• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda2 Remuk Teruk, Tetapi Pemandu Hanya Luka Kecil

Mazda2 Remuk Teruk, Tetapi Pemandu Hanya Luka Kecil

September 16, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

363
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAHAS melibatkan lori dan Mazda2 ini berlaku di negara seberang. Maut memang tidak mengenal masa dan tempat, tetapi pemandu hatchback itu bernasib baik kerana ajalnya belum sampai. Mangsa terselamat dek bantuan ciri keselamatan yang ada pada model tersebut.

Jika melihat video dan imej kemalangan, kita mungkin berfikir pemandu kereta itu sudah pasti tidak dapat diselamatkan lagi, ataupun sekurang-kurangnya cedera parah. Sebaliknya, mangsa sebenarnya selamat keluar dengan pertolongan pengguna jalan raya lain dan hanya mengalami luka ringan pada kaki dan dagu. Tubuhnya pula langsung tiada luka terbuka.

Mazda2 Kemalang Jakarta
Mazda2 Kemalangan Jakarta2

Ini dikatakan peranan ciri keselamatan Mazda2 membantu mengurangkan risiko kecederaan pemandu. Malah frem kabin daripada Keluli Tegangan Ultra Tinggi mampu melindungi pemandu daripada risiko maut dan cedera parah.

BACA >>> Mazda2 dengan SkyActiv dan Falsafah Kodo, Pencabar Baharu Segmen-B

Menurut laporang, dalam insiden itu, pemandu Mazda2, Berlyno Julian, 19, cuba memotong di lorong kecemasan Lebuh Raya Tangerang-Jakarta Indonesia sebelum berlanggar trak yang berhenti di situ. Akibatnya, kenderaannya terpelanting, dan berpusing serta dilanggar pula Suzuki APV yang tidak sempat mengelak.

Jika kita lihat imej dirakamkan, bahagian rim depan tercabut, manakala depan kereta remuk teruk.

https://youtu.be/02-Hd0ot9tU

SUMBER: Gridoto

Related

363
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: hatchback, kemalangan, mazda, Mazda2, Nahas Jalan Raya, Teknologi SKYACTIV, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #TahukahAnda: Asal Usul 'Double Line', Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
    #TahukahAnda: Asal Usul 'Double Line', Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?
    #Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev