• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Jumpa Hero Rancang Jalin Kerjasama di India, Model 300cc Bakal Jadi Kenyataan?

Ducati Jumpa Hero Rancang Jalin Kerjasama di India, Model 300cc Bakal Jadi Kenyataan?

August 15, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


DUCATI akhirnya mengakui kepentingan memiliki rakan kongsi tempatan di India bagi memastikan pertumbuhan berterusan di negara Asia Selatan itu selain mencari peluang memasuki pasaran premium yang menjanjikan lebih ramai pelanggan.

Potensi kerjasama sedia ada dapat dilihat menerusi kolaborasi Bajaj-KTM yang masing-masing mendapat faedah, termasuk BMW Motorrad-TVS yang berjaya memenuhi permintaan global dan domestik hasil model yang dibangunkan bersama.

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

Satu lagi pengeluar automotif, Harley-Davidson kini juga sedang mencari rakan kongsi Asia dan kemungkinan besar calon itu datang dari India. Gergasi permotoran dari Amerika Syarikat (AS) itu sebelum ini ada mengumumkan pelan menyertai segmen baharu yang belum pernah diteroka, selain meraih pelanggan baru di India dan China.

Menggunakan kaedah sama, Ducati mesti mencari sekutu daripada jenama tempatan untuk mendapat manfaat daripada kos pengeluaran rendah dan menjanjikan masa depan cerah.

HERO RAKAN KONGSI BAHARU?

HERO LOGO
ducati-logo

Terbaharu, Ducati dilaporkan menemui pengeluar motosikal terbesar India, Hero MotoCorp. Terkenal dalam pembuatan pelbagai motosikal kapasiti kecil, Hero ialah jenama arus perdana paling ideal. Jadi, kolaborasi Ducati-Hero kemungkinan besar dapat membangunkan platform yang dapat dikongsi bersama, sama seperti BMW-TVS.

BACA >>> TVS Apache RTR 160 White Race Edition - Streetbike Bajet Lancar di India

Kerjasama tersebut boleh jadi menguntungkan selepas mengambil kira kekurangan produk Hero dalam segmen premium. Tambahan lagi, produk pemasangan tempatan (CKD) Ducati yang dilakukan Hero membolehkan jenama Itali itu dieksport ke luar negara bagi meningkatkan keuntungan. Malah, kerjasama kedua-dua jenama itu kemungkinan akan menghasilkan enjin silinder tunggal baharu dengan teknologi suntikan bahan api dan penyejukan cecair untuk motosikal berkapasiti 300cc.

Platform kecil Ducati baharu itu kelak akan lebih cenderung menghasilkan dua motosikal dengan trenkuasa, transmisi, dan mekanikal yang sama bagi setiap jenama masing-masing. Model kurang mahal boleh mengambil ilham rekabentuk daripada siri Scrambler, manakala motosikal berharga lebih premium daripada Multistrada.

BACA >>> 36 Foto Ini Pasti Buatkan Anda Terpikat dengan BMW G 310 R

Ia boleh jadi streetfighter dan tourer yang akan menyaingi BMW G310 R dan G 310 GS? Sebaliknya, Hero pula akan  bersaing dengan TVS Apache RR310 atau Bajaj Dominar dengan satu atau dua model kos rendah dalam julat harga IND200,000 (RM11,690) berasaskan arkitektur kecil Ducati. Motosikal premium baharu mungkin akan membuka jalan bagi operasi Hero untuk pasaran global.

HERO:DUCATI
HERO KARIZMA
HERO GLAMOUR PROGRAMMED

SUMBER: Gaadiwaadi

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: auto terkini, Ducati, hero, Hero Motocorp, India, Motosikal India, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
  • #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my