Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»Inilah 5 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Honda City (2020) Serba Baharu
Pandu Uji

Inilah 5 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Honda City (2020) Serba Baharu

Abang GYLBy Abang GYL03/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMPAKNYA Honda City (2020) serba baharu semakin hampir dilancarkan. Kami di PanduLaju dan rakan media lain diberikan peluang menjadi antara mereka terawal yang diberikan peluang memandu uji sedan segmen-B ini.

Menarik tentang sedan subkompak ini ialah varian paling premium, City RS bakal melakukan debut global sebagai model City pertama dunia  yang didatangkan dengan trenkuasa hibrid i-MMD. Ya, Malaysia ialah negara pertama dunia melancarkan City RS i-MMD! Inilah yang membuatkan kami sangat teruja.

Sementara menunggu pelancaran rasmi City (2020) serba baharu, kami senaraikan 5 perkara yang anda perlu tahu tentang sedan ini, termasuk apa kami suka.

BACA >>> Video Honda City RS ‘Tapau’ Habis Vios, Camry, Bezza, Myvi, Almera dan CX-5!
BACA >>> Honda City Serba Baharu Buka Tempahan! Varian RS Tawar Enjin i-MMD, Tork 253Nm!

1. SEDAN SEGMEN-B DENGAN TORK PALING ‘POWER’!

Trenkuasa terdiri daripada dua varian enjin, iaitu;

  • 1.5L DOHC i-VTEC (119hp, 145Nm)
  • 1.5L DOHC i-VTEC i-MMD (107hp, 253Nm), RS sahaja

Trenkuasa i-MMD untuk City RS menawarkan tork tinggi terbaik dalam kelas, iaitu 253Nm untuk memberikan pecutan lancar dan prestasi lebih baik berbanding model segmen-C. Malah, setanding prestasi model segmen-D dengan enjin aspirasi natural (NA) 2.5L.

2. LEBIH PANJANG, LEBAR & RENDAH

Dibandingkan model sedia ada, dimensi City (2020) serba baharu ini adalah seperti berikut:

  • Panjang – 4,553mm (111mm lebih panjang)
  • Lebar – 1,748mm (54mm lebih lebar)
  • Tinggi – 1,467mm (10mm lebih rendah)
3. LUARAN LEBIH SPORTY, MASKULIN

Rekabentuk luaran City (2020) serba baharu tampil lebih sporty dan maskulin berbanding model terdahulu, lebih-lebih lagi varian RS yang dilengkapkan aksesori, ciri dan kit badan penuh seperti:

  • Lampu utama LED
  • Lampu siang (DRL) LED
  • Lampu belakang LED
  • Perumah lampu kabus hitam
  • Gril depan hitam dengan lencana RS (sama seperti Civic dan Accord)
  • Bampar depan dan belakang dengan kemasan acah gentian karbon
  • Rim dwi-tona 16 inci
  • Cermin sisi hitam
  • Spoiler hitam
  • Frem pintu hitam
4. CIRI KESELAMATAN SEGMEN B TERMAJU

Kali pertama lihat City RS, kami memang tidak sangka sedan ini dipakejkan ciri bantuan pemandu termaju, Honda Sensing. yang biasanya ada pada model Honda kelas atasan seperti Civic dan CR-V.

Walaupun itu bukan perkara baharu di Malaysia (sudah ada pada Odyssey, Accord, CR-V dan Civic), tetapi teknologi seumpama itu belum digunakan secara meluas untuk sedan segmen-B. Ini memang berita baik buat rakyat Malaysia yang mahukan kereta mampu milik lengkap dengan ciri keselamatan kelas-A

BACA >>> Honda City RS Ada Honda Sensing? Apa Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi ini?

Berikut apa yang ditawarkan Honda Sensing pada City RS:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control, ACC)
  • Sistem Amaran Perlanggaran Depan (Front Collision Warning, FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (Collision Mitigation Braking System, CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist System, LKAS)
  • Mitigasi Tukar Lorong (Road Departure Mitigation, RDM)
  • Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Warning, LDW)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (Auto High Beam, AHB)
  • Honda LaneWatch
5. ADA EPB, BOLEH HIDUP ENJIN GUNA REMOTE!

City RS juga sedan segmen-B yang didatangkan dengan ciri Brek Parkir Elektrik (EPB) dan sistem penghidup enjin secara kawalan jauh (remote engine start). Hebat?


SESI PANDU UJI

Dalam sesi pandu uji ringkas ini, kami tidak dibenarkan mendedahkan rupa ruang dalaman City (2020) serba baharu hingga hari pelancaran nanti. Begitu juga jenis material yang digunakan untuk upholsteri dalaman. Harap bersabar.

Walaupun hanya sempat buat pandu uji ringkas di Litar Permotoran Antarabangsa Melaka, apa yang boleh kami katakan tork 253Nm yang dihebohkan itu (sebagai tertinggi dalam sedan segmen-B) betul-betul responsif. Ketika berentap dalam aksi drag dengan City sedia ada, memang jauh ketinggalan model lama itu.

Kami juga dapati olengan badan City RS (2020) lebih tegap dan stabil. Walaupun stereng rasa agak ringan, aksi melayan selekoh kekal meyakinkan walaupun dalam halaju tinggi. Apa Honda sudah buat?

Rupa-rupanya City (2020) serba baharu melalui satu lagi proses tambahan pemasangan, dipanggil Frem Dalaman (Inner Frame) yang mana kerangka sisi dalam dan bawah dicantumkan terlebih dahulu sebelum mencantumkan kerangka lain. Proses tersebut dilakukan supaya kerangka lebih rigid untuk mendapatkan  fiil pengendalian lebih stabil.

Apa yang kami boleh cakap, serius SEDAP GILA City (2020)! Kalau nak banding model sekarang sama ada dari segi pikap dan olengan badan, memang jauh beza.

Apapun, memang kami dah tak sabar nak lenjan lagi. Kalau ada peluang, teringin pula nak buat video ‘comparo’ City 2020 vs Toyota Vios vs Mazda2. Amacam?

Persoalannya, berapakah harga City (2020) serba baharu? Segalanya bakal terjawab tidak lama lagi. Secara peribadi, saya jangka model Honda ini akan dijual bawah RM100,000. Mungkin antara RM78,000 hingga RM96,888.

BACA >>> Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?

GALERI
2020 Honda City 2020 Honda City RS Malaysia Harga Honda City 2020 Honda City 2020 test drive Honda City 2020 vs Toyota Vios Honda City RS 2020 top speed pandu uji Honda City 2020 RS
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Performante, Lagi Ringan, Super SUV Paling Pantas di dunia!

    01/07/2026
    Roda4

    Suzuki e VITARA Rasmi Di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Bermula RM188,000

    01/07/2026
    Roda4

    BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

    01/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.