Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda City RS Sah Ada Honda Sensing!
Auto Terkini

Honda City RS Sah Ada Honda Sensing!

Han OthmanBy Han Othman24/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia minggu lalu melakukan kejutan apabila membuka pratempahan untuk City serba baharu dan pada masa sama menyiarkan video klip kontroversi yang memaparkan aksi City RS menewaskan pesaing lain dalam kelas sama.

City RS dengan trenkuasa i-MMD ialah varian baharu dalam famili City generasi kelima yang turut melakukan debut global di Malaysia. Siapa kata Malaysia selalu lambat?

BACA >>> Video Honda City RS ‘Tapau’ Habis Vios, Camry, Bezza, Myvi, Almera dan CX-5!

Menariknya, dalam sesi penggambaran luaran City RS  di pejabat Honda Malaysia di Petaling Jaya tadi, kami menyedari yang varian baharu ini turut dipakejkan bersama teknologi bantuan pemandu Honda Sensing yang sebelum ini hanya ada pada model atasan seperti Civic dan CR-V. Ini juga sedan segmen-B pertama di Malaysia (dan dunia!) yang dilengkapkan teknologi seperti ini!

Walaupun tidak dibenarkan masuk dan meneroka ruang kabin, ciri kehadiran Honda Sensing itu dapat dikesan menerusi unit kamera pada cermin depan City RS.

Ini bermakna selain ciri premium yang pertama dalam kelas seprti Honda LaneWatch, Brek Parkir Elektrik (EPB) dan kit RS, termasuk trenkuasa hibrid sport i-MMD, City RS akan dilengkapkan Honda Sensing! Ini pasti menjadi penanda aras baharu dalam spesifikasi sedan subkompak di negara kita.

City RS melakukan debut global di Malaysia dengan menampilkan trenkuasa hibrid serba baharu i-MMD yang dikatakan paling berkuasa dalam segmen-B dengan kuasa menyamai enjin 2.5L. Antara ciri dimiliki varian paling premium City serba baharu ini ialah rim aluminium 16 inci, lampu utama LED dan lampu belakang LED.

BACA >>> Honda City Serba Baharu Buka Tempahan! Varian RS Tawar Enjin i-MMD, Tork 253Nm!

GALERI
Honda City Honda City RS (2020) Honda Malaysia honda sensing
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

02/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Terokai’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

02/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
Auto Terkini

Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.