Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda HR-V (2022) Lancar di Indonesia, Ada Varian Turbo RS, Harga Mula RM104k
Roda4

Honda HR-V (2022) Lancar di Indonesia, Ada Varian Turbo RS, Harga Mula RM104k

Han OthmanBy Han Othman23/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAKIL pengedar rasmi Honda di Indonesia, Honda Prospect Motor (HPM) hari ini rasmi melancarkan Honda HR-V (2022) serba baharu dengan rekabentuk diperbaharui lebih segar dan dilengkapi teknologi terkini.

Kehadiran model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu itu didorong permintaan pelanggan generasi baru yang lebih muda dan mahukan SUV lebih kompak bergaya, canggih dan berprestasi.

BACA >>> #Spyshot: Kelibat Honda HR-V Serba Baharu Sedang Diuji Muncul di Indonesia

REKABENTUK SERBA BAHARU, JIWA MUDA

HR-V (2022) generasi kedua kali ini tampil berbeza berbanding model terdahulu mengetengahkan konsep ‘Sangat Mengesankan’ (Exceptionally Impressive) sebagai SUV unik dan memukau menerusi rekabentuk dan teknologi canggih.

Model baharu ini turut menawarkan tiga konfigurasi tempat duduk: Long, Utility dan Tall, yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pengguna, sama seperti ditawarkan model City Hatchback, sesuatu yang tidak ditawarkan SUV kelas sama.

Berikut fakta menarik mengenai HR-V (2022):

EMPAT VARIAN

  • Ditawarkan dalam empat varian:
    • S – Rp355.9 juta (RM104,630)
    • E – Rp379.9 juta (RM111,850)
    • SE – Rp399.9 juta (RM117,740)
    • Turbo RS – Rp499.9 juta(RM147,180)
  • Dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119hp (121ps) dan tork 145Nm dengan transmisi automatik CVT.
  • Varian Turbo RS dipacu enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 175hp (177ps) dan tork 240Nm.

CIRI MENARIK, HONDA SENSING SEMUA VARIAN

  • Semua varian termasuk paling asas dilengkapi:
    • Teknologi bantuan pemandu Honda SENSING, lampu utama LED, termasuk lampu siang (DRL).
    • Kluster instrumen TFT 4.2 inci, dan unit infotainment 7 inci dengan konektiviti telefon pintar.
    • Kunci auto bila jauh dari kereta (walk away auto lock).

    • Amaran tali keledar belakang.
    • Penyaman udara automatik.
    • Ciri keselamatan Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).
    • Brek Parkir Elektrik (EPB), Brek Pegun Auto (ABH), dan empat pembesar suara (Turbo RS mendapat esktra dua twiter).
  • Varian E mendapat penghidup enjin kawalan jauh, kemasan bampar dan lampu kabus, pedal syif, cermin sisi boleh lipat, kerusi kulit-fabrik, soket kuasa baris kedua, stereng semi-kulit, ventilator penyaman udara belakang, perehat lengan belakang, tombol gear kulit.
  • Varian SE dan Turbo RS mendapat tambahan signal belok sekuensial, lampu kabus LED, rim aloi 18 inci, unit infotainmen 8 inci, kamera  belakang multisudut, Honda LaneWatch, lampu peta LED elektrostatik, bumbung panoramik.
  • Varian Turbo RS mendapat ekstra 6 beg udara, kluster instrumen TFT 7 inci boleh kustom, 4 pembesar suara dan 2 twiter, dual-ekzos, upholsteri kulit hitam dan sulaman benang merah, stereng kulit, 3 mod pandu (Sport, Normal dan ECON), but elektrik bebas tangan, kit aero RS.

BACA >>> 8 Fakta Pantas: Tentang Honda HRV-RS yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Proton Raja SUV Malaysia, X50 Catat 100k Tempahan Terkumpul
BACA >>> Honda HR-V (2022) Lancar di Jepun, Harga Mula RM86.6k!

Crossover Honda Honda HR-V (2022) Honda Indonesia Honda Prospect Motor (HPM) Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Benz C-Class Electric 2027, Reka Depan Unik, Jarak Sehingga 762 km!

21/04/2026
Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
Pandu Uji

#PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

20/04/2026
Lepas L6 2026 Euro
Elektrifikasi

Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?

20/04/2026
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Kenderaan Elektrik (EV)

Honda Insight 2026 Lancar di Jepun, Jarak Sehingga 535km, Harga RM137k

17/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.