Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Civic Type R (2023) Masuk UK, Harga Mula RM251k!
Roda2

Honda Civic Type R (2023) Masuk UK, Harga Mula RM251k!

Abang HirataBy Abang Hirata30/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Civic Type R (2023)
baharu diperkenalkan pada Julai 2022 dan sudah mula dijual di beberapa pasaran seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan terbaharu Eropah.

Daripada tiga pasaran itu, Honda Civic Type R (2023) Jepun dan Eropah mempunyai output paling tinggi dengan enjin K20C1 2.0L VTEC Turbo berkuasa 325hp berbanding 315hp pada model AS. Daya tork pula kekal sama, 420Nm.

BACA >>> Honda Civic e:HEV RS (2022) di Malaysia! Hibrid Pertama dengan Enjin 2.0L, Harga RM166k!
BACA >>> Honda City Hatchback V-Sensing (2022) Kini di Malaysia, Harga RM91.7k!

Satu lagi aspek boleh diperhatikan, harga jualan pada kadar tukaran matawang tidak menentu kini, yang mana harga di Britain ialah £46,995 (RM251,260).

Selain rekabentuk yang ketara berbeza dan lebih berkuasa daripada model terdahulu, banyak pembaharuan dilakukan pada model baharu ini.

Antaranya, transmisi manual 6-kelajuan menawarkan tukaran gear lebih pantas dan responsif yang dipadankan sistem padanan rev dan kelipan automatik untuk anjakan gear sempurna selain membantu mengimbangkan kereta ketika memasuki selekoh.

Diasaskan daripada Honda Civic Hatchback, model Type R hanya berkongsi pintu depan dan pintu but belakang sama, yang menyukarkan kerja pengubahsuaian jika seseorang itu memiliki model hatchback.

Gerbang roda juga lebih besar yang memuatkan rim 19 inci hitam kusam dan dibalut tayar Michelin Pilot Sport 4S. Saiz rim diturunkan daripada 20 inci berbanding model lama.

Menjengah ruang kabin, pemandu dan penumpang disambut tona merah pada kerusi, karpet, dan tali keledar dengan kemasan kecil lain.

Satu lagi ciri baharu Honda Civic Type R (2023) ialah Mod Individual boleh laras mengikut kehendak pemandu seperti suspensi, respons terotel, stereng, bacaan paparan, deruman enjin dan sebagainya.

Sebagai kereta prestasi, itu tidak bermakna ciri hiburan dan gajet diketepikan. Model ini dibekalkan unit infotainment dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri lain yang bermakna dengan format Honda Civic Type R (2023) sebagai model prestasi ialah Honda LogR yang berfungsi mencerap pelbagai maklumat darioada sejumlah sensor.

Sistem itu akan membekalkan pelbagai data dan dipaparkan supaya pemandu dapat meningkatkan skil memandu.

Tempahan Honda Civic Type R (2023) dibuka pada 30 November dan penghantaran pertama dijadual bermula Januari 2023. Selepas memasuki tiga pasaran utama, bagaimana pula negara lain? Sebagai rekod, Honda Malaysia belum pernah gagal membawa masuk Honda Civic Type R sejak model FD2 (2007).

Bersandarkan sejarah itu, kemungkinan besar model Tyoe R baharu itu akan menyusul ke pasaran tempatan.

BACA >>> Ciri Honda Civic Type R (2023) Didedahkan, Gaya Matang dengan Esktra Kuasa!
BACA >>> #RetroAuto: Senarai 25 Tahun Honda Civic Type R Sejak 1997

Honda Civic Type R (2023) Eropah
Honda Honda Civic Honda Civic Type R Honda Civic Type R 2023 Honda Civic Type R FL5 K20C1 2.0L VTEC Turbo roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    02/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.