Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah Kereta Dimiliki Penjaring Gol Vietnam Lawan Malaysia, Malam Tadi
Autotainment

Inilah Kereta Dimiliki Penjaring Gol Vietnam Lawan Malaysia, Malam Tadi

Han OthmanBy Han Othman13/12/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMAIN bola sepak sinonim dengan gaya hidup mewah tidak kiralah peringkat antarabangsa atau sekadar jaguh kampung. Di Malaysia pun selalu saja pemain bola sepak  kita menayangkan aset mereka itu buat tatapan peminat di media sosial, terutama dari kelab berstatus kayangan.

Kali ini, kita lihat pula jenis kereta dimiliki pemain Vietnam yang menjaringkan gol menumbangkan pasukan kita dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 malam tadi. Kemenangan Vietnam 3-0 ke atas pasukan kebangsaan meletakkan pasukan itu sebagai pendahulu Grup B, manakala Malaysia tergelincir ke tangga ke-3.

BACA >>> Dybala Beli Lamborghini Aventador S Roadster Sempena Gol ke-100
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 6 Kereta Mewah Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski

1. NGUYEN QUANG HAI

Nguyen Quang Hai ialah penyerang yang menjaring gol pertama menentang Malaysia dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 202o, malam tadi. Pemain berusia 24 tahun itu pernah dinobatkan sebagai 15 pemain terbaik Asia pada 2018 dan 17 terbaik pada 2019 serta dianggap antara bintang bola sepak terbaik Vietnam dalam generasinya.

Pemain bola sepak dan kereta memang tidak dapat dipisahkan, apatah lagi berstatus bintang. Agaknya apakah kereta dimiliki Quang Hai?

Menurut laporan media Vietnam, pemain itu baru saja membeli Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC pada harga 2.4 billion dong (RM438,990), tahun lalu. Namun, ramai peminat di sana membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah itu pada harga diskaun.

Di pasaran Vietnam, GLC 300 4MATIC ialah SUV off-road saiz penuh dengan enjin 2.0L berkuasa 245hp dan tork 370Nm, serta dipadankan transmisi automatik 9G-TRONIC 9-kelajuan. Kelajuan 0-100kmj sepantas 6.5 saat, manakala kelajuan maksimum 235kmj. Memang sesuailah sebagai kereta penyerang!

BACA >>> 3 SUV Mercedes-AMG G-Class Kini di Malaysia – Harga Bermula RM916k

2. NGUYEN CONG PHUONG

Nguyen Cong Phuong ialah penjaring gol kedua Vietnam, semalam. Jangan tidak tahu pemain berusia 26 tahun ini digelar peminat bola sepak dan media negaranya sebagai ‘Messi Vietnam’ disebabkan gaya permainan dan fizikalnya seperti pemain Paris Saint-Germain itu. Dia kini bermain sebagai penyerang  utama kelab Hoang Anh Gia Lai FC di liga utama V-League 1.

Berbanding pemain lain, Cong Phuong lebih berminat memiliki motosikal berkuasa besar dan dia kini memiliki Ducati Hypermotard 939 yang dibelinya pada harga 500 juta dong (MYR89,920). Motosikal advencer ini dijana enjin L-Twin Testastretta 937cc berkuasa 113hp dan tork 98Nm. Memang laju dan buas!

BACA >>> Ducati Hypermotard 950 RVE dengan Grafik Badan Graffiti dan Ciri Dipertingkat

3. NGUYEN HOANG DUC

Nguyen Hoang Duc, 23, ialah pemain tengah Vietnam yang meledakkan gol ketiga Vietnam. Dia juga ialah pemain kelab Viettel di liga premier V-League 1 dan sudah menyarung jersi kebangsaan seawal usia 17 tahun lagi dan boleh dianggap antara pemain Vietnam paling ‘jambu’.

Tiada maklumat mengenai kereta dimiliki pemain ini. Apa yang ada ialah ceritanya dengan kekasihnya, Nguyen Gia Han, 22, yang mendapat perhatian media dan peminat di sana kerana memiliki raut wajah yang cantik dan seksi. Pasangan itu juga kerap memuat naik foto mereka berdua di media sosial dan dikatakan sudah tiga tahun bercinta.

Bagaimanapun hasil tinjauan di akaun Instagram Hoang Duc menemukan satu foto rupa belakang dan kunci Porsche Cayenne S Hybrid. Mungkin itu kereta dimiliki pemain muda itu.

BACA >>> Porsche 911 GT3 (2022) Buka Tempahan di Malaysia, Harga RM1.8 Juta Sahaja
BACA >>> SDAP Tawar Tiga Varian EV Porsche Taycan Cross Turismo, Harga Mula RM645k!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Đức Bo Saul ⚽️⚽️ (@hoang.duc.98)

bola bola sepak CONG PHUONG DUCATI HYPERMOTARD 939 MERCEDES-BENZ GLC 300 Piala AFF Suzuki 2020 Vietnam
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026

1 Comment

  1. Kingkent on 14/12/2021 03:35

    Di Malaysia, pemain bolasepak seperti ahli politik..
    Mereka berpendapatan besar tapi tiada kualiti..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.