Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HSDM Lancar MPV Staria Premium Versi CBU, Harga Mula RM358k!
Roda4

HSDM Lancar MPV Staria Premium Versi CBU, Harga Mula RM358k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) sebentar tadi melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Staria yang merupakan pengganti kepada model Starex di pasaran tempatan.

Hanya satu varian diperkenalkan iaitu Staria Premium versi import (CBU) dengan tujuh pilihan warna badan premium. Berikut ialah perinciannya:

BACA >>> Hyundai Perkenal Staria, Model Konsep MPV Pengganti Starex dengan Rekabentuk Futuristik

HARGA

Ada dua pakej harga ditawarkan untuk pembeli Hyundai Staria Premium yang bergantung kepada soal waranti:

  • RM358,888 beserta jaminan dua tahun atau jarak perbatuan 50,000km
  • RM368,888 untuk waranti lima tahun dengan jarak perbatuan 300,000km, ditambah pakej servis percuma tiga tahun atau 50,000km.

Kedua-dua harga itu adalah harga atas jalan tanpa insurans tetapi termasuk insentif pengecualian cukai jualan 50 peratus untuk model CBU.

BACA >>> Hyundai Perkenal Bas Sekolah Canggih, Staria Kinder untuk Pasaran Korea Selatan

TRENKUASA

  • Satu pilihan diberi iaitu trenkuasa diesel 4-silinder 2.2 liter turbo, menghasilkan kuasa 174.5hp @ 3,800rpm dan tork  431Nm dari 1,500rpm-2,500rpm.
  • Transmisi diguna pakai ialah 8-kelajuan automatik dengan sistem pacuan roda depan.
  • Ada paddle shifter pada roda stereng dan MPV itu tiada tombol untuk penukaran gear tetapi mengetengahkan konsep empat butang iaitu D,N,R dan P. Konsol butang itu diposisikan di sebelah kiri pemandu iaitu bawah skrin infotainmen.

BACA >>> Hyundai Lancar Staria Load, Van Kargo Gaya SUV Futuristik, 7 Beg Udara

REKABENTUK

  • Desain seakan sebuah van mewah yang tersasar jauh daripada rekabentuk konvensional MPV lain dalam pasaran.
  • Imej paling dominan ialah bahagian depan Staria gaya futuristik. MPV itu hadir dengan jalur panjang lampu siang dan lampu kedudukan yang merentas dari kiri ke kanan.

  • Lampu utama berbentuk ketulan kiub LED disusun vertikal dalam format dua baris. Seunit gril besar ditambah untuk pelengkap imej depan.
  • Semua komponan depan kecuali gril radiator memaparkan warna badan sama untuk meningkatkan sifat premium dan moden Staria.
  • Aksen kemasan krom tembaga dikenakan pada lencana Hyundai, gril, bezel lampu depan, bampar depan dan belakang, rim, perumah cermin sisi dan pemegang pintu.
  • Panel tingkap bersaiz besar dipadankan pada bahagian sisi untuk penumpang barisan kedua dan ketiga. Ada dua pintu jenis gelangsar pada kiri dan kanan badan Staria.
  • Selain itu, bahagian sisi nampak kemas dengan cuma satu garis badan yang dipanjang ke bahagian belakang. Rim aloi dwi-tona digunakan bersaiz 18 inci.
  • Bahagian belakang juga memaparkan cermin saiz besar pada pintu but yang dibuka ke atas. Set lampu belakang jenis LED diposisikan secara vertikal di kiri dan kanan Staria.
  • Staria adalah lebih besar berbanding Starex. MPV tujuh tempat duduk itu mempunyai ukuran panjang 5,253mm, lebar 1,997mm dan tinggi 1,990mm. Jarak rodanya ialah 3,273mm.
  • Dicipta berasaskan platform N3 Hyundai dan menggunakan sistem suspensi multi-link pada bahagian belakang untuk menambah aspek keselesaan.
  • Pintu sisi dan belakang Staria dilengkapi teknologi pintar yang membolehkannya dibuka dan ditutup secara automatik.

KABIN

  • Konsep mewah dan premium jelas terpapar pada setiap sudut dalam Staria. Konfigurasi tempat duduk ialah 2-2-3 dengan barisan kerusi pertama dan kedua memiliki perehat tangan sendiri.
  • Papan pemuka nampak bersih dan minimalis, dibantu dengan ventilator penyaman udara tipis yang diposisikan secara melintang.
  • Ada skrin sesentuh infotainmen sebesar 8 inci ditempatkan lebih tinggi pada bahagian tengah papan pemuka.
  • Instrumen meter pemandu pula agak unik iaitu skrin digital 10.25 inci yang dipasang di atas papan pemuka.   
  • Ada banyak ruang simpanan barang dalam Staria termasuk pada konsol tengah, bawah skrin instrumen, kotak glove serta 18 pemegang cawan.
  • Tambahan lain ialah bumbung suria, kerusi Premium Relaxation (barisan kedua), fungsi penyelarasan kerusi secara elektrik, sistem audio Bose 12 unit pembesar suara dan banyak lagi.

TEKNOLOGI KESELAMATAN

Staria memiliki pakej sistem keselamatan paling maju iaitu Hyundai SmartSense yang terdiri daripada:

  • Blind-Spot View Monitor (BVM)
  • Blind-Spot Collision Avoidance Assist (BCA) dengan Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Lane Following Assist (LFA)
  • Smart Cruise Control with Stop and Go
  • Forward Collision Avoidance Assist (FCA)
  • Driver Attention Warning (DAW) with Leading Vehicle
  • Departure Alert (LVDA)
  • Parking Distance Warning (PDW)
  • Surround View Monitor (SVM)
  • Rear Occupant Alert (ROA)
  • Safe Exit Warning (SEW)
  • High Beam Assist (HBA) 
  • Enam beg udara

BACA >>> Hyundai Casper 2022 Catat Hampir 19,000 Tempahan Dalam Tempoh 24 Jam
BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Splash – MPV Mini yang Dibikin Khas untuk Pengguna Eropah
BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) MPV Staria Premium
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.