Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda2 dengan SkyActiv dan Falsafah Kodo, Pencabar Baharu Segmen-B
Roda4

Mazda2 dengan SkyActiv dan Falsafah Kodo, Pencabar Baharu Segmen-B

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/09/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1260989
KEJAYAAN model Mazda6, Mazda3 dan CX-5 mendorong Mazda meneruskan kesinambungan teknologi SKYACTIV menerusi pelancaran model segmen-B terbaharu, Mazda2 dengan rekabentuk mantap dan maskulin.

Mazda2 hadir dalam dua varian: sedan dan hatchback. Biarpun hadir dalam dua varian berbeza, kedua-duanya menggunakan enjin sama iaitu SKYACTIV-G 1.5L.

Mazda2

PRESTASI

Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan SKYACTIV-DRIVE, model ini mampu menghamburkan kuasa 114hp @ 6,000rpm dan tork puncak 148Nm @ 4,000rpm.

Pengarah Eksekutif Bermaz Motor, Datuk Seri Ben Yeoh optimis Mazda2 bakal mendapat sambutan ramai di kalangan peminat automotif tempatan berdasarkan rekabentuk dan ciri dibawa.

“Buat masa ini, kami tidak menetapkan sebarang sasaran jualan dan bergantung kepada jumlah pengeluaran yang diterima dari kilang di Thailand. Bagaimanapun, 200 unit fasa pertama Mazda2 bakal diterima dan kami akan hantar kepada pelanggan secara berperingkat,” katanya.

HARGA

  • Mazda2 (Sedan/Hatchback) – RM87,956

* Atas jalan termasuk insurans
P1270001

APA ITU SKYACTIV?

SkyActiv ialah elemen kejuruteraan setiap komponen yang diaplikasi untuk membangunkan kenderaan terbaik. Kehadiran teknologi ini membantu meningkatkan kecekapan prestasi enjin dan transmisi supaya lebih ringan, lancar dan efisien.

Secara tidak langsung teknologi ini menawarkan kecekapan penggunaan bahan api. Lihat saja kejayaan Mazda3, Mazda6 dan CX-5, yang kesemua diterima baik peminat automotif tempatan dan global.

P1260996

REKABENTUK LUARAN

Mazda2 cuba mencetuskan emosi dan keseronokan pemanduan menerusi falsafah ‘KODO Soul of Motion’ yang menggabungkan tiga prinsip asas rekabentuk: kelajuan, ketegangan dan kehalusan.

Selain kepuasan pemanduan, KODO, yang juga bermaksud ‘gerakan jiwa’, ialah hala tuju dan penanda aras baharu Mazda dalam menghasilkan produk automobil terbaik.

Dari depan, rekaan gril latar hitam dengan kemasan jalur krom meningkatkan impak anggun dan penuh gaya. Sekilas pandang, Mazda2 memiliki fizikal agresif, seksi dan elegan serta teknologi baru. Sosok seksi Mazda2 mampu membuatkan mereka yang pertama kali melihat jadi tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Malah, bukan saja cantik dipandang, tetapi juga berprestasi mantap.Mazda2_Interior

DALAMAN

Jika dibandingkan model pesaing lain dalam segmen-B, rekabentuk dalaman Mazda2 lebih lengkap dengan pelbagai ciri teknologi terkini dan menarik. Sebaik memasuki ruang dalaman, anda akan dapati susunan rekaan Mazda2 berbeza dengan model sekelas. Mazda2 hadir bersama sistem audio MZD Connect dengan skrin sentuh 7-inci dengan paparan pelbagai info pemanduan.

Pemandu turut boleh mengawal sistem audio menerusi tombol di bahagian tengah dan mudah untuk dikendalikan. Antara ciri lain Mazda2 ialah sistem kemasukan tanpa kunci, kerusi kulit, kamera undur, sistem penyaman udara automatik dan i-Stop.

Mazda2

HUD – ACTIVE DRIVING DISPLAY

Salah satu ciri menarik Mazda2 ialah paparan dongak (HUD), dikenali Active Driving Display (ADD). Terletak di atas pedal meter, ADD memaparkan pelbagai maklumat penting seperti kelajuan, dan arah sistem navigasi tanpa memerlukan si pemandu mengalih pandangan dari jalan raya.

KESELAMATAN

Aspek keselamatan, Mazda2 dilengkapi 2 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC).

Ada 4 warna menarik ditawarkan: Soul Red Metallic (merah), Snowflake White Pearl (putih), Metropolitan Grey (kelabu) dan Aluminium Metallic (perak). Pengguna juga diberikan jaminan tiga tahun atau 100,000km had perbatuan. Selain itu, pemilik Mazda juga boleh menikmati pakej penyenggaraan percuma tiga tahun atau 60,000km (mana-mana tiba dahulu).

Bermaz Motor lancar Mazda2 Datuk Seri Ben Yoh Mazda CX-5 Mazda2 CBU Thailand Mazda2 KODO Mazda2 Preview Mazda2 Teknologi SKYACTIV Mazda2 Test Drive mazda3 Mazda6 Pandu Uji Mazda2 Skyactiv-Drive SKYACTIV-G
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.