Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Inilah 7 Perkara Anda Patut Tahu Mengenai Mazda3 (2019) – Harga Bermula RM139k
Roda4

Inilah 7 Perkara Anda Patut Tahu Mengenai Mazda3 (2019) – Harga Bermula RM139k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JUN lalu kami terbang ke Jepun bersama Mazda Malaysia untuk memandu uji Mazda3 (2019) generasi keempat sebelum dibawa masuk ke pasaran tempatan. Masa dinanti kini sudah tiba apabila kereta segmen-C itu rasmi dilancarkan menerusi tawaran versi sedan dan hatchback.

Dijual pada harga bermula RM139,000 hingga RM160,000, berikut ialah tujuh perkara menarik yang patut anda tahu mengenai Mazda3 (2019).

1. LIMA PILIHAN VARIAN

Mazda3 (2019)yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun berkenaan ditawarkan dengan lima pilihan varian bersama tujuh warna menarik buat pengguna tempatan. Tentunya harga jualan sedikit mahal kerana status model import, berikut senarai harga mengikut varian untuk pasaran Malaysia:

  • Mazda3 1.5 Skyactiv-G sedan/hatchback: RM139,620
  • Mazda3 2.0 Skyactiv-G sedan (High): RM150,059
  • Mazda3 2.0 Skyactiv-G sedan/hatchback (High Plus): RM160,059

*Harga atas jalan tidak termasuk insurans

2. TUJUH WARNA PILIHAN

  • Soul Red Crystal – Merah
  • Polymetal Grey – Kelabu Polymetal
  • Machine Grey – Kelabu Machine
  • Snowflake White Pearl – Putih
  • Sonic Silver – Perak
  • Deep Crystal Blue – Biru
  • Jet Black – Hitam

BACA >>> Brosur Mazda2 Facelift Bocor Sebelum Rasmi Dilancarkan di Jepun

3. ADA DUA PILIHAN ENJIN –  1.5L & 2.0L Skyactiv-G

Sayangnya Mazda3 (2019) pasaran Malaysia tidak menerima pilihan enjin Skyactiv-D 1.8L Diesel, Skyactiv-G 2.5L dan Skyactiv-X. Ini mungkin juga mengambil kira cukai dan harga insurans yang lebih mahal. Tawaran enjin petrol 1.5L dan 2.0L sudah cukup untuk segmen-C dan bersaing secara sihat dengan model sedia ada di pasaran.

Enjin bersesaran 1,496cc (1.5L) mampu menghasilkan kuasa 118hp pada 6,000rpm dan tork maksimum 153Nm pada 4,000rpm. Manakala enjin bersesaran 1,998cc (2.0L) pula menghamburkan kuasa 162hp pada 6,000rpm dan 213Nm tork. Penghantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi kotak gear automatik 6-kelajuan Skyactiv Drive.

Sementara itu kelajuan maksimum dan rekod kecekapan bahan api di atas kertas bagi setiap varian ialah:

  • Mazda3 1.5 Skyactiv-G sedan: 200kmj/ 5.8L per 100km
  • Mazda3 2.0 Skyactiv-G sedan (High): 216kmj/ 6.2L per 100km
  • Mazda3 2.0 Skyactiv-G sedan (High Plus): 216kmj/ 6.2L per 100km
  • Mazda3 1.5 Skyactiv-G hatchback: 193kmj/ 5.9km per 100km
  • Mazda3 2.0 Skyactiv-G hatchback (High Plus): 207kmj/ 6.3L per 100km

4. LEKUK BADAN YANG MENGGIURKAN

Penampilan baharu Mazda3 (2019) mengambil ilham Konsep Kai menerusi lampu depan LED runcing dan gril besar agresif. Bahagian bawah bampar depan kelihatan ambilan udara, diapit lampu kabus kecil. Lampu belakang diperincikan dengan rekaan bulatan ganda untuk setiap kluster dengan hujung but ditinggikan seperti ekor itik, mirip spoiler.

Bawah bampar  belakang kelihatan ekzos kembar dan perkataan Mazda3 dengan fon baharu berbanding versi lama. Melengkapkan penampilan seksi berkenaan Mazda menawarkan rim 18-inci hanya pada varian High Plus dan 16-inci untuk varian yang lain.

