Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda NSX 2016: 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Legenda Sport Ini
Roda4

Honda NSX 2016: 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Legenda Sport Ini

Han OthmanBy Han Othman19/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA NSX 2016 akhirnya bangkit daripada koma yang panjang. Sebenarnya debut NSX sudah lama dinantikan sejak muncul dalam bentuk kereta konsep di Detroit Autoshow 2012, manakala versi pengeluaran pertama ditayangkan pada 2015, juga di pameran permotoran sama dengan butiran lengkap didedahkan. Akhirnya pada Mac 2016 model NSX mula dipandu uji wartawan dan penulis automotif luar negara, manakala versi massa diriliskan pada musim bunga tahun itu (sesetengahnya menyebut NSX 2017).

Debut sulung NSX bermula 25 tahun lalu dengan enjin V6 cagakan-tengah (mid-mounted) melintang yang dianggap sebagai kereta eksotik Jepun untuk bertempur dengan Ferrari dan Lamborghini.

Jadi, apa 10 perkara yang menarik tentang NSX 2016?

1. TRENKUASA TWIN-TURBO HYBRID

nsx-2016-enjinDibekalkan enjin V6 3.5L twin-turbo berkuasa 500hp dan tork 550Nm, yang mana  dua motor elektrik depan mampu menghasilkan kuasa setinggi 36hp dan tork, 73Nm.

Motor elektrik ketiga di belakang pula menjana kuasa 47hp dan tork 148Nm dengan mencatatkan total output sistem 573hp, sekali gus menjadikan NSX sepantas 2.9 saat pada pecutan 0-100kmj. Memang kuasa dan pecutan yang penuh kehebatan!

2. FREM RUANG ALUMINIUM-INTENSIF

nsx-2016-frem-ruang Teras NSX ialah frem ruang aluminium-intensif yang menggunakan alat ganti ekstrud dan tuangan (extruded and cast) untuk mendapatkan kerigidan dan berat badan ringan.

Berat NSX tanpa beban ialah 1,725kg tanpa opsyen, dengan 42 peratus berat tertumpu di hadapan dan 58 peratus belakang. Kerigidan torsi (torsional) frem ruang menandingi lawan lain dalam kelas sama. Malah, panel lantai hadapan dibina daripada teras gentian karbon.

Semua komponen frem ruang aluminium disambungkan dengan kimpalan robotik Gas Lengai Logam (MIG) yang pertama kali digunakan dalam pengeluaran automobil besar-besaran pada skala ini.

3. KOKPIT SOKONGAN MANUSIA, BUKAN HANYA INTERIOR

nsx-2016-interiorNSX memanggilnya ‘Kokpit Sokongan Manusia’ yang menampilkan rekabentuk kontemporari dan minimalis. Lebih perhatian banyak tertumpu kepada roda stereng bagi sentrik-manusia yang secara ergonomik meningkatkan ciri kokpit. Jadi, pemandu mendapat genggaman maksimum menerusi bentuk ergonomik dengan peningkatan sentuhan permukaan tangan.

Pedal anjakan (paddle shifter) juga diletakkan secara optimal supaya mudah digunakan, manakala visibiliti hadapan dimaksimumkan menerusi rekabentuk khas pilar-A yang diperbuat daripada keluli ultra-kekuatan-tinggi. Berbanding NSX terdahulu, pilar baru ini satu inci lebih nipis.

4. PENGENDALIAN SUPER PACUAN SEMUA RODA (SH-AWD)

nsx-2016-sh-awdBagi mendapatkan pengendalian cemerlang, NSX dilengkapkan dengan teknologi Super Handling All-Wheel Drive (SH-AWD). Secara mekanikal, roda hadapan bersama dua motor elektrik yang juga ditempatkan di hadapan adalah independen daripada komponen unit kuasa belakang.

Dengan teknologi ini, NSX memiliki prestasi sifar-lengah (zero-delay) dalam apa sahaja senario pemanduan.  Misalnya, apabila kenderaan memecut, sistem akan menyediakan tork segera menerusi ketiga-tiga motor elektrik yang dimaksimumkan pada empat tayar. Sebaliknya apabila pemandu membuat pembrekan-trel ke dalam selekoh, sistem akan menggunakan unit motor berkembar (TMU) hadapan untuk mengaktifkan nyahpecutan.

5. PUSAT GRAVITI TERENDAH (CG) DALAM KELAS

nsx-2016-pusat-graviti-rendahSebagai kereta yang dibikin secara besar-besaran untuk kegunaan atas jalan, NSX mengekalkan jarak kelegaan bumi sama seperti kebanyakan kereta sport lain tanpa mengetepikan ruang kepala yang cukup memuatkan 95 peratus saiz lelaki dewasa Amerika Syarikat.

