• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penyelesaian Tidak Terkata, Akhirnya Takata Isytihar Muflis

Penyelesaian Tidak Terkata, Akhirnya Takata Isytihar Muflis

June 29, 2017 By Azhan O 1 Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS bergelut dengan pelbagai kecaman, tekanan dan tuntutan mahkamah, pengeluar alat ganti autmotif, Takata Corp, yang lebih dikenali sebagai pembuat beg udara, akhirnya disahkan muflis atau bangkrap pada Isnin lalu.

Pengisytiharan muflis itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika mengambil kira rentetan kes panggil balik membabitkan 16 juta kenderaan berikutan masalah kegagalan beg udara sejak tahun lalu. Ini termasuk beberapa insiden kemalangan yang menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 17 nyawa, sekali gus mengheret firma yang berpangkalan di Jepun itu ke kamar mahkamah dengan tuntutan bernilai jutaan dolar.

BACA >>> Takata Rancang Failkan Muflis, Mahu Jual Aset Kepada Syarikat Alat Ganti Amerika

Bagaimanapun, perintah muflis itu tidak akan menjejaskan proses tuntutan mahkamah daripada mangsa ke atas Takata. Malah, permohonan muflis itu sendiri difailkan Takata berikutan krisis kewangan yang melanda, di mana penstrukturan semula kewangan diharapkan dapat membantu proses penggantian beg udara.

Takata juga khabarnya bakal menjual aset kepada syarikat alat ganti di Amerika Syarikat, tetapi masih belum ada sebarang pengesahan rasmi mengenai berita tersebut. Apapun, siapa sangka sebuah firma gergasi dalam dunia automotif antarabangsa yang ditubuhkan sejak 1933 atau 84 tahun lalu terpaksa mengakhiri reputasi mereka dengan begitu malang akibat kecuaian.

Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada pemain industri lain.

BACA >>> Takata Mengaku Bersalah Isu Skandal Beg Udara, Sedia Bayar AS$1 Bilion

SUMBER: Car Throttle

Artikel Berkaitan

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, beg udara, skandal beg udara, Takata, Takata bangkrap, Takata Corp, Takata muflis

Comments

  1. lyana says

    February 5, 2018 at 3:21 PM

    Hmmm...masalah juga kannnn...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my