Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Hyundai IONIQ 5, Kona Electric 2025 Baharu Lancar di Korea dengan Ciri Dipertingkat
Kenderaan Elektrik (EV)

Hyundai IONIQ 5, Kona Electric 2025 Baharu Lancar di Korea dengan Ciri Dipertingkat

Abang HirataBy Abang Hirata16/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Hyundai IONIQ 5 2025 dan Hyundai Kona Electric 2025
HYUNDAI Motor mengumumkan pelancaran rasmi dua model terbaharu untuk pasaran Korea, Ioniq 5 2025 dan Kona Electric 2025.

Kedua-dua model itu menjanjikan peningkatan daya saing dari segi produk dan harga, yang mula dijual pada 13 Mei 2025. Hyundai sebelum ini memperkenalkan Kona 2025 versi enjin pembakaran dalaman (ICE) dan hibrid.

Ciri Hyundai IONIQ 5 dan Kona Electric 2025

1. Hyundai IONIQ 5 2025

Hyundai IONIQ 5 2025 pasaran Korea

Hyundai Motor memberi tumpuan meningkatkan daya saing Hyundai IONIQ  5 2025 dengan ciri berikut:

  • E-VALUE+ (Varian Permulaan): Dilengkapi dengan pemegang pintu rata (flush) automatik.
  • Exclusive (Varian Pertengahan): Kerusi penumpang dengan larasan kuasa.
  • Prestige (Varian Tertinggi): Kerusi belakang dengan fungsi pemanas.
  • Pakej Bantuan Parkir Lite: Pilihan baharu dengan ciri-ciri utama untuk kemudahan parkir seperti monitor paparan sekeliling dan monitor sisi belakang.
  • N Line: Kini ditawarkan untuk varian Eksklusif, menambah pilihan pelanggan (sebelum ini hanya untuk trim Prestige).

2. Hyundai Kona Electric 2025

Hyundai Kona Electric 2025 pasaran Korea

Bagi Hyundai Kona Electric 2025, penambahbaikan menumpukan aspek keselamatan dan keselesaan:

E-VALUE+ (Varian Permulaan)

  • Amaran Perlanggaran Sisi Belakang (RSCW)
  • Bantuan pencegahan perlanggaran sisi belakang (RSCMA)
  • Bantuan pencegahan perlanggaran lintasan belakang (RCCMA)
  • Amaran Keluar Selamat (SEA)

Pakej Pilihan Selesa (E-VALUE+)

  • Kerusi kulit sintetik leatherette dan kerusi depan dengan fungsi pemanas/ventilasi.

Penetapan Harga Kompetitif

Walaupun terdapat peningkatan ciri yang signifikan , Hyundai Motor berusaha meminimumkan kenaikan harga IONIQ 5 2025 dan Kona Electric 2025.

Harga Jualan

Berikut harga jualan untuk dua model tersebut (tertakluk cukai penggunaan individu 3.5 peratus dan faedah selepas cukai di Korea):

1. Hyundai IONIQ 5 2025

i. Standard

  • E-VALUE+ – 47.4 juta won (RM144,410)
  • Exclusive – 50.3 juta won (RM153,250)

ii. Jarak Jauh (Long Range)

  • E-Lite – 50.64 juta won (RM154,250)
  • Exclusive – 54.5 juta won (RM166,010)
  • N Line Exclusive – 56.5 juta won (RM172,100)
  • Prestige – 59.15 juta won (RM180,170 )
  • N Line Prestige – 60.25 juta won (RM183,550)

2. Hyundai Kona Electric 2025

i. Standard

  • E-VALUE+ – 41.52 juta won (RM126,470  )
  • Premium – 43.57 juta won (RM132,710  )

ii. Jarak Jauh (Long Range)

  • Moden Plus – 45.66 juta won (RM139,080)
  • Premium – 46.57 juta won (RM141,840)
  • Inspirasi – 49.92 juta won (RM152,040)

Promosi dan Tawaran Istimewa

Sempena pelancaran ini, Hyundai Motor menawarkan pelbagai program dan faedah menarik:

1. Diskaun Kenderaan

  • Hyundai IONIQ 5 2025 – Diskaun 2 juta won (RM6,090)
  • Hyundai Kona Electric 2025 – Diskaun 3 juta won (RM9,135)

2. Diskaun Tambahan (trade-in)

Diskaun tambahan 2 juta won (RM6,090) untuk pelanggan yang menjual kereta sedia ada (mana-mana pengeluar) kepada premis kenderaan terpakai yang diperakui Hyundai Motor untuk membeli IONIQ 5 atau Kona Electric 2025.