Dimensi Mazda3 (2019) juga  bertambah berbanding versi sedia ada. Model sedan memiliki panjang 4,662mm (bertambah 82mm), lebar 1,797mm (+2mm) dan tinggi 1,445mm (+5mm), manakala jarak roda dipanjangkan 25mm kepada 2,725mm. Manakala versi hatchback pula memiliki panjang 4,459mm (pendek 1mm), lebar 1,797mm (+2mm), dan tinggi 1,440mm (-10 mm).

BACA>>>Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

5. KABIN RINGKAS

Mazda cukup terkenal dengan bentangan kabin ringkas, bersih dan mudah dikendalikan. Pengguna tidak memerlukan masa untuk serasi dengan butang kawalan yang ada dalam kabin. Kesemua varian ditawarkan dengan kluster instrumen berwarna TFT bersaiz 7-inci yang memaparkan pelbagai maklumat berkaitan kenderaan dan paparan head-up berwarna.

Kemasan kulit boleh dilihat pada tombol gear dan kerusi. Bagaimanapun varian Mazda3 (2019) 1.5 Skyactiv-G sedan dan hatchback didatangkan dengan material fabrik pada kerusi. Untuk mendapatkan pandangan ideal buat saiz pemandu yang pelbagai pihak Mazda menawarkan kerusi dengan 10-cara pelarasan elektrik dan pelarasan manual bagi varian 1.5 Skyactiv-G.

Ciri peralatan standard lain yang ditawarkan termasuk Sistem Hiburan MZD Connect bersama perintah suara, fungsi Apple Car Play dan Android Auto, paparan skrin hiburan warna penuh 8-inci, sambungan bluetooth, 8-pembesar suara, Kawalan Commander Multi-fungsi, 2-port USB dan paparan kamera undur serta Teknologi Mazda i-Stop Idling dan Teknologi Kawalan G-Vectoring Plus Mazda.

6. SEGUDANG CIRI KESELAMATAN TERKINI

Demi ketenangan minda pemilik dan penumpang pihak Mazda tidak berkompromi dengan tawaran ciri keselamatan yang ditawarkan. Berikut senarai peralatan standard yang ditawarkan:

  • 7 beg udara
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
  • Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC)
  • Agihan Tekanan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Hill Launch Assist (HLA)
  • Fungsi Auto Hold
  • Sensor Kelajuan Auto Kunci
  • Isofix
  • Sistem Anti Kunci Enjin-Immobilizer

Di samping itu, Mazda3 (2019) turut didatangkan dengan ciri keselamatan termaju yang digelar i-Activsense. Bagaimanapun sistem berkenaan hanya ditawarkan pada varian High Plus yang terdiri daripada:

  • SistemLampu Depan Adaptif (AFS)
  • Kawalan Lampu Tinggi (HBC)
  • Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Belakang (RCTA)
  • Sistem Amaran Masuk Lorong (LDWS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (DAA)
  • Sokongan Brek Pintar (SBS)
  • Kawalan Kruise Radar Mazda (MRCC)

BACA >>> Mazda2 Remuk Teruk, Tetapi Pemandu Hanya Luka Kecil

7. WARANTI

Mazda3 (2019) didatangkan dengan jaminan 5 tahun atau 100,000km (yang mana tiba terdahulu) dan 5-tahun jadual penyelenggaraan percuma atau 100,000km (yang mana tiba terdahulu).

GALERI
2019 Mazda3 Malaysia
2019 Mazda3 Malaysia
2019 mazda3 Auto Terkini bermaz Motor enjin mazda3 2019 mazda mazda 3 Mazda Malaysia Mazda3 (2019) Mazda3 (2019) Malaysia mazda3 2019 hatchback mazda3 2019 sedan Mazda3 generasi keempat pandu uji mazda3 sedan segmen-C Segmen-C hatchback
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

    28/04/2026
    Auto Terkini

    Jamal Zaman Kaus Menang Perodua Alza 1.5H Dalam Kempen ‘Belanja dan Menang’ PLUS

    28/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z Tampil Di China, Lebih 1,000 ps, 0-100 km/j Tak Sampai 2 Saat!

    28/04/2026
    Roda4

    LEPAS Debut Global di Auto China 2026 – Perkenal Strategi NEV dan Model L6 EV, L4 EV

    27/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.