisi menunggang juga berbeza dengan suspensi Kayaba menyumbang kepada keseronokan mengekang jentera ini. Ciri off-road lain ialah pelindung lampu utama, madgad tinggi dan kowl bawah enjin.



Ducati Scrambler (2019) kini lebih selamat dengan ciri LED pada lampu siang (DRL) yang dapat meningkatkan tahap kejelasan atas jalan. Suis lebih ergonomik pula memudahkan pemilihan menu pada skrin LCD, manakala maklumat paparan ditambah dengan aras minyak dan takat gear.

Penunggang juga dihidangkan fungsi Ducati Multimedia System dengan ciri sambungan wayarles seperti senarai lagu, menjawab panggilan telefon dan berkomunikasi interkom dengan pembonceng.

Selain itu, Scrambler versi 2019 ini turut dilengkapi teknologi belokan ABS, Bosch Cornering ABS yang menjadikan tunggangan lebih selamat dan meyakinkan. Ini termasukciri kawalan klac hidraulik lebih ringan.

BACA >>> Ducati Jumpa Hero Rancang Jalin Kerjasama di India, Model 300cc Bakal Jadi Kenyataan?

Bruno Spiaggiari Ducati Ducati Scrambler Ducati Scrambler (2019) Ducati Scrambler Cafe Racer Ducati Scrambler Camp Ducati Scrambler Deser Sled Ducati Scrambler Full Throttle Frankie Garcia roda2 scrambler Scrambler Food Factory
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.