Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Insurance Plus (HiP): Pakej Insurans Berbaloi Buat Pemilik Honda di Malaysia
Auto Terkini

Honda Insurance Plus (HiP): Pakej Insurans Berbaloi Buat Pemilik Honda di Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/09/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia memperkenalkan pelan insurans automotif, Honda Insuran Plus (HiP) yang eksklusif buat semua pemilik Honda dengan menawarkan tiga pakej utama, iaitu Penyelamatan, Perlindungan dan Penjimatan.

Setiap pakej pula terdiri daripada pelbagai manfaat seperti berikut:

BACA >>> JD Power 2019: Honda Malaysia Kuasai Tiga Segmen Utama dalam Penilaian Kualiti

1. PENYELAMATAN

Ada tiga perkhidmatan ditawarkan di bawah pakej Penyelamatan ini, iaitu:

  • Bantuan Tunda 24/7

Perkhidmatan ini beroperasi sepanjang masa (24 jam) dan setiap hari (7 hari seminggu) walaupun hujung minggu kepada pelanggan yang mengalami kemalangan, kerosakan dan banjir dengan jarak tunda hingga 450km ke Pusat Badan dan Cat Honda yang sah.

  • Bantuan Baik Pulih Jalanan 24/7

Menawarkan perkhidmatan cas semula (jump-start) atau menukar bateri kereta, menukar tayar pancit dan isi minyak dengan upah buruh hingga RM200 untuk satu-satu situasi, tidak termasuk alat ganti, manakala kos minyak ditanggung pelanggan.

  • Bantuan Tuntutan

Pengedar sah Honda akan menjadi wakil untuk menghubungi syarikat insurans dan menyediakan bantuan ketika prosedur tuntutan dibuat.

2. PERLINDUNGAN

Pakej Perlindungan terdiri daripada enam manfaat berikut:

  • Pusat Cat dan Badan Sah Honda – Menawarkan hasil berkualiti untuk kerja-kerja membaik pulih dan mengecat dengan menggunakan alatan terkini supaya kereta pelanggan dapat kembali seperti kondisi asal.
  • Tukar Alat Ganti dan Badan 100% tulen – Pelanggan akan diberikan waranti 6 bulan atau perbatuan 100,000km (mana satu tiba dulu).
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi – Pelanggan dapat perlindungan hingga RM15,000 untuk kemalangan maut atau kecacatan kekal membabitkan kereta dengan nama pemilik.
  • Kelulusan Tuntutan Pantas – Peluang dapat semula kereta lebih pantas untuk tuntutan bawah RM20,000
  • Bantuan Peribadi – Bantuan menghantar pulang anak, servis bantuan rumah, hal perundangan, jurubahasa, keperluan vaksinasi, pasport dan visa, lokasi barang hilang, bantuan kembara alternatif, penjadualan penerbangan.
  • Bantuan Perubatan – Bantuan rujukan perubatan dan penjadualan janji temu, penghantaran ubat yang tiada dalam pasaran tempatan, perpindahan perubatan atau penghantaran pulang.

3. PENJIMATAN

Pakej Penjimatan pula menawarkan tujuh manfaat berikut:

  • Bayaran 100% untuk kecurian atau kerugian penuh (total loss) untuk nilai dipersetujui hingga 13 tahun.
  • Perlindungan 100% untuk baik pulih kemalangan untuk 10 tahun tanpa klausa kerosakan sendiri hingga 10 tahun.
  • Perlindungan 100% untuk kereta berusia hingga 10 tahun tanpa bayaran tambahan.
  • Elaun banjir RM1,500 jika kereta rosak akibat banjir
  • Elaun bantuan bencana RM1,500 jika kereta dicuri atau total loss.
  • Bantuan kunci hilang hingga RM1,000 jika kunci hilang atau rosak.
  • Perlindungan untuk semua pemandu di bawah daftar persendirian, tiada nama diperlukan.

Setiap pakej dan manfaat adalah tertakluk terma dan syarat. Maklumat lanjut mengenai pelan insurans HiP boleh hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.

BACA >>> Inilah 5 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Honda City (2020) Serba Baharu

Auto Terkini Honda Insuran Plus (HiP) Honda Malaysia insurans Pelan Honda Insuran Plus (HiP)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026

    2 Comments

    1. Mohd Asri b. Jaafar on 01/12/2023 10:17

      Mohon penjelasan ttg perlindungan jika kereta sudah melebihi 10 tahun…

      contoh; Honda CRV saya tahun 2007..

      Reply
      • Azhan O on 26/12/2023 13:21

        Kena rujuk pihak insurans, masing-masing pakej berbeza

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.