BENELLI mendedahkan siri TRK 702 untuk pasaran antarabangsa sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022. Siri tersebut sama seperti barisan TRK 502, terdiri daripada dua model, Benelli TRK 702 dan Benelli TRK 702 X.
Model standard dilengkapi rim aloi 17 inci bersama tayar Pirelli Angel GT, manakala varian X mendapat tetapan lebih lasak menerusi rim jejari 19 inci di depan dan 17 inci di belakang dengan tayar Pirelli Scorpion Rally.
BACA >>> Benelli TRK 702 (2023) Lancar di China dalam Dua Varian, Harga RM30k!
BACA >>> Bocor Foto Benelli TRK 702 dengan Enjin Ilham KTM
Kedua-dua varian menampilkan gaya lampu utama kembar, semi-fairing dengan rupa depan berparuh, visor angin, dan gad jari. Ciri lain ialah:
- Kapasiti tangki minyak 20 liter.
- Ekzos dipasang tinggi.
- Pelana bertingkat. Berat kering 220kg, lebih ringan 3kg daripada model 502.
- Tiga pilihan warna: Anthracite Grey (kelabu), Forest Green (hijau), and Pearl White (putih).
- Varian X mendapat empat pilihan warna: Anthracite Grey (kelabu), Forest Green (hijau), Dune Sea (jingga), and Moon Grey (kelabu kusam).
- Lampu LED penuh untuk lampu utama, signal belok dan lampu belakang.
- Panel meter TFT berwarna 5 inci dengan konektiviti Bluetooth dan akses muzik dan panggilan menerusi kawalan bar hendal.
- Ada kamera dipasangkan atas paruh fairing depan untuk merekodkan video dan mengambil gambar.
- Aspek mekanikal dijana enjin dwi-silinder 698cc penyejukan cecair berkuasa 76.2hp @ 8,750rpm, dan tork 68.2Nm @ 6,250rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan jenis penukar tork dan klac basah.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) 50mm di depan dan monoshock di belakang.
- Sistem brek cakera kembar 320mm di depan dan cakera tunggal 260mm di belakang.
- Dijadualkan berada di pasaran antarabangsa menjelang penggal pertama 2023.
BACA >>> Benelli TRK 251 (2022) Versi Facelift di Itali Kini dengan Enjin Patuh Euro5, Harga RM17k
BACA >>> Motosikal Benelli Paling Popular di Itali, Catat Jualan Lebih 8k Unit
Leave a Reply