Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Namakan Model Baharu dengan Huruf ‘e’ Sahaja
Auto Terkini

Honda Namakan Model Baharu dengan Huruf ‘e’ Sahaja

Abang HirataBy Abang Hirata21/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA mempunyai aturan nama model yang tidak berirama, contohnya Civic, Accord, Jazz, City, NSX dan sebagainya. Perhatikan aturan nama model Perodua, kebanyakannya bermula huruf A seperti Axia, Alza dan Aruz. Volvo dan Audi juga mudah bermain dengan angka seperti 40, 60, 90, dan 1,3,5,8.

Walaupun nama model Honda tidak berirama, setiap satunya membawa legasi, prestij dan reputasi yang kuat. Kali ini Honda cuba tampil di luar kebiasaan, model baharu yang akan diperkenalkan tahun depan ini hanya dinamakan sebagai ‘e’.

BACA >>> Honda e Prototype – Kompak EV yang Comel dengan Gaya Retro di Pasaran Tahun Ini?

Model baharu itu ialah versi model elektrik e Prototype versi pengeluaran yang ditayangkan kepada umum pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2018, Mac lalu.

MODEL HONDA PERTAMA GUNA PLATFORM EV

e ialah model pertama Honda yang menggunakan platform kenderaan elektrik (EV) khas bersama teknologi canggih dan rekabentuk retro ala Civic 1970-an. EV kompak ini membawa identiti dinamik pemanduan Honda, dan trenkuasa canggih dengan pacuan roda belakang (RWD).

Walaupun bentuk luaran dipengaruhi Civic hatchback terdahulu atau tidak seunik BMW i3, dalaman e Prototype tampil canggih dengan skrin lebar atas papan pemuka ala Mercedes-Benz A Class baharu.

Berdasarkan maklumat, e Protoype boleh dipandu lebih 200km untuk sekali cas penuh. Jarak itu lebih dekat berbanding EV lain seperti Nissan Leaf dan Geely Emgrand GSE yang boleh bergerak lebih 300km. Namun, jarak dekat itu diimbal dengan keupayaan mengecas hingga 80 peratus kapasiti bateri sepantas 30 minit sahaja.

Honda UK baru saja membuka pendaftaran model ini dan sambutan nampaknya menggalakkan dengan 6,500 pembeli sudah mendaftar. Seperti dinyatakan awal tadi, jenama Honda mempunyai prestij.

BACA >>> #PanduUji: Honda HR-V Hybrid, Si Abang Berkuasa dengan Prestasi Setanding Enjin 2.0L

GALERI
EV Honda Honda E Honda e Protoype Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.