Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah Motosikal Penghantar Pizza Paling Laju, Modifikasi Ekstrem dari UAE
Auto Terkini

Inilah Motosikal Penghantar Pizza Paling Laju, Modifikasi Ekstrem dari UAE

AryonBy Aryon28/11/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK banyak yang kita tahu tentang trend kustom dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) atau negara Timur Tengah lain. Tetapi ramai mungkin sedia maklum mengenai kegilaan orang Arab apabila sudah pandai memegang stereng atau memulas terotel. Macam-macam aksi lagak ngeri boleh mereka lakukan.

Bikers Cafe di Dubai ialah contoh yang menunjukkan betapa trend kustom di rantau Arab juga tidak kurang hebat dan bukanlah semua orang di sana hanya tahu mencampakkan wang berkepuk di bilik pameran Lamborghini semata-mata. Lihatlah contoh motosikal di atas yang diubah suai daripada sebuah sportbike 150cc menjadi jentera drag.

MARC DAN ALAN DARI VR CUSTOMS

Menurut laporan BikeExif, setiap tahun Bikers Cafe  akan menaja motosikal kepada tiga pembina kustom atau customizer untuk diubah suai. Tahun ini, setiap customizer diberikan motosikal sportbike 150cc buatan India, Hero Xtreme 150 (dipanggil Thriller di UAE) dan diminta menghasilkan motosikal penghantar pizza.

Pemenang pertandingan itu dibolot Marc dan Alan dari VR Customs yang mengubah suai motosikal ala Yamaha RX-Z itu menjadi jentera gaya drag.

“Kami bukan kedai, cuma dua lelaki dengan ruang bawah tanah yang seronok membikin motosikal. Kami cukup bernasib baik kerana diberikan motosikal untuk dibikin,” kata Marc.

BACA >>> #BikinMotor: Pulsar NS200 Kena Sumpah Jadi Kawasaki Z1000

“Peraturan pertandingan menetapkan enjin mesti kekal standard, dan itu saja. Ini memberikan kami peluang untuk jadi sedikit gila dan lakukan sesuatu yang unik. Apabila idea teruk kami berkembang, ia jadi turbo dan kami buat beberapa perubahan lain juga,” kata Marc lagi.

MODIFIKASI TOTAL

Frem diguset (gusset) untuk menambahkan kekuatan, dan rekabentuk belakang dibina semula, termasuk cagak enjin bawah. Dengan had enjin diberikan, Marc dan Alan menambah set pengecas turbo pada karburetor Keihin PE30, termasuk merekabentuk semula tangki minyak baharu.

Fork depan dan kaliper brek diambil daripada Suzuki GSX-F750 dan rim depan bersaiz 17-inci milik supermoto Honda CRF dengan tayar Metzeler Racetec. Roda belakang pula menggabungkan hab supermoto Honda CRF dan rim CRF MX 18-inci. Kaliper asal pada roda depan dipindahkan ke belakang sebelum dikahwinkan dengan tayar M Vintage Drag Slick.

FAIRING GAYA MV AGUSTA 50-AN

Marc mengakui mendapat alat ganti daripada banyak pembikin lain dan mereka hanya membeli fairing, kit turbo dan tayar belakang.

Hero Xtreme 150 sebelum dimodifikasi

Fairing dihasilkan dengan meniru rekaan MV Agusta era 50-an, dan tangki kacang dua gelen yang digunakan itu asalnya mahu digunakan untuk projek lain. Rakan sekutu, Alan pula menghasilkan pelanan yang diambil daripada cafe race Honda CB750, dengan set belakang menggunakan aksesori aftermarket dan bilet clip-on Triumph Bonneville, sekali gus melengkapkan tema dragster motosikal tersebut.

BACA >>> Ducati Jumpa Hero Rancang Jalin Kerjasama di India, Model 300cc Bakal Jadi Kenyataan?

Bagaimanapun, Marc dan Alan tidak pula memberitahu di mana ruang meletak Pizza untuk penghantaran. Mungkin sekadar menggalas beg ala runner kurier penghantar makanan.

autotainment bikin motor Hero Xtreme 150 motosikal custom motosikal penghantar pizza roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.