• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Namakan Model Baharu dengan Huruf 'e' Sahaja

Honda Namakan Model Baharu dengan Huruf 'e' Sahaja

May 21, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

5.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mempunyai aturan nama model yang tidak berirama, contohnya Civic, Accord, Jazz, City, NSX dan sebagainya. Perhatikan aturan nama model Perodua, kebanyakannya bermula huruf A seperti Axia, Alza dan Aruz. Volvo dan Audi juga mudah bermain dengan angka seperti 40, 60, 90, dan 1,3,5,8.

Walaupun nama model Honda tidak berirama, setiap satunya membawa legasi, prestij dan reputasi yang kuat. Kali ini Honda cuba tampil di luar kebiasaan, model baharu yang akan diperkenalkan tahun depan ini hanya dinamakan sebagai 'e'.

BACA >>> Honda e Prototype - Kompak EV yang Comel dengan Gaya Retro di Pasaran Tahun Ini?

Model baharu itu ialah versi model elektrik e Prototype versi pengeluaran yang ditayangkan kepada umum pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2018, Mac lalu.

MODEL HONDA PERTAMA GUNA PLATFORM EV

e ialah model pertama Honda yang menggunakan platform kenderaan elektrik (EV) khas bersama teknologi canggih dan rekabentuk retro ala Civic 1970-an. EV kompak ini membawa identiti dinamik pemanduan Honda, dan trenkuasa canggih dengan pacuan roda belakang (RWD).

Walaupun bentuk luaran dipengaruhi Civic hatchback terdahulu atau tidak seunik BMW i3, dalaman e Prototype tampil canggih dengan skrin lebar atas papan pemuka ala Mercedes-Benz A Class baharu.

Berdasarkan maklumat, e Protoype boleh dipandu lebih 200km untuk sekali cas penuh. Jarak itu lebih dekat berbanding EV lain seperti Nissan Leaf dan Geely Emgrand GSE yang boleh bergerak lebih 300km. Namun, jarak dekat itu diimbal dengan keupayaan mengecas hingga 80 peratus kapasiti bateri sepantas 30 minit sahaja.

Honda UK baru saja membuka pendaftaran model ini dan sambutan nampaknya menggalakkan dengan 6,500 pembeli sudah mendaftar. Seperti dinyatakan awal tadi, jenama Honda mempunyai prestij.

BACA >>> #PanduUji: Honda HR-V Hybrid, Si Abang Berkuasa dengan Prestasi Setanding Enjin 2.0L

GALERI
5.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: EV, Honda, Honda E, Honda e Protoype, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my