• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bocor Foto Benelli TRK 702 dengan Enjin Ilham KTM

Bocor Foto Benelli TRK 702 dengan Enjin Ilham KTM

April 28, 2022 By Shawkath Leave a Comment

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HASRAT Benelli melakukan kejutan global menerusi debut model advencer terbaharu terbantut apabila bocor foto dan maklumat mengenai TRK 702 di Internet.

Khabarnya, foto dan beberapa maklumat spesifikasi itu mula bocor selepas Benelli  memfailkan dokumen paten kepada pihak berkuasa.

BACA >>> Paten Kedua Dedah Benelli Mungkin Guna Enjin KTM untuk Produk Baharu

Berdasarkan maklumat itu, TRK 702 akan menggunakan trenkuasa dwi-silinder 693cc penyejukan cecair, mirip enjin CFMoto 700CL-X. Menariknya, output kuasa 75hp cuma berbeza 1hp berbanding model TRK 800 (76hp).

Ia mungkin menandakan Benelli bakal menghentikan penggunaan trenkuasa 754cc pada TRK 800 dan beralih kepada enjin 799cc diilhamkan daripada KTM. Ada juga mendakwa Benelli mungkin memperbaharui trenkuasa keseluruhan barisan motosikal dengan menamatkan penggunaan enjin lama.

BACA >>> Benelli TRK 800 Lancar di EICMA 2021 dengan Gaya Menggiurkan

Penggunaan enjin baharu iru juga memaksa Benelli membina semula frem motosikal yang memiliki sedikit persamaan dengan frem trellis TRK 800. Swingarm digunakan ialah komponen baharu, manakala rim, sistem brek dan suspensi sama seperti model tersebut.

Profil tayar untuk varian rim jejari (spoked) ialah 110/80R-19 (depan), dan 150/70R-17 (belakang), serta brek pula menggunakan unit kaliper Brembo. Varian rim sport aloi kekal dengan saiz standard 17 inci dengan tayar 120/70ZR (depan), dan 160/60ZR (belakang).

Ada dua kelulusan diberikan untuk model TRK 702, iaitu varian rim aloi dan rim jejari . Berdasarkan foto, rim jejari berbeza pada cakera brek, dan dipasangkan kotak barang sisi dan atas. Berat kasar motosikal TRK 70S, 220kg, iaitu kurang 6kg daripada abangnya.

BACA >>> #Spyshot: Benelli Bangunkan Tornado 650, TNT 550?
BACA >>> #TahukahAnda: Indikator Check Engine Menyala, 10 Komponen Ini Perlu Diperiksa
BACA >>> Trafik KL ke-210 Paling Sesak Dunia ,Terutama Rabu

SUMBER: CycleWorld | MotorBeam

Artikel Berkaitan

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Advencer, Benelli TRK 702, Benelli TRK 800, CFMoto 700CL-X, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my