Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Labur RM11 Juta, Buka Gudang Alat Ganti Fasa 2 di Bukit Jelutong
Auto Terkini

Honda Malaysia Labur RM11 Juta, Buka Gudang Alat Ganti Fasa 2 di Bukit Jelutong

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia kini meningkatkan permintaan dan stok alat ganti menerusi pembukaan kemudahan gudang alat ganti  fasa 2 di Bukit Jelutong, seiring peningkatan kapasiti jualan dan perkhidmatan pengeluar dari Jepun itu.

Sebanyak RM11 juta dilaburkan bagi menambah kapasiti gudang sedia ada. Saiz gudang kini ialah 21,700 meter persegi dan dibangunkan atas tanah 50,000 meter persegi serta mampu menampung stok alat ganti bagi 93 pusat jualan Honda Malaysia.

Peluasan gudang alat ganti itu juga tidak hanya terhad kepada peningkatan ruang simpanan. Tetapi turut berperanan menambah baik operasi pergudangan dan mempercepatkan penghantaran alat ganti kepada pelanggan dan pusat jualan, termasuk menampung pertumbuhan masa depan syarikat.

BACA >>> Honda Sahkan Beg Udara Takata Meletup dalam Kemalangan 1 Januari 2018

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, jenama Honda di Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan dan pengambilan servis luar biasa sejak empat tahun kebelakangan ini.

“Bahagian jualan alat ganti mengalami pertumbuhan 32 peratus, manakala permintaan servis baik pulih dan mengecat meningkat 48 peratus pada 2017 berbanding 2016. Peluasan gudang ini dapat mempercepatkan penghantaran alat ganti,” katanya.

OPERASI DIPERKEMAS

Pembukaan gudang fasa kedua itu turut membabitkan penyusunan semula susunan stok dan mengoptimumkan penggunaan ruang bagi meningkatkan kecekapan dan kapasiti. Ini termasuk meletakkan barangan yang perlu diambil pada ruang berdekatan pintu keluar untuk memendekkan masa operasi.

Pelaksanaan sistem bar kod juga dibuat bagi mempercepatkan operasi penghantaran kerana semua alat ganti  dilabelkan dan disediakan lebih awal daripada pembekal yang hanya memerlukan pengesahan semasa tiba untuk dikemas kini dalam sistem.

BACA >>> Bilik Pameran Honda Impian X, Pertama di Malaysia Kini Dibuka

Honda Malaysia turut melakukan penghantaran barangan menerusi motosikal agar lebih efisien dan pantas. Semua langkah afirmatif ini disediakan untuk memastikan peniaga menerima barangan dengan segera, tidak mengganggu operasi dan menyumbang ke arah perkhidmatan pelanggan lebih baik.

alat ganti Auto Terkini Gudang Gudang Alat Ganti Fasa 2 Honda Honda Honda Malaysia servis servis pelanggan Toichi Ishiyama
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Insight 2026 Jepun Lancar, Jarak Sehingga 535 km, Harga Mula RM137 Ribu

    16/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Tempahan di Malaysia

    16/04/2026
    Auto Terkini

    PMX: Malaysia Utamakan Bekalan Bahan Api Domestik Sebelum Eksport ke Australia

    16/04/2026
    Auto Terkini

    Tokti Terlibat Kemalangan di Lebuhraya MEX, Alami Cedera Ringan

    16/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    By Han Othman13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.