• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Trafik KL ke-210 Paling Sesak Dunia ,Terutama Rabu

Trafik KL ke-210 Paling Sesak Dunia ,Terutama Rabu

February 14, 2022 By Farah Leave a Comment

277
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENULARAN wabak Covid-19 dan amalan bekerja dari rumah tahun lalu memberi perubahan besar kepada kadar aliran trafik di Kuala Lumpur (KL) apabila menduduki ranking ke-210 paling sesak di dunia.

Kajian dilakukan firma teknologi navigasi antarabangsa, TomTom berpusat di Amsterdam, Belanda dalam laporan indeks trafik 2021 yang diterbitkan baru-baru ini.

BACA >>> Plaza Tol Sesak Teruk Gara-Gara RFID, Netizen Lepas Geram di Media Sosial

Kajian itu mengukur kesesakan jalan raya bandar berdasarkan jumlah kerugian masa melibatkan 404 bandar raya di 58 negara dari enam benua.

Pemandu KL dikatakan membuang masa menyamai 48 jam setahun akibat terperangkap di pusat bandar disebabkan kesesakan teruk. Ini menunjukkan situasi positif kerana rekod 2020 meletakkan ibu kota itu di tangga ke-77, menyamai kerugian masa 126 jam. Pada 2019 pula, KL berada di kedudukan ke-46, atau bersamaan 170 jam.

Jumlah masa terbuang pada 2021 adalah setara 17 bandar raya lain seperti Washington DC di  Amerika Syarikat (AS); Prato (Itali), Liege (Belgium), Santa Cruz (Sepanyol), Rotterdam (Belanda) dan Freiburg (Jerman).

Istanbul berada di ranking pertama sebagai ibu kota paling sesak dunia.

Sementara itu, tempat pertama paling teruk kesesakan trafik direkodkan di ibu kota Turki, Istanbul yang menyamai 142 jam setahun. Pada 2020, bandar raya itu berada di tangga kelima, dan Moscow (Rusia) di tempat pertama, tetapi jatuh ke tempat kedua tahun lalu.

Dalam ranking itu, KL membaiki ranking berbanding ibu kota lain di rantau Asean seperti Manila (Filipina) di tempat 18, Jakarta (Indonesia) 46, Bangkok (Thailand) , 74, dan Singapura (Singapura) 88.

Dalam kajian TomTom itu, hari paling sesak setiap minggu di KL jatuh pada Rabu dengan waktu puncak antara jam 6 petang hingga 7 malam, manakala tarikh kesesakan paling teruk di Kuala Lumpur pernah direkodkan adalah pada 5 Mei tahun lalu.

BACA>>> #ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak
BACA>>> Kadar Parkir DBKL Naik 150 Peratus, Cara Atasi Kesesakan KL Kini Ditemui
BACA>>> Pakar: Tol Patut Naik 2-3 Kali Ganda untuk Dana Pengangkutan Awam, Elak KL Sesak!

SUMBER: Utusan

Artikel Berkaitan

277
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hari rabu paling sesak di kl, KL, Ranking Bandar Paling Sesak Dunia 2021, Trafik sesak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
    YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my