Subsidi Khas Belia

Subsisi tambahan 500,000 won (RM1,520) kepada pelanggan muda bawah 35 tahun yang membeli kereta elektrik pertama.

1. Promosi ‘Beban Sifar Belia’

Pelan ansuran ini membolehkan pembelian kereta elektrik pada kos bulanan berpatutan sekitar 100,000 won (RM305).

Acara ‘Perjalanan ke Okinawa’

Pelanggan yang membeli Hyundai IONIQ 5 2025 atau Hyundai Kona Electric 2025 berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Okinawa dan baucar sewa kereta EV melalui cabutan bertuah.

1. Program ‘Pasport Mobiliti Hyundai di Okinawa’

  • Diskaun 300,000 won (RM914) untuk pelanggan yang menggunakan program sewa kereta EV ini di Okinawa dan kemudian membeli IONIQ 5 atau Kona Electric.

Spesifikasi Trenkuasa dan Jarak Pandu IONIQ 5 2025

Hyundai IONIQ 5 2025 pasaran Korea

1. Standard 2WD

  • Voltan/Kapasiti Bateri 523V/58.0kWj
  • Kuasa 124.9kW; Tork 350Nm
  • Jarak Pemanduan (Anggaran): Bandar: 405km, Gabungan: 322km, dan Lebuh Raya: 368km

2. Long Range 2WD (Tiada Trim Pertengahan)

  • Voltan/Kapasiti Bateri 697V/77.4kWj
  • Kuasa 168/229kW; Tork 350Nm
  • Jarak Pemanduan (Anggaran): Bandar: 533km, Gabungan: 426km, Lebuh Raya: 485km

3. Long Range 2WD

  • Voltan/Kapasiti Bateri 697V/77.4kWj
  • Kuasa 168/229kW; Tork 350Nm
  • Jarak Pemanduan (Anggaran): Bandar: 524km, Gabungan: 406km, dan Lebuh Raya: 453km

4. Long Range AWD

  • Voltan/Kapasiti Bateri 697V/77.4kWj
  • Kuasa 239/325kW; Tork 605Nm
  • Jarak Pemanduan (Anggaran): Bandar: 461km, Gabungan: 380km, dan Lebuh Raya: 425km

5. N Line 2WD

  • Voltan/Kapasiti Bateri 697V/77.4kWj
  • Kuasa 168/229kW; Tork 350Nm
  • Jarak Pemanduan (Anggaran): Bandar: 486km, Gabungan: 385km, dan Lebuh Raya: 441km

6. N Line AWD

  • Voltan/Kapasiti Bateri 697V/77.4kWj
  • Kuasa 239/325kW; Tork 605Nm
  • Jarak Pemanduan (Anggaran): Bandar: 447km, Gabungan: 367km, dan Lebuh Raya: 411km

Spesifikasi Trenkuasa dan Jarak Pandu Hyundai Kona Electric 2025

Hyundai Kona Electric 2025 pasaran Korea

1. Standard

  • Voltan/Kapasiti Bateri 269V/39.2 kWj
  • Kuasa 99kW/135ps; Tork 255Nm
  • Jarak Pemanduan (Anggaran): Bandar: 344km, Gabungan: 270km, dan Lebuh Raya: 311km

2. Long Range

  • Voltan/Kapasiti Bateri 358V/64.0 kWj
  • Kuasa 150kW/204ps; Tork 395Nm
  • Jarak Pemanduan (Anggaran): Bandar: 454km, Gabungan: 371km, dan Lebuh Raya: 417 km

3. Long Range (N Line)

  • Voltan/Kapasiti Bateri 38V/64.0kWj
  • Kuasa 150kW/204ps; Tork 395Nm
  •  Jarak Pemanduan (Anggaran): Bandar: 489km, Gabungan: 335km, dan Lebuh Raya: 368km

4. Long Range + 17″

  • Voltan/Kapasiti Bateri 358V/64.0kWj
  • Kuasa 150kW/204 ps; Tork 395Nm
  • Jarak Pemanduan (Anggaran): Bandar: 451km, Gabungan: 370km dan Lebuh Raya: 415km
Hyundai IONIQ 5 2025 Korea
Hyundai Kona Electric 2025 Korea
hyundai Hyundai Ioniq 5 Hyundai IONIQ 5 2025 Hyundai Kona hyundai kona electric Hyundai Kona Electric 2025 Hyundai Motor Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SEV Elektrik SUV Elektrik SUV EV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.