Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
Auto Terkini

Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]

Han OthmanBy Han Othman13/01/202119 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN kelmarin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di enam negeri, iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Sabah bermula hari ini hingga 26 Januari nanti.

Enam lagi negeri pula dikenakan PKP Bersyarat (PKPB), iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, manakala dua negeri, Perlis dan Sarawak dilaksanakan PKP Pemulihan (PKPP), juga dalam tempoh sama

Sehari selepas pengumuman dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan senarai aktiviti yang dilarang dan dibenarkan melibat sosial dan ekonomi sepanjang tempoh PKP ini seperti berikut:

SENARAI AKTIVITI

DILARANG
  • Majlis Keramaian
    • Majlis rasmi dan tidak rasmi Kerajaan/swasta
    • Majlis sosial – majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, sambutan ulang tahun, kenduri-kendara, tahlil, akikah, doa selamat, sambutan ulang tahun, reunion, retreat dan majlis sosial lain.
  • Mesyuarat Bersemuka – Kerajaan, swasta atau badan bukan kerajaan dan apa saja berkaitan industri MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran).
  • Aktiviti Sukan dan Rekreasi – semua aktiviti melibatkan sentuhan fizikal.
  • Kejohanan & Pertandingan Sukan – dalam dan luar negara
  • Aktiviti Ekonomi – pasar malam, bazar larut malam, kedai menjual pakaian, kedai cermin mata, gunting rambut, salon, spa dan refleksologi, tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, seni, kelas mengaji, kelas bahasa dan sebagainya.
  • Aktiviti Sosial – kelab malam dan pub, taman tema, taman permainan indoor, karaoke keluarga, pawagam, konsert dan acara langsung.
  • Seminar/Bengkel/Persidangan/Pameran – semua aktiviti sosial bersemuka (seminar, bengkel, persidangan, pameran, kursus, latihan, seramah), termasuk aktiviti MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran).
  • Rentas Daerah dan Negeri – kecuali ada kebenaran PDRM.
  • Keluar-Masuk Kawasan PKP – kecuali ada kebenaran PDRM.
DIBENARKAN
  • Joging dan berbasikal (terhad kepada dua orang dalam satu kumpulan, tidak lebih 10km dari rumah).
  • Aktiviti sukan dan rekreasi tanpa sentuhan fizikal – tidak lebih 10 orang.
  • Perkhidmatan perlu dan rantaian (hanya 30% kehadiran)
    • Pengilangan
    • Pembinaan
    • Perkhidmatan
    • Perdagangan Pengedaran
    • Perladangan dan Komoditi
  • Beli atau dapatkan barangan keperluan atau perkhidmatan perlu
  • Dapatkan rawatan perubatan dan kesihatan
  • Urusan rasmi Kerajaan dan tugas Kehakiman
  • Ke sekolah – pelajar SPM, STPM, SVM, STAM, SKM, DVM, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus untuk Tingkatan 1 dan 4, peperiksaan antarabangsa dan setara
  • Aktiviti Masjid/Surau – Terhad untuk lima orang ahli AJK sahaja, solat jumaat untuk 30 orang sahaja (Selangor dan Pulau Pinang tertakluk Kerajaan Negeri)
  • Pusat asuhan kanan-kanak, atau tadika dan seumpamanya dengan kebenaran Kementerian berkaitan.

PROSEDUR STANDARD OPERASI (SOP) PERLU PATUH

  • Keluar beli barang keperluan – satu kereta dua [2] orang sahaja, termasuk pemandu, tidak lebih 10km dari rumah.
  • Keluar dapatkan rawatan perubatan/kesihatan – satu kereta tiga [3] orang, termasuk pesakit dan pemandu, tidak lebih 10km dari rumah
  • Hantar anak/jagaan ke sekolah – seorang [1] sahaja.
  • Hantar anak/jagaan ke pusat asuhan kanak-kanak atau tadika – satu kereta termasuk penghantar (ibubapa/penjaga) dan jumlah anak/jagaan (ikut kapasiti kenderaan).
  • Operasi jual beli, perkhidmatan 6 pagi – 8 malam sahaja, KECUALI:
    • Stesen minyak – 6 pagi – 10 malam (kecuali di lebuh raya, boleh 24 jam)
    • Pasar tani dan harian – 7 pagi- 2 petang
    • Pasar borong – 12 pagi – 6 pagi; dan 11 pagi-4 petang
    • Hospital, klinik, makmal perubatan – 24 jam

SUMBER: MKN

Auto Terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
Auto Terkini

BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

14/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026

19 Comments

  1. Alya Fathihah on 17/01/2021 15:20

    Hiking boleh tak? Kategori sukan tanpa sentuhan fizikal? Betui boleh kan?๐Ÿ˜…

    Reply
  2. Dhia on 17/01/2021 18:27

    Salam selamt petang saya nak bertanye kalau bermancing boleh je x n berapa orang

    Reply
  3. nur on 20/01/2021 02:19

    assalamualaikum…saya nak tanya …kalau pkpb dalam satu kereta berapa orang ye

    Reply
    • Abang GYL on 20/01/2021 13:16

      PKPB tiada had min. Ikut kapasiti kereta

      Reply
  4. Mazni on 20/01/2021 19:20

    Pkp barbershop boleh beroperasi tak

    Reply
  5. Ain on 22/01/2021 09:15

    Menjual kenderaan terpakai blh dk?

    Reply
  6. RAJA AKMARINA BINTI RAJA AKMAL HISHAM on 22/01/2021 22:56

    Kalau berbasikal bawak anak kecil dengan seat baby di belakang boleh ke?

    Reply
  7. Fatin on 04/02/2021 16:55

    Pkp bleh tak lebih 3 orang? Naik kenderaan?

    Reply
    • Abang GYL on 04/02/2021 21:32

      Tidak melainkan melibatkan kecemasan

      Reply
  8. Muhammad Salihin bin shukor on 06/02/2021 03:14

    Kalau memancing boleh kaa kalau patuh sop

    Reply
  9. alya on 06/02/2021 17:17

    pkp boleh photoshoot tak?

    Reply
  10. Annuar Razali on 08/02/2021 22:14

    Saya nak tanya dlm tempoh PKP memancing di tepi sungai boleh ke atau tak boleh?

    Reply
  11. Sebrina Elysa on 14/02/2021 14:47

    Saya nak tanya kalau photoshoot boleh ke?

    Reply
    • Abang GYL on 15/02/2021 01:28

      Indoor tak ada masalah

      Reply
  12. Unkown on 20/02/2021 00:47

    Kluar lebih dari pukul 12 dibenarkan ke?

    Reply
  13. Reef on 28/02/2021 15:41

    Futsal boleh main ke tidak skrg?

    Reply
  14. Reef on 28/02/2021 15:46

    Futsal dibenarkan atau tidak?

    Reply
    • Abang GYL on 01/03/2021 01:11

      Tidak lagi.

      Reply
  15. Chong on 06/04/2021 17:30

    Camping dalam negeri tidak melebihi 10 orang boleh tak

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.