• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JD Power 2019: Honda Malaysia Kuasai Tiga Segmen Utama dalam Penilaian Kualiti

JD Power 2019: Honda Malaysia Kuasai Tiga Segmen Utama dalam Penilaian Kualiti

March 11, 2020 By MS Leave a Comment

414
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DOMINASI jenama Honda dalam pasaran Malaysia memang tidak boleh disangkal. Buktinya, Honda Malaysia sekali lagi mencatatkan rekod tersendiri apabila tiga model jenama itu menguasai segmen masing-masing dalam penilaian kualiti kenderaan baharu berdasarkan standard JD Power 2019 Malaysia Initial Quality StudySM (IQS).

BACA >>> Honda - Kereta Import Nombor 1 Malaysia, Tahun Ketiga Berturut-Turut

Tiga model tersebut ialah:

  • SEGMEN B: Honda City (Sedan)
  • SEGMEN B: Honda Jazz (Hatchback)
  • SEGMEN J/ KENDERAAN UTILITI SUKAN (SUV): Honda CR-V(SUV saiz medium)

Jazz dan City mencatatkan prestasi terbaik dengan mengungguli segmen masing-masing dengan skor 68 per 100 kenderaan (PP100) dan 59 PP100. CR-V pula meneraju segmen kenderaan bukan nasional bagi tahun kedua berturut-turut dengan skor 64 PP100.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya gembira dengan pencapaian dicapai kerana secara tidak langsung menggambarkan kegembiraan pelanggan.

“Kami akan terus konsisten memperkenalkan 'Next Generation Advanced Technology' sebagai komitmen kami dalam menawarkan produk berkualiti tinggi. Komitmen ini menzahirkan falsafah 'Kegembiraan Penghasilan' dalam pengeluaran kenderaan bagi memastikan pelanggan menikmati kegembiraan pembelian dalam pemilikan kenderaan Honda,” katanya.

Sementara itu, kilang pengeluaran Honda Malaysia di Pegoh, Melaka akan terus memberi tumpuan pada pembuatan produk berkualiti dan selamat serta mesra alam.

City sekali lagi menjadi model paling laris yang menyumbang 36 peratus jumlah jualan, manakala Jazz (13 peratus) dan CR-V (14 peratus) kepada prestasi jualan tahun lalu.

BACA >>> Kereta Honda CKD Naik Harga 5-9 Peratus!

Artikel Berkaitan

414
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Honda City, Honda CR-V, Honda Jazz, Honda Malaysia, jualan Honda Malaysia 2019, Roda 4, Toichi Ishiyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my