Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Hypermotard 950 RVE dengan Grafik Badan Graffiti dan Ciri Dipertingkat
Roda2

Ducati Hypermotard 950 RVE dengan Grafik Badan Graffiti dan Ciri Dipertingkat

Abang HirataBy Abang Hirata17/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI sentiasa ada tawaran menarik untuk produk dua roda jenama itu yang diperkenalkan dalam situasi ideal menerusi penjenamaan Itali bersama strategi perniagaan.

Terbaharu, Ducati memperkenalkan Hypermotard 950 RVE yang diposisi antara Hypermotard 950 asas dan Hypermotard 950 SP.

Satu lagi ciri menarik Ducati adalah grafik badan ringkas, atau lebih tepat lagi tanpa grafik kecuali logo dan nama model motosikal tersebut. Apa yang membuatkan ramai mengenali Ducati adalah rekabentuk menarik yang uni dan warna merah, walaupun ada saja warna lain ditawarkan.

BACA >>> Ducati Hypermotard 950 Concept Didedahkan di Itali dengan Seragam Seni Grafiti

GRAFIK BADAN GRAFFITI

Hypermotard 950 RVE ini pula tampil berbeza dengan grafik badan dipanggil Graffiti yang dipengaruhi seni lakaran dinding jalanan. Model ini dibina berasaskan Hypermotard 950 Concept yang dipamerkan di acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este, Tasik Como pada Mei 2019.

Bagi mencapai kualiti pembuatan yang sama seperti model konsep, Ducati menggunakan tenaga kerja berkemahiran tinggi, termasuk menggunakan pelekat nipis yang memakan proses lama dan rumit. Hasilnya diperoleh adalah setanding semburan cat menggunakan teknik berus angin (airbrush).

BACA >>> #BikinMotor: Ducati 600SL Pantah, Jentera Lumba 80-an Tukar Jadi Cafe Racer

Bukan hanya grafik badan, Ducati turut menaik taraf ciri standard daripada Ducati Quick Shift (DQS) Up & Down EVO kepada ciri sedia ada seperti  Bosch Cornering ABS with Slide by Brake function (dalam tetapan 1), Kawalan Traksi Ducati Traction (DTC) EVO dan Kawalan Wheelie Ducati (DWC) EVO.

Hypermotard 950 RVE dikuasakan enjin 937cc Testastretta 11° dengan output 114hp @ 9,000 rpm dan tork 96.1Nm dengan 80 peratus daya kilas dicapai pada rev 3,000rpm.

Varian tertinggi, Hypermotard 950 SP pula istimewa dengan grafik perlumbaan, suspensi Öhlins, rim Marchesini dan Ducati Quick Shift (DQS) Up and Down EVO.

Ducati Hypermotard 950 RVE memasuki pasaran Britain pada Julai nanti pada harga saranan £11,750 (RM63,160). Di pasaran tempatan pula, masih awal untuk mengesahkan kehadiran model ini. Dua model awal, Hypermotard 950 dan Hypermotard 950 SP sudah dilancarkan Jun 2019 yang masing-masing berharga RM75,900 dan RM117, 900

BACA >>> Honda CBR1000RR-R Fireblade Menang Anugerah Rekabentuk Red Dot 2020!

GALERI
Ducati bercorak grafiti!
Ducati Ducati Hypermotard Ducati Hypermotard 950 Ducati Hypermotard 950 RVE Motard Super Motard
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Roda2

    HLYM Kemaskini Warna YZF-R25 2026

    30/04/2026
    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Roda2

    Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

    27/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.