• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Insurance Plus (HiP): Pakej Insurans Berbaloi Buat Pemilik Honda di Malaysia

Honda Insurance Plus (HiP): Pakej Insurans Berbaloi Buat Pemilik Honda di Malaysia

September 27, 2020 By admin.pandulaju Leave a Comment

259
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia memperkenalkan pelan insurans automotif, Honda Insuran Plus (HiP) yang eksklusif buat semua pemilik Honda dengan menawarkan tiga pakej utama, iaitu Penyelamatan, Perlindungan dan Penjimatan.

Setiap pakej pula terdiri daripada pelbagai manfaat seperti berikut:

BACA >>> JD Power 2019: Honda Malaysia Kuasai Tiga Segmen Utama dalam Penilaian Kualiti

1. PENYELAMATAN

Ada tiga perkhidmatan ditawarkan di bawah pakej Penyelamatan ini, iaitu:

  • Bantuan Tunda 24/7

Perkhidmatan ini beroperasi sepanjang masa (24 jam) dan setiap hari (7 hari seminggu) walaupun hujung minggu kepada pelanggan yang mengalami kemalangan, kerosakan dan banjir dengan jarak tunda hingga 450km ke Pusat Badan dan Cat Honda yang sah.

  • Bantuan Baik Pulih Jalanan 24/7

Menawarkan perkhidmatan cas semula (jump-start) atau menukar bateri kereta, menukar tayar pancit dan isi minyak dengan upah buruh hingga RM200 untuk satu-satu situasi, tidak termasuk alat ganti, manakala kos minyak ditanggung pelanggan.

  • Bantuan Tuntutan

Pengedar sah Honda akan menjadi wakil untuk menghubungi syarikat insurans dan menyediakan bantuan ketika prosedur tuntutan dibuat.

2. PERLINDUNGAN

Pakej Perlindungan terdiri daripada enam manfaat berikut:

  • Pusat Cat dan Badan Sah Honda - Menawarkan hasil berkualiti untuk kerja-kerja membaik pulih dan mengecat dengan menggunakan alatan terkini supaya kereta pelanggan dapat kembali seperti kondisi asal.
  • Tukar Alat Ganti dan Badan 100% tulen - Pelanggan akan diberikan waranti 6 bulan atau perbatuan 100,000km (mana satu tiba dulu).
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi - Pelanggan dapat perlindungan hingga RM15,000 untuk kemalangan maut atau kecacatan kekal membabitkan kereta dengan nama pemilik.
  • Kelulusan Tuntutan Pantas - Peluang dapat semula kereta lebih pantas untuk tuntutan bawah RM20,000
  • Bantuan Peribadi - Bantuan menghantar pulang anak, servis bantuan rumah, hal perundangan, jurubahasa, keperluan vaksinasi, pasport dan visa, lokasi barang hilang, bantuan kembara alternatif, penjadualan penerbangan.
  • Bantuan Perubatan - Bantuan rujukan perubatan dan penjadualan janji temu, penghantaran ubat yang tiada dalam pasaran tempatan, perpindahan perubatan atau penghantaran pulang.

3. PENJIMATAN

Pakej Penjimatan pula menawarkan tujuh manfaat berikut:

  • Bayaran 100% untuk kecurian atau kerugian penuh (total loss) untuk nilai dipersetujui hingga 13 tahun.
  • Perlindungan 100% untuk baik pulih kemalangan untuk 10 tahun tanpa klausa kerosakan sendiri hingga 10 tahun.
  • Perlindungan 100% untuk kereta berusia hingga 10 tahun tanpa bayaran tambahan.
  • Elaun banjir RM1,500 jika kereta rosak akibat banjir
  • Elaun bantuan bencana RM1,500 jika kereta dicuri atau total loss.
  • Bantuan kunci hilang hingga RM1,000 jika kunci hilang atau rosak.
  • Perlindungan untuk semua pemandu di bawah daftar persendirian, tiada nama diperlukan.

Setiap pakej dan manfaat adalah tertakluk terma dan syarat. Maklumat lanjut mengenai pelan insurans HiP boleh hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.

BACA >>> Inilah 5 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Honda City (2020) Serba Baharu

Artikel Berkaitan

259
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda Insuran Plus (HiP), Honda Malaysia, insurans, Pelan Honda Insuran Plus (HiP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my