Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda WR-V (2023) Masuk Malaysia dengan 4 Varian, Harga Mula RM89.9k!
Roda4

Honda WR-V (2023) Masuk Malaysia dengan 4 Varian, Harga Mula RM89.9k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia sebentar tadi memperkenal model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B kecil, Honda WR-V (2023) ke pasaran tempatan pada harga bermula RM89,900.

SUV yang dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) itu ditawarkan dalam empat varian, yang juga menjadikan Malaysia sebagai negara Asean paling banyak pilihan berbanding Indonesia dan Thailand. Berikut perincian Honda WR-V (2023):

HARGA HONDA WR-V (2023)

  • S (varian asas) – RM89,900
  • E (varian pertengahan) – RM95,900
  • V (varian tinggi) – RM99,900
  • RS (varian perdana) – RM107,900

* Harga atas jalan tanpa insurans

WARNA

Ada lima pilihan warna disediakan, iaitu: Platinum White Pearl (putih mutiara), Meteoroid Gray Metallic (kelabu), Crystal Black Pearl (hitam), Ignite Red Metallic (merah) dan warna baharu, Stellar Diamond (putih).

Sedikit menghampakan Honda WR-V (2023) tidak didatangkan dalam warna badan dwi-tona, termasuk varian RS seperti versi Thailand dan Indonesia.

TRENKUASA

Honda WR-V (2023) dijana trenkuasa sama seperti sedan Honda City, iaitu aspirasi natural 4-silinder 1.5L i-VTEC berkuasa 119hp dan tork 145Nm dengan sistem transmisi automatik CVT 7-kelajuan.

Apa berbeza daripada City ialah Honda Malaysia membuat talaan semula kotak gear CVT bagi mendapatkan karakter sebuah SUV subkompak kecil.

Setakat ini, Honda belum memperkenalkan Honda WR-V versi hibrid (e:HEV) di Indonesia dan Thailand, begitu juga Malaysia.

PERINCIAN

Kadar penggunanaan bahan api Honda WR-V (2023) ialah 6 liter per 100km. SUV ini juga masih menggunakan ciri brek tangan dan tiada brek parkir elektrik (EPB).

Sistem brek jenis brek cakera di depan, dan brek dram di belakang. Semua varian mendapat rim aloi 16 inci, kecuali RS dipasangkan rim 17 inci dwi-tona.

Dimensi

Varian S memiliki dimensi panjang 4,060mm, lebar 1,780mm dan tinggi 1,576mm. Varian E, V dan RS memiliki dimensi panjang (4,060mm) dan lebar (1,780mm) yang sama, tetapi sedikit tinggi, iaitu lebih 32mm (1,608mm).

Jarak roda semua varian sama, 2,485mm dengan jarak tinggi bumi 207mm, manakala radius pusingan 5.2 meter. Bagaimanapun, berat setiap varian berbeza seperti berikut:

  • S – 1,108kg
  • E – 1,111kg
  • S – 1,125kg
  • RS – 1,145kg

Kapasiti but cuma 380 liter dengan baris tempat duduk belakang boleh rebah.

CIRI

Semua varian Honda WR-V (2023) mendapat ciri standard seperti: cermin sisi dengan lampu signal belok, lampu belakang LED, hendal pintu warna badan, penghidup tanpa kunci (keyless) dan butang tekan mula (push-start), kawalan penyaman udara jenis punat suis, wiper belakang, stereng dengan punat kawalan audio, cermin sisi boleh laras dan boleh lipat elektrik, unit infotainmen 7 inci dengan sambungan Bluetooth, termasuk konektviti Apple CarPlay dan Android Auto, dua port USB (depan), dan satu soket 12V di belakang.

Selain di atas, ciri juga berbeza mengikut pilihan varian, seperti jenis lampu utama (halogen atau LED), kemasan upholsteri (fabrik, uretana atau kulit), antena (rod biasa atau sirip yu), pedal (normal ataun sport), kluster instrumen (analog atau digital), penyaman udara (manual atau tunggal auto) dan jumlah pembesar suara.

Bagi varian premium RS mendapat ciri khas yang tiada pada varian lain, seperti:

  • Lampu utama LED sekuensial
  • Pedal syif
  • 6 pembesar suara (varian lain 4 pembesar suara)

Ciri Keselamatan

Semua varian Honda WR-V (2023) mendapat ciri keselamatan standard seperti berikut:

  • 4 beg udara SRS
  • Pengingat tali keledar pemandu dan penumpang sebelah.
  • pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX I-Size
  • Kunci pintu automatik
  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • 2 sensor undur
  • Kamera Honda LaneWatch (LWC)
  • Penggera keselamatan dan imobiliser

Bagi varian E dan ke atas (V dan RS), mendapat tambahan ciri seperti kamera undur multisudut, dan teknologi bantuan pemandu Honda SENSING seperti:

  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMBS)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Tukar Lorong (RDM)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Notifikasi Kereta Depan Gerak (LCDN)

Varian paling premium RS pula mendapat tambahan ciri 6 beg udara SRS (beg udara tirai), dan Honda CONNECT untuk ekstra sekuriti, keselamatan dan keselesaan.

BACA >>> Honda WR-V (2023) Dapat 2,500 Tempahan, Varian RS Paling Laku!

 

Auto Terkini Honda Malaysia Honda WR-V (2023) Honda WR-V (Winsome Runabout Vehicle) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV Segmen-B Kecil
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.