Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda City Facelift Baharu Tertiris, Apa Yang Baru?
Auto Terkini

Honda City Facelift Baharu Tertiris, Apa Yang Baru?

SyafieBy Syafie19/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA dilihat bakal memperkenalkan versi facelift terbaharu untuk Honda City tidak lama lagi selepas model tersebut dikesan menerusi teaser rasmi yang dimuat naik Honda Cars India.

Model generasi kelima City itu sebenarnya sudah berada di pasaran sejak 2019 sebelum menerima facelift pertama pada 2023. Kini, kemas kini baharu dipercayai akan membuat debut rasmi pada 22 Mei ini.

Lampu Depan Baharu Dengan Light Bar Penuh

Menerusi imej teaser dikongsi, keseluruhan kereta masih dilitupi kain, namun reka bentuk lampu siang (DRL) jelas kelihatan dan memberi bayangan penggunaan light bar penuh di bahagian depan.

Lebih menarik, beberapa imej tanpa pelindung juga didakwa sudah tertiris di internet, sekali gus memperlihatkan perubahan lebih jelas pada rekaan luaran dan dalaman sedan popular itu.

Bahagian depan menerima lampu utama lebih tirus dan tajam bersama gril baharu bercorak honeycomb yang bersambung terus di bawah lampu depan.

Bumper depan juga nampak lebih agresif, manakala lampu kabus depan dipercayai digugurkan sepenuhnya.

Rim Baharu, Rekaan Belakang Lebih Sporty

Di bahagian sisi, perubahan tidak begitu ketara dengan garis badan utama masih dikekalkan dari lampu depan hingga ke lampu belakang.

Bagaimanapun, model facelift ini tampil dengan rim aloi dwi-tona lima jejari baharu, selain antena sharkfin yang masih dikekalkan.

Bahagian belakang pula menerima bumper rekaan semula bersama elemen diffuser lebih agresif bercorak mesh.

Reflektor belakang kini diposisikan secara menegak di sisi bumper berbanding susunan melintang pada model terdahulu.

Kabin Lebih Moden, Ada Lampu Ambien?

Masuk ke ruang dalaman, perubahan paling ketara ialah penggunaan skrin infotainmen terapung lebih besar yang dipadankan bersama kluster meter semi-digital.

Imej tertiris turut menunjukkan kemungkinan kehadiran ambient light berwarna ungu pada papan pemuka dan sekitar skrin tengah.

Model dipaparkan juga menggunakan kemasan kerusi kulit warna krim bersama pelarasan manual, namun masih belum pasti sama ada spesifikasi itu akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Enjin Dijangka Kekal Sama

Setakat ini, tiada perubahan trenkuasa diumumkan, namun Honda dijangka mengekalkan konfigurasi sedia ada.

Ketika ini, Honda City ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa:

Varian Petrol (ICE)

  • Enjin 1.5 liter NA empat silinder
  • Kuasa 121hp
  • Tork 145Nm
  • Pacuan roda depan (FWD)

Varian Hybrid (HEV)

  • Gabungan enjin 1.5L dan motor elektrik
  • Kuasa sistem 109hp
  • Tork 253Nm
  • Sistem e:HEV
  • Pacuan roda depan (FWD)

Buat masa ini, Honda masih belum mendedahkan maklumat rasmi penuh mengenai model facelift tersebut.

Auto Terkini Honda Cars India Honda City honda city facelift Honda Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Chery Buka Pusat Pameran Butik Baharu di Pavilion Bukit Jalil

    19/05/2026
    Auto Terkini

    PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 Rasmi Dilancar, Definisi Baharu Minyak Enjin Skuter Prestasi Tinggi

    19/05/2026
    DBKL dakwa tiga 'ulat parkir' dalam 'Ops Jaga' di ibu kota
    Auto Terkini

    ‘Ulat Parkir’ Kena Penjara, Denda Hingga RM2,500

    19/05/2026
    Auto Terkini

    Chery Buka Pendaftaran Minat Chery TIGGO 9 di Malaysia

    19/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.