Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SUV Elektrik iCAUR V23 Versi RHD Tayang di Malaysia, Harga Anggaran Dijangka Mula RM145k
Auto Terkini

SUV Elektrik iCAUR V23 Versi RHD Tayang di Malaysia, Harga Anggaran Dijangka Mula RM145k

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam04/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia

JENAMA kenderaan elektrik (EV) dari China, iCAUR Malaysia baru-baru ini melakukan previu kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik iCAUR V23 kepada umum, sekali gus memperkukuh kedudukan jenama itu dalam pasaran automotif tempatan.

Pada harga anggaran bermula RM145,000, iCAUR V23 ditawarkan dalam dua varian: 2WD (pacuan dua roda) dan iWD AWD (pacuan semua roda).

Rekabentuk Retro Moden, Teknologi Pintar

iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia

Pengarah Pemasaran iCAUR Malaysia, Daniel Lai berkata;

Model iCAUR 03 meletakkan asas kukuh dengan menzahirkan janji kami ‘Born to Play’. Kini, iCAUR V23 hadir dengan gabungan rekabentuk retro moden, keupayaan lasak dan teknologi pintar yang pasti menarik minat pengguna di Malaysia.”

iCAUR V23 direka untuk individu berjiwa muda, bergaya dan dinamik,  iaitu mereka yang melihat kenderaan sebagai pelengkap gaya hidup moden dan penuh pengembaraan.”

SUV elektrik segmen-C itu menampilkan kombinasi prestasi moden, keselamatan menyeluruh dan kepelbagaian fungsi, dengan rekabentuk yang memberi penghormatan kepada SUV off-road klasik.

Rekabentuk, dimensi dan konfigurasi

Kali pertama diperkenalkan kepada rakyat Malaysia di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), iCAUR V23 kini tampil dalam konfigurasi pacuan kanan (RHD) di perkarangan pusat beli-belah Starhill, Kuala Lumpur menjelang pelancaran rasmi tidak lama lagi.

iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia

Bersaiz kompak, tetapi berkuasa, iCAUR V23 hadir dengan dimensi panjang 4,220mm, lebar 1,915mm, dan tinggi 1,845mm tinggi, manakala  jarak roda 2,735mm menawarkan kestabilan optimum untuk pemanduan bandar atau off-road.

iCAUR V23 ditawarkan dalam dua konfigurasi:

  • 2WD: Motor tunggal pada gandar belakang berkuasa 136ps dan tork 180Nm, dengan bateri litium-besi-fosfat (LFP) 59.9kWh untuk jarak pemanduan 401km (CLTC), manakala pecutan 0-100km sepantas 11 saat
  • iWD (AWD): Dual-motor AWD pintar berkuasa 211ps dan tork 292 Nm, dengan bateri nikel-mangan-kobalt (NMC) 81.8kWh untuk jarak pemanduan 501km (CLTC), manakala pecutan 0-100km sepantas 7.5 saat

Pengecasan, Teknologi Pintar

iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
  • Pengecasa pantas (DC): 85kW (2WD) | 104kW (iWD)
  • Pengecasan standard (AC): 6.6kW untuk kedua-dua varian
  • Dilengkapi fungsi kenderaan kepada beban (V2L): 3.3kW untuk kuasa luaran, sesuai untuk aktiviti luar
  • Sistem suspensi menggunakan strut MacPherson (depan) dan multi-link (belakang), ysng menawarkan keselesaan dan kestabilan pemanduan optimum.

Rekabentuk, Ruang Dalaman

iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia

Rekabentuk luaran iCAUR V23 menggabungkan gaya minimalis moden dan elemen retro lasak. Gaya maskulin diserlahkan menerusi rim 19 inci (2WD) dan 21 inci (iWD).

Bahagian kabin mengetengahkan suasana moden dengan sentuhan klasik, seperti kamera casis 540° lut sinar definisi tinggi (HD), tombol kawalan rotari, dan bumbung tinggi untuk ruang kepala luas serta penglihatan maksimum.

Sistem Keselamatan, Teknologi ADAS

Keselamatan menjadi keutamaan dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2, seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)

Harga, Tempahan dan Rangkaian Perkhidmatan

iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia

iCAUR V23 dijangka dilancarkan secara rasmi pada suku keempat 2025, pada harga anggaran:

  • 2WD: RM145,000
  • iWD: RM155,000

Tempahan awal kini dibuka bermula hari previu sebelum pelancaran rasmi kelak. Bagi memperkukuh perkhidmatan selepas jualan, iCAUR Malaysia merancang membuka 18 pusat jualan dan sembilan pusat servis penuh seluruh negara menjelang 2025, termasuk di Sabah dan Sarawak.

iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCAUR V23 (RHD) tayang di Malaysia
iCaur iCAUR V23 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUEV SUV SUV Elektrik SUV EV
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Performante, Lagi Ringan, Super SUV Paling Pantas di dunia!

    01/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Roda4

    Suzuki e VITARA Rasmi Di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Bermula RM188,000

    01/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.