Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Dedah Perincian i30, i30 N Menjelang Debut Geneva 2020
Roda4

Hyundai Dedah Perincian i30, i30 N Menjelang Debut Geneva 2020

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Motor mendedahkan perincian i30 baharu menjelang debut Pameraan Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2020, Mac depan. Hyundai i30 menampilkan rekabentuk baharu dengan ciri konektiviti termaju bersama pilihan trenkuasa 48V hibrid ringan (mild hybrid).

Pada masa sama, pengeluar kereta Korea Selatan itu turut mengemaskini barisan i30 N Line, dan buat kali pertama menawarkan i30 Wagon baharu bermula musim panas nanti selain model hatchback dan fastback.

1. Hyundai menawarkan tiga varian enjin, iaitu 1.0L, 1.5L dan 1.6L yang setiap satu ada versi hibrid ringan:

  • 1.0L T-GDI petrol – 118hp, transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan baharu
  • 1.0L T-GDI – 118hp + 48V hibrid ringan, transmisi manual pintar (iMT) 6-kelajuan / DCT 7-kelajuan
  • 1.5L Suntikan Dual Port – 108hp, transmisi manual 6-kelajuan
  • 1.5L T-GDI – 158hp + 48V hibrid ringan + transmisi iMT 6-kelajuan / DCT 7-kelajuan
  • 1.6L Diesel – 113hp, transmisi manual 6-kelajuan / DCT 7-kelajuan
  • 1.6L Diesel – 134hp + 48V hibrid ringan + transmisi iMT 6-kelajuan / DCT 7-kelajuan

2. Padanan luaran baharu menghasilkan penampilan yang lebar dan moden. Pemasangan gril lebih luas dengan corak 3D memberikan imej lincah. Ia kemudian dipadankan lampu depan lebih tirus dengan pilihan ciri teknologi LED reflektor multifungsi  (MFR) dan rekaan lampu siang (DRL) bentuk V.

Bahagian belakang i30 5 pintu dipertingkatkan dengan rekaan bampar baharu untuk meningkatkan prestasi aerodinamik. Lampu belakang LED berbentuk V menawarkan kesan simetri di depan dan belakang.

3.  Imej luaran disempurnakan dengan pilihan rim aloi bentuk berlian 16 inci atau 17 inci, manakala i30 N Line didatangkan dengan rim baharu 17-inci atau 18-inci.

4. Kabin i30 baharu menampilkan kluster digital 7 inci dan skrin sentuh navigasi 10.25 inci dengan konektiviti Android Auto dan Apple Car Play berserta pengecas wayarles. Bermula musim panas nanti, Hyundai akan memperkenalkan ciri sambungan wayarles Phone Mirroring untuk menghubungkan telefon pintar dengan unit infotainment kereta.

BACA >>> Volkswagen Golf 8 Akan Debut Penghujung 2019, Perlu Selesaikan Dulu Isu Hibrid

5. Hyundai memperkenalkan teknologi Bluelink – Connected Car Services.  Teknologi berkenaan menawarkan maklumat Live dan kawalan kereta menerusi aplikasi. Pelanggan yang memilih navigasi menerima langganan percuma 5 tahun untuk Bluelink dan perkhidmatan LIVE Hyundai .

  • Perkhidmatan LIVE: situasi trafik dikuasakan TomTom, stesen minyak/ parkir (harga), kamera perangkap kelajuan, cuaca.
  • Pengesan Suara Online
  • Servis Aplikasi Bluelink:
    o Cari Kereta: pemandu boleh mencari kenderaan mereka dengan mudah di lokasi yang tidak biasa
    o Servis Remote: kunci kereta dari jauh
    o Hantar ke kereta (POI): cari POI tempatan dan hantar keputusan ke navigasi kereta
    o Keselamatan: notifikasi penggera kereta
    o Selenggara: terima laporan kenderaan dan maklumat pemanduan

6. Model i30 ditawarkan dengan tiga warna baharu bersama enam warna sedia ada iaitu:

  • Dark Night (hitam) – baharu
  • Silky Bronze (gangsa) – baharu
  • Sunset Red (merah) – baharu
  • Polar White (putih)
  • Phantom Black (hitam)
  • Engine Red (merah)
  • Stellar Blue (biru)
  • Platinum Silver (perak)
  • Olivine Grey (kelabu)

BACA >>> Hyundai i30 Fastback N Jadi Kereta Keselamatan Rasmi WorldSBK 2019

7. Tambahan lain termasuk tiga warna kabin baharu iaitu Pewter Grey, Ebony Brown dan Charcoal Grey selain warna hitam sedia ada bersama pilihan kerusi fabrik atau kulit atau gabungan kedua-dua material.

8. Demi ketenangan minda pemilik i30 N, Hyundai mengemas kini pakej keselamatan termaju Hyundai SmartSense, terdiri daripada:

  • Bantuan Kekal Lorong (LFA) – baharu
  • Bantuan Elak Perlanggaran Belakang (RCA) – baharu
  • Leading Vehicle Departure Alert (LVDA) – baharu
  • Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BCA) – baharu
  • Bantuan Elek Perlanggaran Depan (FCA) – pejalan kaki dan basikal
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
  • Bantuan Lampu Tinggi (HBA)
  • Amaran Had Kelajuan Pintar (ISLW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)

9. Hyundai i30 N didatangkan dengan waranti 5 tahun.

BACA >>> Tentang Hyundai i30 N yang Baru Masuk Malaysia

GALERI
Auto Terkini hyundai Hyundai i30 Hyundai i30 Fastback Hyundai i30 N Hyundai i30 N Line Hyundai-Sime Darby Motors Pamera Motor Geneva (2019) Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.