• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Ducati 600SL Pantah, Jentera Lumba 80-an Tukar Jadi Cafe Racer

#BikinMotor: Ducati 600SL Pantah, Jentera Lumba 80-an Tukar Jadi Cafe Racer

June 1, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

215
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI sudah menawarkan pelbagai model motosikal menarik daripada rangkaian superbike, scrambler, motard hingga meneroka produk segmen tourer dan advencer.

Barisan produk pengeluar Itali itu mungkin jadi lebih lengkap dan menarik jika ada tawaran model cafe racer moden. Bukan tidak mengiktiraf Scrambler Cafe Racer, tetapi model itu tidak mencetuskan rasa nostalgia kalau dibandingkan SportClassic atau MH900e.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Ducati Scrambler 1100 Kini Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM83k

Atau mungkin model Ducati 600SL Pantah ini menerusi sentuhan terbaik bengkel kustom Ruamachines, yang diasaskan Armando Fontes dan Victor Rocha di Esmoriz, Portugal.

Projek modifikasi 600SL Pantah tahun 1982 ini dibikin khas untuk seorang klien yang bekerja dalam bidang automotif, dikhabarkan pereka dalaman kenderaan dari Skandinavia.

β€œIa harus sebuah cafe racer tulen dan kemas. Perlu sentiasa ingat, sedikit itu lebih baik,” kata Fontes.

Produk sudah siap itu terbukti mengetengahkan konsep binaan minimalis yang menonjolkan frem unik dengan bentuk enjin Desmodromic L-Twin, selain trim bendera Itali dan latar merah Ducati.

Badan asal 600SL Pantah dileraikan hingga tinggal bahagian frem dan dibina semula menggunakan alat ganti daripada model Ducati lain. Jentera ini menggunakan komponen fork terbalik (USD) 900SS (1996), manakala unit swingarm asal digantikan dengan komponen 750 F1 (1985).

BACA >>> Ducati Buka Pusat Jualan Kedua Terbesar Asia Tenggara di PJ

Ducati 600SL Pantah (1981)

Proses memasang swingarm itu tidak sukar kerana ruang dua model itu sama. Cuma perlu membuat tapak baharu untuk memasang monoshock di bawah bahagian tangki minyak. Ini membawa kepada ciptaan subfrem kustom yang disambung pada frem asal.

Rim masih standard 600SL Pantah, tetapi sistem brek depan dipinjamkan daripada 900SS dengan tambahan spacer kustom dan mounting cakera baharu. Brek belakang pula jenis 750 F1, juga tiada masalah pemasangan.

Walaupun 600SL Pantah ialah model yang kerap digunakan untuk perlumbaan, tetapi enjin masih dalam keadaan baik. Trenkuasa dibaik pulih dengan menukar penapis udara K&N, dan sistem ekzos kustom jenis keluli tahan karat.

Kotak bateri disorokkan, dan pendawaian dibuat semula pada kontroler Motogadget. Tambahan lain ialah spidometer Motogadget Motoscope Classic, punat tekan dan lampu signal belok kecil jenis LED yang dipasangkan pada bolt lampu depan iaitu braket kustom. Lampu belakang pula diikat pada plat nombor belakang, manakala bahagian roda depan menggunakan fender pendek.

Pelana dibalut kulit dengan kombinasi Alcantara sebelum sentuhan akhir disudahkan dengan lencana Ducati.

BACA >>> Pemilik Tidak Datang Tuntut, Ducati 996 R Ini Terbiar Selama 20 Tahun

GALERI
ducati-600sl-pantah-2
ducati-600sl-pantah-3
ducati-600sl-pantah-8
ducati-600sl-pantah
ducati-600sl-pantah-4
ducati-600sl-pantah-6
ducati-600sl-pantah-3 (1)
ducati-600sl-pantah-7
ducati-600sl-pantah-5

SUMBER: BikeExif | Ruamachines | Facebook | Instagram | VictorHugo

Related

215
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, Cafe racer, Ducati, Ducati 600SL Pantah, Ducati Scrambler Cafe Racer, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 Β© PanduLaju.com.my
πŸš€ XCII WebDev