• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Sahkan Beg Udara Takata Meletup dalam Kemalangan 1 Januari 2018

Honda Sahkan Beg Udara Takata Meletup dalam Kemalangan 1 Januari 2018

January 30, 2018 By AI 1 Comment

FacebookTwitter


HONDA mengesahkan inflator beg udara Takata bahagian pemandu tahap satu (SDI) pecah dalam insiden kemalangan pada 1 Januari lalu di Malaysia yang menyebabkan pemandu Honda City (2004) maut di tempat kejadian.

Setakat ini, punca kematian masih belum diketahui dan pihak Honda mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa. Honda menyatakan ketika pemeriksaan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), inflator beg udara bahagian pemandu kereta itu gagal berfungsi betul.

BACA >>> 7 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Tentang Isu Beg Udara Takata

Menurut Honda, kereta itu turut tersenarai dalam Kempen Panggil Balik yang diumumkan pada 21 Mei 2015. Pihak Honda Malaysia juga sudah menghantar surat makluman kepada pemilik tersebut selepas merujuk maklumat pangkalan data. Bagaimanapun, surat pemberitahuan itu tidak dihantar kepada pemilik terkini kerana kereta tersebut sudah bertukar hak milik. Jadi, menurut rekod, tiada penukaran dibuat.

Malah, kereta sama juga termasuk dalam Kempen Panggil Balik inflator beg udara bahagian penumpang yang dikeluarkan pada tarikh sama. Bagaimanapun, inflator beg udara penumpang  tidak pecah dan berfungsi betul ketika kemalangan berlaku.

KEMPEN PANGGIL BALIK DITERUSKAN

Honda Malaysia hingga kini kekal meneruskan kempen pemberitahuan menerusi siaran akhbar, iklan, siri jelajah, panggilan peribadi dan SMS, serta e-mel untuk memastikan pemilik Honda yang terbabit dapat dimaklumkan supaya segera menukar komponen tersebut.

Berikut apa dilakukan Honda Malaysia:

• Menghantar surat kepada lebih  2,900,000 pelanggan.
• Mengiklankan kempen dan mengeluarkan siaran akhbar untuk makluman orang ramai.
• Memaparkan notis menerusi laman web syarikat dan pencarian VIN (nombor casis) bagi kereta terlibat di laman web Honda.com.my atau ProductRecall.honda.com.my.
• Menganjurkan kempen bantuan dalam siri jelajah Honda Malaysia.
• Menghantar e-mel kepada 35,800 pelanggan, dan mengirim SMS kepada lebih 2,760,000 pemilik yang terbabit.
• Berkongsi maklumat tentang Kempen Panggil Balik menerusi majalah Honda's With Dreams.
• Membuat panggilan terus 71,700 pelanggan terlibat.

Honda Malaysia turut memastikan stok inflator sentiasa siap sedia 100 peratus, dan pada masa sama meningkatkan kapasiti servis menerusi Hab Servis Sentral, Hab Mobile, hab di siri jelajah dan stesen minyak untuk memudahkan proses penukaran.

Setakat 25 Januari 2018, sebanyak 221,000 unit inflator beg udara sudah ditukar (84 peratus). Jumlah keseluruhan penukaran inflator beg udara pemandu dan penumpang ialah 427,000 unit (76 peratus).

BACA >>> Penyelesaian Tidak Terkata, Akhirnya Takata Isytihar Muflis

Bagi model City (2003-2008), Honda Malaysia menyelesaikan sebanyak 93,000 unit (77 peratus) beg udara Takata. Susulan kes yang baru berlaku itu, Honda Malaysia menggesa  pemilik City (2003-2008) supaya menghantar kereta mereka untuk pemeriksaan dan dibaiki  segera di pusat jualan Honda yang sah.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: beg udara, Honda, Honda Malaysia, inflator, Inflator Beg Udara Takata Honda Malaysia, kemalangan, Kempen Panggil Balik, kempen panggil balik Honda, Kempen Panggil Balik Inflator Beg Udara Takata, Takata

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my