Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah 6 Barang Auto yang Anda Boleh Beli dengan Harga Apple iPhone X
Autotainment

Inilah 6 Barang Auto yang Anda Boleh Beli dengan Harga Apple iPhone X

Han OthmanBy Han Othman14/09/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEANTERO Malaysia kecoh dengan kehadiran telefon pintar baharu, Apple iPhone X (sebut iPhone Ten, bukan ‘ex’) yang khabarnya bakal dilancarkan pada 3 November ini pada harga dianggarkan bermula AS$999 (~RM4200). Wow, dua tiga kali kami telan air liur melihat anggaran harga tersebut. Terus berguguran air mata ke bumi.

Kami tahu, memang ramai sedang berkira-kira mahu mendapatkan telefon pintar paling trendy tersebut. Tetapi tidak kurang ramai juga yang menganggap tidak berbaloi melaburkan wang sebanyak itu hanya untuk sebuah peranti kecil. Ada pula yang berseloroh, beli telefon punya mahal tetapi main aplikasi yang sama juga macam Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp/WeChat.

Sekarang kami akan senaraikan apakah barang yang anda boleh dapat dengan nilai RM4,200 selain iPhone X? Sebagai laman web permotoran, semestinya produk dimaksudkan itu ada kaitan dengan automotif. Tiada niat mahu mengecam, cuma mahu buat anda berfikir dua kali. Hehehe..

1. KERETA TERPAKAI


Dengan wang sebanyak RM4,200 anda sememang ada banyak pilihan kereta terpakai untuk dibeli. Berikut ialah senarai kereta yang anda boleh beli dengan wang sebanyak itu, semestinya secara tunai. Kami cuma senaraikan beberapa model yang berbaloi dibeli berdasarkan kos senggara, alat ganti dan tahan lasak.

  • Kereta lokal – Proton Iswara, Wira, Saga dan Perodua Kancil, Kembara, Kancil.
  • Kereta Jepun -Toyota Corolla KE70, Nissan Sunny.
  • Kereta Conti/Amerika – Ford Telstar, Ford Laser, Peugeot 406, Volvo 240.

Rata-rata kereta terpakai di atas sudah berusia lebih 10-20 tahun, tetapi masih banyak yang gagah bergerak atas jalan. Perlu ambil kira kos baik pulih, dan senggara. Apa yang penting kereta tiada hutang bank setiap bulan. Jika anda masih pelajar, dan perlu pula tanggung kos senggara, minyak dan itu ini, apa kata sewakan kereta terpakai itu kepada rakan asrama atau rumah bujang. RM10-20 sejam pun ok kan?

2.  RIM SUKAN


Kalau sudah ada RM4,200 dalam tangan, anda ada banyak pilihan jenis rim original berjenama dan berkualiti baik sama ada baharu atau terpakai hingga boleh rambang mata dibuatnya. Sebelum beli, jangan lupa tanya dahulu kos tepi yang mungkin tidak dikira sekali seperti penjajaran dan pengimbangan (alignment and balancing), nat, dan lain-lain. Jika beli rim Taiwan, atau lokal, anda boleh dapatkan dua atau tiga set rim (12 unit), siap tayar!

3. MOTOSIKAL BAHARU/TERPAKAI

modenas kriss mr2

Jika kereta, anda cuma dapat beli model terpakai, tetapi tidak motosikal kerana anda boleh beli model kapcai baharu seperti Modenas Kris MR2 yang dijual pada harga serendah RM3,890. Bukan saja jimat minyak, tetapi kos senggara pun lebih murah berbanding kereta. Jika mahu lebih banyak pilihan jenama, boleh beli saja mana-mana kapcai terpakai.

Ada yang kata, beli telefon tidak perlu isi minyak, tetapi beli motor boleh naik berdua dan pergi ke mana-mana. Kalau kawan nak pinjam, caj saja sewa RM5-10 sejam. Tidak pun, mintak dia orang isi minyak penuh. Hah, siapa cakap beli motor tidak boleh ‘buat duit’?

4. BARANG HALFCUT


Banyak barang halfcut boleh dibeli, terutama jika anda gemar membikin kereta. Nilai RM4,200 misalnya membolehkan anda mendapat kotak gear, enjin atau kedua-duanya, ataupun set lengkap kit badan, alat ganti atau aksesori dalaman kereta. Peminat JDM mungkin perlu lupakan seketika membeli telefon baharu mahal.

5. CAT BARU KERETA

Kalau kereta anda sudah berusia, apa kata wang sebanyak RM4,200 itu anda belanjakan untuk cantikkan semula kereta supaya kembali berseri seperti baharu. Bukanlah suruh bikin enjin, anda cuma perlu:

  • Cat warna baharu – RM3,000 (luar dalam)
  • Tukar Tayar – RM800 (+-RM200/tayar)
  • Tambah spoiler + skirt – RM400

JUMLAH = RM4,200

Kos berbeza ikut tahap baik pulih kereta, jenis cat, jenis kereta, jenis tayar dan bahagian aksesori/alat ganti yang mahu ditambah. Apa yang pasti, wang sebanyak itu memang boleh buatkan kereta anda kembali baharu.

6. BELI HELMET DAN SIMPAN


Ini khas untuk mereka yang bijak cari peluang buat duit. Helmet boleh dianggap sebagai emas dunia permotoran dan antara contoh aksesori motosikal paling tinggi nilai jual semula. Tidak perlu kami senaraikan apakah jenis atau jenama helmet ‘harga meninggal’ di luar sana kerana selagi ada pasaran, selagi itu harga helmet boleh melambung tinggi.

Helmet juga antara aksesori paling rendah risiko dan selamat disimpan untuk dijual semula kerana sampai bila-bila pun penunggang Malaysia memang wajib memakai helmet. Apa yang penting, sejauh mana anda mampu bersabar menyimpan topi keledar itu.

Tetapi dengan wang sebanyak RM4,200, anda sudah boleh membeli mana-mana helmet edisi terhad di pasaran semudah memetik jari. Mungkin sebuah helmet berharga RM4,200, ataupun 4 helmet berharga lebih kurang RM1,000 setiap satu. Asalkan edisi terhad atau ada unsur rare, anda tidak perlu tunggu lama untuk buat duit. Cukup saja tunggu setahun dan harganya sendiri mahu ingat!

Apple Apple iPhone X autotainment telefon pintar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.