Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Forza 125 (2023) Muncul di Eropah dengan Varian Special Edition, Ciri Dipertingkat
Roda2

Honda Forza 125 (2023) Muncul di Eropah dengan Varian Special Edition, Ciri Dipertingkat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Eropah memilih Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 sebagai medan pelancaran skuter Honda Forza 125 (2023) yang menawarkan menawarkan kombinasi ciri premium dengan rekabentuk sport yang disukai pengguna Eropah.

Honda Forza 125 (2023) mewarisi aura kemewahan abangnya, Honda Forza 750, dan didatangkan dalam dua varian, Standard dan Special Edition. Berikut perincian skuter tersebut:

BACA >>> Italjet Dragster 500GP Debut di EICMA 2022, Jengah Pasaran 2024
BACA >>> Benelli TRK 702, 702 X (2023) Lancar di EICMA 2022 dengan Kamera Atas Paruh Fairing

WARNA

  • Honda Forza 125 (2023) standard ada empat pilihan warna: Cynos Gray (kelabu gelap), Falcon Gray Pearl (kelabu cerah), Matte Pacific Blue Pearl (biru) dan Matte Carnelian Red Metallic (merah).
  • Forza 125 (2023) Special Edition pula  didatangkan dalam skema warna  Matte Cynos Gray Metallic (kelabu).

BONUS FORZA SPECIAL EDITION

  • Mendapat kemasan aksen merah pada rim, sulaman benang, latar panel meter, logo dan beberapa perincian lain.
  • Ada pelekat Special Edition pada badan skuter.
  • Peg kaki pembonceng hitam, plat keluli tahan karat pada platform kaki.

TRENKUASA

  • Enjin 4-lejang silinder tunggal 124.9cc SOHC eSP penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api, berkuasa 14.3hp @ 8,750rpm dan tork puncak 12.3Nm @ 6,500rpm. Transmisi CVT dengan tali sawat.
  • Kelajuan maksimum sama seperti Italjet Dragster 200, 108kmj.
  • Ada fungsi henti lagu Idling Stop yang mematikan enjin apabila skuter berhenti lebih tiga saat. Enjin kemudian akan hidup semula apabila terotel dipulas.
  • Mampu capai jarak tunggangan 500km untuk setangki minyak penuh, atau 41.7km per liter.
  • Kapasiti tangki minyak 11.7 liter.
  • Ada teknologi kawalan tork Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk mencegah gelinciran tayar atas permukaan licin, dan boleh dinyah aktif jika tidak diperlukan.

BACA >>> Yamaha XSR700 Legacy Edition (2023) Debut di EICMA 2022

BINAAN

  • Frem keluli tubular dengan suspensi fork teleskopik 33mm dan dwi-absober (belakang) boleh laras prabeban 5-tetapan.
  • Berat kasar 164kg dengan jarak roda 1,505mm menawarkan kestabilan pengendalian dalam bandar.
  • Rim aluminium 15 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan rim 14 inci dengan tayar 140/70 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 256mm (depan), dan cakera tunggal 240mm (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

BACA >>> Honda XL750 Transalp (2023) Lancar di EICMA 2022, Harga Kekal Misteri

PEMBAHARUAN

  • Fairing depan serba baharu, mengambil ilham Honda  Forza 750.
  • Lampu utama LED kembar.
  • Panel meter meter direka semula dengan kombinasi analog dan digital.
  • Visor angin boleh laras 180mm.
  • Port USB Type-C dalam ruang simpanan pada pemuka depan.
  • Ada kunci pintar.
  • Ruang simpanan bawah pelana mampu menyimpan dua helmet muka penuh.

BACA >>> Pelanggan Beli Honda PCX 160 Secara Tunai, Tapi Bayar Guna Dua Kotak Syiling!
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Cara Bersih, Minyakkan Rantai Motosikal yang Betul

HONDA FORZA 125 (2023) STANDARD
HONDA FORZA 125 (2023) SPECIAL EDITION
EICMA 2022 Honda Forza 125 2023) Pamera Motor Milan (EICMA) roda2 Skuter 125cc Honda Skuter 125cc Popular
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026

    14/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    11/05/2026
    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.