Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari 849 Testarossa Kini Di Malaysia – Pengganti SF90 Stradale, Dari RM2.18 Juta
Roda4

Ferrari 849 Testarossa Kini Di Malaysia – Pengganti SF90 Stradale, Dari RM2.18 Juta

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA ikonik, Ferrari memperkenalkan model baharu 849 Testarossa yang mengambil alih kedudukan SF90 Stradale sebagai jentera prestasi tertinggi dalam rangkaian pengeluar Itali itu.

Nama Testarossa kembali digunakan sebagai penghormatan kepada antara model paling ikonik Ferrari, dengan supercar hibrid plug-in (PHEV) itu menawarkan kuasa keseluruhan 1,050hp hasil gabungan enjin V8 twin-turbo dan tiga motor elektrik. Harga asas tanpa cukai bagi pasaran tempatan bermula dari RM2,188,000 dan RM2,368,000 bagi versi 849 Testarossa Spider. Harga selepas cukai masing-masing RM5.2 juta dan RM5.7 juta.

Enjin V8, Jana 830hp

Nadi utama 849 Testarossa ialah enjin V8 4.0 liter twin-turbo yang telah direka semula sepenuhnya dan menghasilkan 830hp serta tork maksimum 842Nm.

Kuasa tambahan disumbangkan tiga motor elektrik yang menjana 220hp, sekali gus menjadikan 849 Testarossa sebagai Ferrari produksi paling berkuasa pernah dihasilkan setakat ini.

Pecutan 0-100kmj Bawah 2.3 Saat

Sistem kuasa itu dipadankan dengan transmisi klac berkembar F1 lapan kelajuan serta sistem pacuan semua roda (AWD) yang turut dilengkapi teknologi torque vectoring.

Ferrari mendakwa 849 Testarossa mampu memecut dari 0-100kmj dalam masa kurang 2.3 saat, 0-200kmj dalam 6.35 saat dan mencapai kelajuan maksimum melebihi 330kmj.

Sistem Hibrid Dipertingkat

Konfigurasi PHEV menggunakan bateri lithium-ion 7.45kWh yang membolehkan pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 25km menerusi mod eDrive.

Sistem itu turut menawarkan empat mod pemanduan elektrik iaitu eDrive, Hybrid, Performance dan Qualify, selain menerima teknologi MGU-K yang diinspirasikan daripada pengalaman Ferrari dalam Formula Satu (F1).

Aerodinamik Lebih Agresif

Ferrari memberikan tumpuan besar terhadap aspek aerodinamik dengan inspirasi daripada model perlumbaan legenda seperti 512 S, 512 M dan FXX-K.

Hasilnya, 849 Testarossa mampu menghasilkan daya turun (downforce) sehingga 415kg pada kelajuan 250kmj, iaitu peningkatan 25kg berbanding SF90 Stradale, selain kecekapan penyejukan yang meningkat 15 peratus.

Rekaan Baharu Berinspirasikan Kereta Lumba Era 1970-an

Dari segi penampilan, 849 Testarossa menampilkan bahasa reka bentuk lebih tajam dan futuristik dengan elemen yang diinspirasikan daripada kereta Sports Prototype era 1970-an.

Bahagian belakang menggunakan rekaan ‘twin-tail’ yang diilhamkan daripada Ferrari 512 S, manakala saluran udara sisi bukan sekadar elemen gaya tetapi turut memainkan peranan penting dalam pengurusan aliran udara.

Kabin Lebih Moden, Ergonomik

Ruang dalaman menggabungkan konsep kokpit kereta lumba dengan keselesaan sebuah berlinetta moden, termasuk penggunaan panel instrumen digital, kawalan mekanikal pada stereng dan sistem infotainmen terkini.

Ferrari turut mengekalkan butang ikonik Engine Start pada stereng selain menyediakan sokongan Apple CarPlay, Android Auto serta pengecas telefon pintar tanpa wayar.

Teknologi Casis, Brek Baharu

849 Testarossa menerima sistem kawalan dinamik FIVE (Ferrari Integrated Vehicle Estimator) yang berfungsi sebagai ‘kembar digital’ untuk memantau tingkah laku kenderaan secara masa nyata.

Sistem ABS Evo generasi baharu, cakera brek lebih besar serta talaan suspensi khusus turut membantu meningkatkan kestabilan, keupayaan membrek dan pengendalian ketika dipandu pada had maksimum.

Assetto Fiorano Untuk Prestasi Maksimum

Bagi pelanggan yang mahukan prestasi lebih ekstrem, Ferrari menawarkan pakej Assetto Fiorano yang mengurangkan berat sehingga 30kg menerusi penggunaan komponen gentian karbon dan titanium.

Pakej itu turut menampilkan talaan suspensi lebih agresif, rim karbon 20 inci, aerodinamik tambahan dan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 yang dibangunkan khusus untuk kegunaan berprestasi tinggi.

Program Penyelenggaraan Sehingga Tujuh Tahun

Seperti model Ferrari lain, 849 Testarossa didatangkan bersama program penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun yang merangkumi servis berkala serta penggunaan alat ganti tulen.

Ferrari turut menawarkan pakej jaminan tambahan khusus untuk model hibrid yang merangkumi komponen sistem elektrik dan penggantian bateri voltan tinggi mengikut tempoh perlindungan yang dipilih pelanggan.

Ferrari 849 Testarossa

Ferrari 849 Testarossa Assetto Fiorano

Ferrari 849 Testarossa FIVE (Ferrari Integrated Vehicle Estimator) kereta lumba Malaysia Pacuan Semua Roda supercar hibrid plug-in V8 4.0 liter twin-turbo
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.