Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Inilah Bentley Bacalar yang Paling Murah, Cuma RM540 Sahaja!
Aksesori

Inilah Bentley Bacalar yang Paling Murah, Cuma RM540 Sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata26/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini kami ada menerbitkan artikel mengenai individu yang mengubah suai dua pesawat milik syarikatnya mengikut spesifikasi kustom Bentley Bacalar by Mulliner yang ditempah.

Sebanyak 12 unit Bacalar sahaja dikeluarkan dan semua sudah habis dijual. Rupanya ada lagi Bacalar, tetapi dalam saiz yang jauh lebih kecil, iaitu model skala 1:43, dan kereta ini boleh dibeli menerusi kedai Bentley atas talian. Malah turut dijual bersama model skala Bentely Continental GT Speed.

BACA >>> Bentley Mulliner Bacalar – Supercar Edisi Khas yang Cuma 12 Unit Dikeluarkan
BACA >>> Ducati Panigale V4R LEGO Skala 1:1 Ini Boleh Ditunggang, Ambil Masa 400 Jam Disiapkan

Berapa harga model skala Bentley Bacalar? £100 (RM540), termasuk kotak Bentley dan penghantaran percuma untuk pembelian melebihi £200 (RM1,080) di Britain.

Harga asal Bentley Bacalar ialah £1.8 juta (RM9.7 juta) dan dijana enjin W12 6.L TSI berkuasa 650hp dengan pecutan 0-100kmj sepantas 3.5 saat, manakala kelajuan maksimum lebih 322kmj.

Dari segi rekabentuk, Bentley Bacalar dengan gaya Barchetta (buka bumbung, dua kerusi) hanya berkongsi hendal pintu dengan Bentley Continental GT.

Model skala ditawarkan itu datang dalam warna Yellow Flame (kuning), dipilih bagi menampakkan bentuk dan alunan badan sebenar. Bahagian kabin pula menggunakan tema Grey Tweed dan Beluga. Dari segi saiz, model daripada resin ini berukuran panjang 113mm, lebar 51mm dan tinggi 33mm.

Model skala Bentley Continental GT Speed pula dibuat dalam warna Candy Red (merah) yang menaikkan perincian gelap seperti spesifikasi kilatan dan gentian karbon Styling Specification. Bahagian kabin Hotspur bertema merah lengkap dengan sulaman Speed dan corak berlian pada upholsteri kulit dan kerusi.

Jika kedua-dua model ini mencecah £100, carian dalam laman web Bentley menunjukkan ada lagi model ditawarkan pada harga lebih rendah. Misalnya, model skala 1:64 Flying Spur hanya berharga £14 (RM75), juga paling murah boleh dibeli.

BACA >>> #RetroAuto: Kisah di Sebalik T-Series, Model Bentley Pertama dengan Casis Monokok
BACA >>> #BikinAuto: Lelaki Bikin Helikopter, Pesawat Udara Macam Bentley Sendiri!

Model skala 1:43 Bentley Bacalar by Mulliner
Model skala 1:43 Bentley Continental GT Speed
aksesori Bentley Bentley Bacalar Bentley Bacalar by Mulliner Bentley Continental GT Speed. Bentley Mulliner Bacalar Continental GT Speed model skala Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.