Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Labur RM2.14b Buka Kilang CKD di Malaysia Tahun Depan
Auto Terkini

Hyundai Labur RM2.14b Buka Kilang CKD di Malaysia Tahun Depan

SyafieBy Syafie27/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Motor Co bakal melabur AS$479 juta (RM2.14 bilion) di Malaysia untuk tempoh lima tahun bermula 2025, lapor Agensi Berita Yonhap.

Difahamkan Hyundai akan bekerjasama dengan syarikat tempatan, Inokom Corporation Sdn Bhd untuk menaik taraf kilang pengeluarannya di Kulim, Kedah.

Bermula pertengahan 2025, kilang tersebut akan mengeluarkan unit pemasangan tempatan (CKD) bagi model kenderaan pelbagai guna (MPV) dan minivan Staria. Malah, jenama itu juga sedang merancang mengeluarkan model lain seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz sederhana hingga besar di kilang sama.

Dari segi skala pengeluaran, dianggarkan 20,000 unit dikeluarkan dalam tempoh setahun dan dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Kenderaan dihasilkan di Malaysia ini juga akan diedarkan di pasaran tempatan dan dieksport ke Asean.

Pelaburan ini turut menunjukkan komitmen Hyundai dalam meluaskan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, termasuk aspek jualan EV, membina stesen pengecas, dan pengeluaran bateri.

Jurucakap Hyundai berkata;

Kami membuat keputusan pelaburan ini berdasarkan kepentingan yang semakin meningkat bagi Asia Tenggara dan pasaran Malaysia.”

“Kami juga berhasrat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di rantau ini melalui penciptaan peluang pekerjaan serta pembangunan bakat tempatan.”

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Hyundai Motor Co Inokom Corporation Sdn Bhd Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) Kenderaan Utilisi Sukan (SUV) Kilang CKD Hyundai Kulim Kedah
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.