Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Ulat Parkir’ Kena Penjara, Denda Hingga RM2,500
Auto Terkini

‘Ulat Parkir’ Kena Penjara, Denda Hingga RM2,500

Han OthmanBy Han Othman19/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DBKL dakwa tiga 'ulat parkir' dalam 'Ops Jaga' di ibu kota

AKTIVITI ‘jaga kereta’ haram sekitar ibu kota bukan lagi sekadar boleh dihalau atau disita kerusi plastik tepi jalan. Kali ini, terus masuk mahkamah.

Tiga lelaki tempatan dihukum penjara dan denda selepas ditahan kerana mengutip caj parkir secara haram di kawasan Pudu menerusi operasi khas ‘Jaga‘ dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Operasi tersebut dijalankan di beberapa lokasi panas sekitar Jalan Yew dan Jalan Pasar Baharu susulan lambakan aduan orang ramai mengenai kegiatan ulat parkir yang semakin menjadi-jadi.

Ketiga-tiga individu itu didakwa bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu kesalahan mengarah atau membantu parkir kenderaan bagi tujuan meminta wang tanpa kebenaran sah.

Semua Tertuduh Mengaku Salah di Mahkamah

DBKL dakwa tiga 'ulat parkir' dalam 'Ops Jaga' di ibu kota
DBKL dakwa tiga 'ulat parkir' dalam 'Ops Jaga' di ibu kota

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda antara RM1,200 hingga RM2,500 selain penjara antara dua hingga tiga bulan.

Sebagai makluman, Seksyen 50(3) APJ memang jelas melarang mana-mana individu yang tidak diberi kuasa daripada ‘menjaga’, mengarah atau mengawal parkir semata-mata untuk mengutip wang daripada pengguna jalan raya.

Jika tiba-tiba ada individu datang mengetuk tingkap sambil menunjuk parkir kosong, dan kemudian meminta RM2 atau RM5, itu memang salah di sisi undang-undang.

DBKL memaklumkan, operasi pemantauan akan diteruskan secara agresif, terutama di kawasan dikenal pasti sebagai hotspot aktiviti ‘jaga kereta’.

Langkah tegas itu dilihat penting kerana kegiatan ulat parkir bukan saja mengganggu pengguna, tetapi kadang-kadang boleh mengundang unsur ugutan, vandalisme dan rasa tidak selamat terhadap pemilik kenderaan.

Orang ramai juga digalakkan menyalurkan aduan melalui saluran rasmi DBKL sekiranya terserempak kegiatan sama di kawasan lain sekitar Kuala Lumpur.

DBKL dakwa tiga 'ulat parkir' dalam 'Ops Jaga' di ibu kota
DBKL dakwa tiga 'ulat parkir' dalam 'Ops Jaga' di ibu kota
DBKL dakwa tiga 'ulat parkir' dalam 'Ops Jaga' di ibu kota
DBKL dakwa tiga 'ulat parkir' dalam 'Ops Jaga' di ibu kota

SUMBER: Malaymail

Auto Terkini DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Jaga Parkir Haram Operasi Khas 'Jaga' Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Chery Buka Pusat Pameran Butik Baharu di Pavilion Bukit Jalil

19/05/2026
Auto Terkini

PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 Rasmi Dilancar, Definisi Baharu Minyak Enjin Skuter Prestasi Tinggi

19/05/2026
Auto Terkini

Chery Buka Pendaftaran Minat Chery TIGGO 9 di Malaysia

19/05/2026
Auto Terkini

Robert Lewandowski Kini Jadi Duta Global Chery!

19/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

By Shazwan Hisam11/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.