Namun, paling penting, NSX menawarkan pusat graviti terendah berbanding pesaing lain. Kelebihan itu membantu Honda memuatkan enjin bersudut-V pada posisi 75 darjah dan sistem bendalir takung kering (dry sump) selain menghasilkan rekabentuk optimum dan menempatkan tangki bahan api.

Bagi mendapatkan agihan berat ideal dan pusat graviti, termasuk bentuk dan peletakan bagi tangki minyak, NSX menggunakan tangki berkembar yang dibina khas daripada material resin. Ini memberikan fleksibiliti dalam merekabentuk tangki minyak secara optimum. Kedua-dua tangki tersebut diletakkan di tengah antara enjin dan Unit Kuasa Pintar (IPU).

6. BREK BREMBO, RIM 19-INCI

nsx-2016-tayar-brek-rodaBersama suspensi hadapan dan belakang termaju dengan peredam (damper) magnetik, NSX didatangkan dengan kaliper monoblok 6-piston Brembo di hadapan bersama dua keping cakera besi apungan dengan satu aluminium pusat berdiameter 14.5 inci.

Roda belakang pula siap dipasang kaliper 4-piston Brembo dengan rotor berdiameter 14.2 inci. Tayar standard menggunakan saiz 245/35/19 (depan), manakala belakang lebih lebar 305/30/20.

7. LUAS BUT 110 LITER

nsx-2016-ruang-butSesiapa pun pasti tidak mengharapkan sebuah kereta sport dengan ruang but. Tetapi, jangan terkejut kerana NSX memiliki ruang but seluas 110 liter di sebalik kompartment enjin belakang. Saiz diberikan itu bersamaan mesin basuh bukaan atas yang standard atau peti ais kompak.

Ya, tidaklah luas, tetapi cukup buat orang kaya seperti anda untuk mengisi set golf dan bagasi peribadi ke luar kawasan.

8. GAYA REVOLUSIONER

nsx-2016-foto-grupSukar mahu percaya NSX sudah pun berusia 25 tahun sejak melakukan debut pertama. Generasi awal NSX memasuki pasaran sebagai model 1990 dan kekal tidak banyak berubah sehingga diberikan peningkatan wajah baru (facelift) pada 2002. Kemudian, apabila NSX memutuskan membuang lampu pop-up yang menjadi signatur model itu untuk digantikan dengan unit HID xenon, ramai peminat mengamuk tidak puas hati.

Kini, generasi kedua, NSX 2016 menampilkan banyak perubahan bagi memenuhi jangkaan umum terhadap model yang sudah koma sejak lebih sedekad lalu. Berbanding model terdahulu, rekabentuk NSX 2016 begitu revolusioner dan anda dapat lihat bagaimana rekaan generasi sebelumnya banyak mempengaruhi ilham ke atas model baharu hari ini. Tidak perlu lagi menafikan betapa rekabentuk baharu kali ini memang jelas menyerlahkan jiwa lama NSX yang dimodenkan dengan sempurna.

9. ADA ‘MOD SENYAP’

nsx-2016-quiet-modeNSX 2016 menawarkan empat mod pemanduan sebagai opsyen – Quiet, Sport, Sport+ dan Track. Paling membuka mata ialah pengenalan Mod Senyap atau Quiet Mode yang membenarkan pemanduan elektrik pada kelajuan rendah, sekali gus membantu memaksimumkan kecekapan tenaga dan meminimumkan bunyi kabin.

Menggunakan TMU untuk bergerak dari kedudukan pegun, NSX masih boleh menggunakan enjin apabila pemandu memerlukan kuasa. Cuma motor akan beroperasi lebih senyap dengan kelajuan enjin maksimum berlegar setakat 4,000rpm. NSX turut menutup fungsi injap Active Exhaust (Ekzos Aktif) dan Intake Sound Control (Kawalan Bunyi Ambilan) apabila kereta berada dalam mod Quiet. Tidak perlu lagi mengganggu jiran tidur apabila pulang lewat malam.

10. SEGALANYA MENGGIURKAN

nsx-2016-atas-jalan NSX 2016 sememangnya menakjubkan untuk dilihat. Sejak pertama kali diperkenalkan kepada dunia lebih empat tahun lalu, kereta sport legenda itu pantas menarik perhatian dunia apabila muncul dalam filem Marvel, The Avengers walaupun Tony Stark kemudian dilihat meninggalkan model sport itu untuk Audi R8. Mungkin dia juga bosan menunggu NSX yang entah bila akan muncul.

Tetapi legenda kini sudah berada di depan mata. Tataplah ia sepuas-puasnya.

SUMBER: Autoguide.com

Acura NSX 2016 autotainment Honda Honda NSX 2016 Kereta Sport Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Sukan Permotoran

dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

18/03/2026
Lepas Malaysia buat baju raya khas
Auto Terkini

Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

19/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.