• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Inilah 6 Kereta Mewah Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski

#TahukahAnda: Inilah 6 Kereta Mewah Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski

October 18, 2020 By Azizi H Leave a Comment

171
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENYERANG Poland dan Bayern Munich, Robert Lewandowski adalah antara pemain bola sepak yang mempunyai minat mendalam dalan sukan permotoran dan memiliki banyak koleksi kereta mewah.

Dengan pendapatan mencecah lebih AS$1.4 juta (RM5.8 juta) sebulan, Lewandowski, 32, mampu memiliki jenama kereta mewah terkenal dunia seperti Ferrari, Audi, Bentley, Maserati, Mercedes-Benz dan Porsche.

Lewandowski ialah penjaring terbanyak Bayern Munich musim lalu yang menjadi watak penting dalam membantu kelab Jerman itu meraih kejuaraan trebel, termasuk trofi Liga Juara-Juara Eropah 2019.

BACA >>> Tak Dapat Main Bola, Pemain Man City Ini Siap Pasang LEGO Bugatti Chiron

SEMUA PEMAIN DAPAT AUDI
Robert Lewandowski[2]
Robert Lewandowski[1]

Semua pemain Bayern Munich wajib menggunakan kereta Audi ke pusat latihan. Jenama mewah itu ialah rakan kongsi kepada Bayern Munich, dan mengikut perjanjian, Audi akan menyediakan kereta kepada semua pemain dengan syarat dipandu ke pusat latihan setiap hari.

Jika syarat itu dilanggar, pemain Bayern Munich boleh didenda AS$56,180 (RM233,060). Bagaimanapun, pemain dibolehkan  memandu model di bawah Volkswagen Group seperti Bentley dan Porsche. Jadi jangan terkejut jika kebanyakan pemain kelab ini memandu kereta jenis Audi.

BACA >>> 'Pasukan Hidung Audi' - Unit Khas untuk Hidu Bau Material Kereta

1. Audi RS6 C7

Lewandowski berhijrah dari Borussia Dortmund ke Bayern Munich pada 2014 dengan menerima kereta jenis Audi RS6 C7 dengan enjin V8 4.0-L TFSI turbo kembar berkuasa 597hp dan tork 750Nm tork. Model ini dianggarkan bernilai AS$108,000 (RM450,520).

2. Ferrari F12 Berlinetta

Lewandowski juga Ferrari F12 Berlinetta bernilai AS$327,000 (RM1,364,080). Kereta  ini dipacu enjin V12 6.3L berkuasa 730hp dan tork 690Nm. Supercar buatan Itali ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.1 saat sahaja, manakala kelajuan maksimum 340kmj.

3. Bentley Continental GT

Bentley lewandowski bentley 2
Bentley lewandowski bentley

Lewandowski sangat sukakan Bentley Continental GT kerana beliau memiliki bukan saja ada satu, tapi dua model, iaitu konvertibel Continental GT bernilai AS$225,000 (RM934,310) dengan enjin W12 6.0L pengecas turbo kembar berkuasa 626hp dan tork 900Nm.

Sedan mewah ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.6 saat dengan kelajuan maksimum 333kmj.

4. Mercedes-AMG CL 63

Mercedes-AMG CL 63 ialah versi prestasi dalam generasi terakhir Mercedes-Benz CL-Class. Grand tourer 2-pintu ini dijana enjin V-8 berkuasa 536hp dan mampu memecut 0-100kmj sepantas 4.4 saat.

5. Porsche 911 Speedster

Lewandowski juga memegang kunci kereta Porsche 911 Speedster edisi terhad yang hanya dikeluarkan 1,948 unit sahaja.

Kereta sport ini dijana enjin aspirasi natural (NA) 4.0L berkuasa 510hp dan tork 470Nm yang mampu memecut 0-100kmj dalam masa 3.8 saat dengan kelajuan maksimum 310kmj.

6. Maserati GranTurismo Sport

Maserati GranTurismo Sport turut menjadi pilihan hati Lewandowski. Kereta bernilai AS$132,975 (RM552,178). Model GT ini menggunakan enjin V8 petrol 4.7L yang mampu meledakkan kuasa 460hp dan tork 520Nm, manakala pecutan 0-100kmj dapat dilakukan 4.8 saat dengan kelajuan maksimum 298kmj.

BACA >>> Ronaldo Beli Bugatti Centodieci, RM46j?

SUMBER: AutoJosh

171
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: auto terkini, autotainment, Bayern Munich, Kereta Remove term: Robert Lewandowski Robert Lewandowski, Pemain Bola Sepak, Robert Lewandowski, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my