Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 Rasmi Dilancar, Definisi Baharu Minyak Enjin Skuter Prestasi Tinggi
Auto Terkini

PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 Rasmi Dilancar, Definisi Baharu Minyak Enjin Skuter Prestasi Tinggi

SyafieBy Syafie19/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PETRONAS menerusi PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) rasmi melancarkan minyak enjin premium baharu, PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 sempena acara International Scooterian Mega Gathering 4.0 di Dataran Shahbandar.

Minyak enjin sintetik penuh itu dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan penunggang skuter moden yang mahukan prestasi optimum serta perlindungan maksimum ketika menempuh trafik bandar dan suhu operasi enjin yang tinggi.

Teknologi +Ester dan UltraFlex™

Menurut PETRONAS, Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 hadir dengan gabungan Teknologi UltraFlex™ bersama formulasi +Ester bagi memberikan kestabilan ricihan lebih baik serta tunggangan lebih lancar.

Teknologi +Ester membantu menghasilkan lapisan perlindungan magnetik untuk mengurangkan geseran pada komponen enjin, sekali gus memberikan pecutan lebih responsif dan mengurangkan kadar haus.

Gred kelikatan 5W-40 pula memastikan aliran minyak lebih pantas ketika enjin dihidupkan dalam keadaan sejuk, selain mengekalkan tahap pelinciran optimum walaupun pada suhu tinggi.

Direka Untuk Tunggangan Bandar

PETRONAS turut menjelaskan formulasi UltraFlex™ mampu melindungi enjin daripada pembentukan deposit serta masalah penebalan minyak yang sering berlaku dalam situasi tunggangan mula-henti.

Produk itu juga memenuhi piawaian industri global bagi memberikan keyakinan kepada pemilik skuter harian dan maxi-scooter berprestasi tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Zameer Zahur Hussain berkata, pengguna skuter masa kini bukan sekadar mahukan pengangkutan, tetapi pengalaman tunggangan yang lebih lancar dan berkuasa.

“Dengan PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester, kami membawakan teknologi terbaik perlindungan enjin dan pengurangan haba bagi memberikan keyakinan serta ketenangan dalam setiap perjalanan,” katanya.

Antara Kelebihan Utama

  • Teknologi +Ester untuk perlindungan enjin lebih baik
  • Teknologi UltraFlex™ bagi kestabilan ricihan optimum
  • Gred kelikatan 5W-40
  • Kurangkan geseran dan haba enjin
  • Pecutan lebih responsif
  • Lindungi enjin daripada deposit dan penebalan minyak
  • Sesuai untuk skuter harian dan maxi-scooter
  • Minyak enjin sintetik penuh premium
Auto Terkini PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Chery Buka Pusat Pameran Butik Baharu di Pavilion Bukit Jalil

    19/05/2026
    DBKL dakwa tiga 'ulat parkir' dalam 'Ops Jaga' di ibu kota
    Auto Terkini

    ‘Ulat Parkir’ Kena Penjara, Denda Hingga RM2,500

    19/05/2026
    Auto Terkini

    Chery Buka Pendaftaran Minat Chery TIGGO 9 di Malaysia

    19/05/2026
    Auto Terkini

    Robert Lewandowski Kini Jadi Duta Global Chery!

    19/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.